*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum;
Kepada sesiapa yang berkenaan iaitu yang bertanggungjawab (pehak pengurusan)
ke atas Sekolah tersebut (Sek. Maahad Takfiz Islami Bestari, Bukit Naga,
Klang), harap ambil perhatian. Salah seorangnya adalah Ust. Salam:
Baru seminggu (4 hari) sekolah di buka, tapi bilangan kemalangan kecil
melebihi bilangan hari sekolah tersebut di buka.
a) Di satu peristiwa, seorang pemandu wanita, sekejab undur, sekejab ke
depan, bagi membolehkan keretanya keluar dari kawasan sekolah, entah
macamana bila undur, maka terkenalah sikit kereta kat belakang tu.
b)Di satu peristiwa lain pula, satu kereta parking kat tepi jalan, nasib tak
baik sebuah kereta lain, lalu, tergeser pula. Pemamdu nya wanita juga.
Catitan: maklum sajalah kami orang perempuan, si suami pergi kerja, kami
yang kebanyakan tak kerja ni tolong hantar dan ambil anak le.
c) Dalam kes lain, yang ini pemandu nya lelaki. Memandu lori setelah
mengambil barang dari kilang depan sekolah tu. Entah macamana tergeserlah
juga. Dia pun cabut lari, tinggalkan kereta yang sedikit kemek.
d) Dan banyak kali berlaku jam dan ada yang tersangkut, tak dapat bergerak,
nak keluar tak boleh, nak masuk pun tak boleh.
e) Akibat dari itu, ada pula penduduk di situ yang nak saman sekolah, dan
dengan nada yang geram dan marah, katanya "Pak Ji ni hanya nak untuk je,
rugi sikit tak mahu. Cuba lah perbesarkan sikit jalan kat depan sekolah tu,
atau di tambak tanah / batu di kiri kanan jalan. Buat parking untuk orang
nak hanta dan ambil anak. Tak lah sempit macam ni, nak berseliseh pun tak
boleh. Sekarang ni dah menyusahkan orang. Nak lalu pun susah. nanti aku
saman baru tahu,..."
Masalah lain:
a) Di hari pertama sekolah. Kesian anak-anak yang berasrama, report kat emak
bapak, "lapar la mak", sebab tak dapat makan. Kanten pun lambat buka, dah
lah kerusi nya tak cukup, terpaksalah makan berdiri.
Air basuh tangan pun tak ada, sebab tak ada singki / paip air.
b) Satu lagi, bila kita pergi kat pejabat sekolah, "buat tak tahu je" kita
datang. Patutnya tanyalah. Dah tu pula ada yang bergayut kat telefon
punyalah lama.
Di harap mendapat perhatian dan pengajaran.
Sekian
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Hasanah Hassan" <[EMAIL PROTECTED]>