*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PAS mohon akhbar harian
KUALA LUMPUR, 18 Jan (Hrkh) - PAS akan membuat permohonan kepada Kementerian
Dalam negeri (KDN) untuk mendapatkan permit bagi menerbitkan sebuah akhbar
harian.
Permohonan itu akan dibuat atas nama sebuah syarikat yang dibentuk atas nama
para pemimpin PAS iaitu Penerbitan Muttaqin Sdn Bhd.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman diberikan amanah
oleh PAS untuk membuat permohonan tersebut.
Sementara itu, Syed Ibrahim memberitahu Harakah, akhbar harian itu akan
dinamakan Purnama dan akan diterbitkan segera apabila mendapat kelulusan
KDN.
"Operasi akhbar ini akan menjadi sama seperti akhbar-akhbar harian lain yang
ada di pasaran negara ini sekarang iaiatu PAS mengawal syarikat yang
menerbitkannya iaitu Penerbitan Muttaqin", katanya.
"Ia akan dibuat sebagaimana Umno mengawal Utusan Malaysia Berhad yang
menerbitkan Utusan Malaysia, News Strait Times Press Berhad yang menerbitkan
News Stratit Times dan Berita Harian serta MCA yang mengawal Star
Publications Bhd yang menerbitkan Star," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau berkeyakinan, KDN akan meluluskan segera permohonan
itu sebagaimana mereka meluluskan permohonan lain.
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "mawar berduri" <[EMAIL PROTECTED]>