*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum

Inilah dia tulisan manusia yang di tarbiyyahkan dalam kejahilan, memuja taghut dan 
menyembah Mahathir dan UMNO. Bilamana minda di ambil alih oleh syaitan dan hawa nafsu 
segala perbuatan, tulisan dan perkataan sudah tidak lagi bermakna. Orang orang seperti 
ini 
sebenarnya sudah mati.......kerana tidak diperlukan lagi di dunia ini..

Wassalam

Mr P





----- Original Message ----- 
 From: siamang gagap 
Sent: Wednesday, January 19, 2000 6:01 PM 
Subject: PAS SEMAKIN ZALIM.... 


> Dalam tiga minggu lalu sejak sebelum raya hingga
hari ini bermacam PAS 
> Terengganu lakukan di negeri itu. Ini termasuk: 
> 1. Menghentikan pemberian duit zakat kepada fakir
miskin, 
> 2. Menukar pegawai dan kakitangan Kerajaan yang
tidak disukai 
> 3. Menutup pusat-pusat Kemas untuk anak-anak kecil
belajar 
> 4. Memecat kakitangan pertubuhan INSAN 
> 5. Menaikkan harga rumah murah dari RM25,000 kepada
RM28,000 
> 6. Melantik isteri-isteri sendiri dan saudara ke
jawatan tinggi Kerajaan 
> dan bermacam lagi yang tidak diketahui oleh rakyat
jelata dan orang PAS. 
> 
> Jelas sekali PAS Terengganu dibawah Hadi Awang telah
membawa kebobrokan 
> dalam masyarakat negeri itu dan bukannya membawa
kemakmuran dan 
> kesejahteraan kecuali untuk perut sendiri. Fakir
miskin yang tidak ada 
> masa untuk berpolitik, yang kais pagi makan pagi
dianiaya kerana 
> disekat penghidupan mereka, kakitangan yang makan
gaji dipecat sebelum 
> Hari Raya, anak-anak kecil yang tidak tahu politik
telah kehilangan 
> kelas untuk belajar, rakyat berpendapatan rendah
tidak lagi mampu untuk 
> berhutang untuk membeli rumah murah, dan sedang
orang lain bertungkus 
> lumus memenangkan PAS dalam pilihanraya lalu,
isteri-isteri sendiri 
> pula yang mendapat habuan jawatan tinggi dalam
Kerajaan - satu contoh 
> NEPOTISMA kelas satu atau nombor wahid... 
> 
> Sekarang semakin nyata PAS bukanlah parti yang
menganjurkan 
> kesejahteraan di dunia 'fidunia hasanah'tetapi
pembawa bala dan 
> kezaliman kepada rakyat Terengganu yang tidak
berdosa. 
> 
> Dan yang lebih menarik pejuang-pejuang hak asasi
manusia, pejuang 
> keadilan dalam masyarakat, NGO-NGO - ABIM, persatuan
pengguna (kerana 
> harga rumah naik), pemimpin dan persatuan pelajar
universiti yang 
> hebat-hebat memperjuangkan reformasi, nasib rakyat
dan Islam serta 
> menentang Korupsi,Nepostisme,dan tokoh-tokoh agama
yang sudah masuk PAS 
> ...hanya 
> diam seribu bahasa...cukup aneh...cukup
aneh..mungkin kerana yang 
> melakukannya semua itu ialah PAS..parti ISLAM..dan
bukannya 
> Kerajaan...wallahualam.. 
> 



http://www.care2.com - Homebase for people who care about the Environment!

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mr Pengundi" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke