*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum

saya secara peribadi kurang senang dengan usaha2 menyalahkan, mengkufurkan
atau apa2 yang sewaktu dengannya antara satu pihak dengan pihak yang lain,
terutamanya dalam kumpulan orang2 yang mendakwa mengambil Islam sebagai
pegangan dan mengaku untuk memperjuangkannya.. 

mana yang dianjurkan oleh al-quran dan sunnah, ambil dan perjuangkan, dan
mana2 yang menyalahi keduanya, buangkan dan tentanglah. inilah jalan yang
dikehendaki oleh Allah dan rasulNya. 

apakah perintah Allah dan rasulNya masih tidak jelas kepada kita? lupakah
kita pada peringatan Allah dan RasulNya? bertegaslah atas pengamalan
al-quran dan sunnah. periksa diri sebelum wewenang menuding jari dan
menyalahkan orang lain.

ingat, agama kita dihina dan ditindas di serata dunia. jangan sampai
perbuatan segelintir di antara kita menambahkan lagi pandangan hina
masyarakat dunia kepada Islam. 

kalau ada pihak yang masih ingin menyambung perbahasan sebegini, saya
cadangkan di buat secara tertutup lagi berhemah. 

manusia akan berpecah belah jika mengambil jalan selain dari jalan Allah dan
rasulNya.

wallahu a'lam...

ikhlas,
- md2a -



> -----Original Message-----
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> E-mail di bawah ialah satu contoh taktik Wahabi: iaitu berbuat-buat
> seperti perjuangan menetang Wahabi satu perjuangan yang tidak penting, dan
> menyuruh kita lupakannya sahaja.
> 
> Siapakah, atau apakah dia Wahabi? Baru ini saya terjumpa artikel di
> internet yang menjelaskan perkara ini. Sila ke:
> http://www.ahle-sunnat.org.uk/WAHABI.html
> 
> Sekian.
> 
> 
> -----Original Message-----
> 
> assalmualaikum wr. wb
> 
> Dalam gembar gembur nak meng'kristian'kan sekurang 50%
> umat manusia di atas muka bumi ni sempena menyambut
> alaf 2000, nampak gayanya ummat Islam masih ditakuk
> lama.......... berpecah belah, melebarkan jurang
> masing-masing....... walaupun masing-masing mendakwa
> merujuk sumber yang sama iaitu AlQuran dan AsSunnah.
> Sepaturnya setiap aliran mazhab merapatkan jurang
> perbezaan, mencari titik persamaan, berbaik sangka,
> bermaafan pada perkara yang diperselisihkan dan
> bersatu pada perkara-perkara yang disepakati.......
> 
> Umat Melayu baru nak melihat bibit-bibit perpaduan di
> kalangan jemaah Islam di bumi Melayu ini apabila
> hampir semua jemaah bersepakat menyokong BA, belum pun
> dapat kuasa mutlak dah nak tunjuk masing-masing lebih
> betul.... masing-masing lebih tepat.... masing-masing
> lebih dekat dengan jalan yang ditunjukkan oleh ArRasul
> s.a.w. Apakah permasalahan sebenar umat Islam? 
> 
> Gembar-gembur siapa lebih betul ini menyebabkan gol
> GAH, tertawa sesama sendiri, menyindir dan
> memperolok-olokkan kita semua........ gol kristian dan
> kuffar yang lain bertepuk tangan........ jiwa-jiwayang
> ingin memahami Islam yg sebenar mula gusar,
> gundah-gulana, binggung dan sebagainya.
> 
> Isu-isu yang ditimbulkan ini wajar dihentikan
> segera..... biarlah peringkat tertinggi di kalangan
> ulama-ulama (jumhur ulama) membincangkannya.......
> mereka lebih faham, mereka lebih arif....... 
> 
> 
> Umat Islam sedang disembelih! Nun di Dagestan,
> Chechen, Kosovo, Maluku, Ambon dan banyak lagi.......
> 
> 
> Alaf Baru
> 
> 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Dazrul (K.L.)" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke