*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
-----Original Message-----
From: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>
Date: Friday, January 21, 2000 10:29 PM
Subject: H-Net* Terengganu - revisit
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum,
>
>Ish, lama tak menulis aih, masih mabuk koi raya nie. Cakap pasal raya, apa
>kata kali ini kita sembang sikit pasal raya.
>
>Dua tiga hari menjelang raya, saya sekeluarga menerima sekeping kad raya
>daripada seorang sahabat di Terengganu, yang saya anggap begitu special dan
>lain dari yg lain. Saya jadi terpegun seketika apabila membaca kad raya
>tersebut kerana tidak ada apa yang dicoretkan beliau melainkan satu patah
>perkataan sahaja, iaitu 'Allah Hu Akbar!!'.
>
>Saya tidak pasti apa yang ingin disampaikan beliau melalui coretan
seringkas
>itu, tapi saya yakin ada begitu banyak maksud yang tersirat yang ingin
>diluahkan, mungkin kerana terlalu gembira dengan kejayaan PAS menawan
>Terengganu atau pun mungkin kerana terlalu gembira hingga tak terkata
kerana
>'salam' yang selama ini ingin mereka sampaikan kepada Dr Mahathir
terjawablah
>sudah. Apa-apa pun, kedatangan kad raya itu menyebabkan saya beralih angin
>berhari raya di Terengganu walau pun niat asalnya ingin berhari raya di
>Pahang.
>
>Lalu, kami pun bertolak ke sana; perjalanan kami itu meng-takdirkan kami
>melalui sempadan Kelantan, Terengganu dan Pahang - 3 buah negeri yang
sedang
>merasai kesan domino atau 'kesan budu' perkembangan pengaruh PAS di
>negeri-negeri ketuanan Melayu di bumi Malaysia.
>
>Hari raya pertama, saya ditakdirkan Tuhan berpeluang mengerjakan solat
sunat
>aidil-fitri di Masjid Geliga, yang terletak tak jauh daripada rumah Md Nor
>Teja, kroni no wahid Tok Ayah Wan di Chukai, Kemaman.
>
>[By the way, saya dengar cerita Md Nor Teja adalah antara yang jatuh
pengsan
>bila diisytiharkan Ayah Wan gugur dengan majoriti 436 di Kemaman.]
>
>Saya tengok Masjid Geliga yang tersergam indah di tepi jalan itu penuh
sesak
>dengan jemaah, lelaki pompuan, tua muda berpusu-pusu untuk mengerjakan
solat
>hari raya. Kerana tak begitu mengenali jemaah di situ, selepas solat, saya
pun
>berkira nak balik. Tiba-tiba, sampai tang Khutbah - tu dia, Tok Khatib
bancuh
>dekat sejam lebih. Semua isu keluar, termasuklah bab hudud dan bab kharaj!!
>
>INILAH PERTAMA KALI DALAM HIDUP SAYA, SAYA DENGAR TOK KHATIB BAGI KHUTBAH
>CAKAP BAB KHARAJ!!
>
>Saya lihat seorang pakcik berpakaian dan berwatak ala-UMNO yang duduk di
>sebelah saya sudah naik rimas semacam. Di dua tiga saf berdekatan, saya
tengok
>seorang Mat Rock (berkopiah dengan rambut panjang kemas terikat) begitu
tekun
>melihat ke arah mimbar; mungkin inilah agaknya pertama kali dalam hidup
>beliau, beliau dengar perkataan hudud dan kharaj. Dalam masa yang sama saya
>dapat lihat pakcik-pakcik dan sahabat-sahabat yang satu-rupa dengan saya
>begitu khusyuk menghayati khutbah tersebut; kadang2 saya dapat lihat ada
tanda
>girang yang tersendiri di wajah mereka apabila Tok Khatib begitu
bersemangat
>bercerita tentang wajibnya kita berjuang untuk menegakkan Islam sebagai
sumber
>perundangan dan cara hidup manusia. Sedar tak sedar, sudah sejam lebih.
Fuh!
>Macam ini kalu, tahun depan, boleh lagi lajak mai Terengganu.
>
>Apa-apa pun, saya merasakan pendekatan Tok Khatib masjid geliga ini ada
>bagusnya kerana seperti kita semua tahu, di Hari Raya sahajalah kita akan
>dapat melihat lelaki pompuan, tua muda, mat rock mat umno, mereka yang
selalu
>miss solat lima waktu atau yang tak pernah solat jumaat; tapi insyaallah
entah
>apa punya budaya, jarang-jarang ada orang Melayu yang sengaja tak datang
>sembahyang hari raya. Jadi, berkesempatan dengan kesudian mereka menjengah
>masjid di pagi raya yang syahdu ini, diharapkan kalau pun tak banyak,
>sekurang-kurangnya untuk pertama kali dalam hidup mereka, mereka pernah
dengar
>ada orang sebut perkataan 'hudud' di dalam masjid - di pagi raya pulak itu.
>Harap-harap perkataan ini akan terngiang-ngiang di gegendang telinga mereka
>hingga bila-bila.
>
>Inilah untungnya apabila sesebuah negeri itu diperintah oleh Jemaah Islam,
>segala-galanya tentang Islam akan disampaikan secara terus-terang tanpa
perlu
>berselindung-selindung lagi, tidak seperti cara Hamid Othman. Moga-moga ada
>hati-hati yang terusik di pagi raya itu, insyaallah!!
>
>MOGA-MOGA LIMA TAHUN AKAN DATANG, 6128 ORANG YANG MASIH MENGUNDI WAN
MOKHTAR
>ITU AKAN BERKURANGAN JUMLAHNYA!!
>
>Insyaallah, yang tinggal nanti cumalah pengundi-pengundi bukan Islam yang
>jumlahnya sekitar 3420 orang. By the way, saya dimaklumkan bahawa pada hari
>pengundian, khemah-khemah BN di sekitar Chukai dipenuhi dengan
petugas-petugas
>bukan Melayu. No wonder, orang2 Melayu pakat lari pergi ke khemah BA!
>
>Banyak sebenarnya cerita-cerita menarik yang diceritakan oleh
sahabat-sahabat
>di Terengganu sana. Di satu kawasan di Hulu Terengganu, seorang sahabat
>menceritakan kepada saya kisah kawan-kawannya dalam UMNO yang sama-sama
turun
>aktif berkempen untuk BA. Contohnya, ada sekali itu, dua orang petugas UMNO
>diarahkan pergi mengangkut seorang pengundi dengan kenderaan berpelekat
poster
>BN; seorang sebagai driver dan seorang lagi sebagai perayu undi. Salah
seorang
>pengundi yg diangkut itu ialah seorang makcik tua.
>
>Dalam perjalanan ke pusat pengundian; si perayu undi bertanya kpd makcik
ini:
>"Makcik undi apa makcik?". Jawab makcik itu, "Biasalah, kita pangkah
dacing".
>
>Lalu dijawab oleh perayu undi ini, dan turut di-ia dan ditokok tambah oleh
>driver kereta berkenaan:
>
>"Haih, orang dah mboh (mahu) dah dacing ini makcik oii; orang dah tak
pangkah
>dacing dah aih. Kita semua nak pangkah bulan!!"
>
>TU DIA AIH - DALAM KERETA BN PUN DEPA BOLEH KEMPEN; NO WONDER LA UMNO KALAH
>TERUK!!
>
>Di satu tempat di Terengganu, saya mendengar cerita daripada seorang
sahabat
>(yg masih UMNO) yang di musim p/raya yang lalu, selalu ke hulu ke hilir
>bersama orang kuat jentera UMNO Bahagian. Masuk keluar dari satu markas
UMNO
>ke satu markas yang lain, siap meeting dengan KDN punya orang lagi. Untuk
>pengetahuan, setiap pegawai KDN ditugaskan menjaga dua tiga kawasan
tertentu
>dan dikehendaki menghantar laporan ke pihak atasan dari masa ke semasa. So,
>sahabat saya ini kira punya access yang tidak terkira kepada maklumat2
markas
>UMNO dan butir-butir terperinci laporan KDN ini.
>
>Nak tahu apa dia buat dengan laporan dan maklumat2 itu?
>
>"Photostat dan fax-kan ke merata pelusuk Terengganu!!"
>
>TU DIA - SAMPAI TARA ITU SEKALI UMNO BERPECAH BELAH; BILA DITANYA PASAL APA
>DIA BUAT MACAM ITU. DENGAN SELAMBA DIA JAWAB, "SEBAB DR MAHATHIR!!"
>
>[Bagus jugak kalau Dr Mahathir terus memerintah hingga tahun 2004!!]
>
>Banyak lagi saya nak cerita tapi tak cukup ruang rasanya; cuma saya nak
tulis
>satu pertanyaan yang saya kemukakan kepada orang-orang UMNO yang mengundi
BA
>di atas, "Adakah PAS masih berpeluang menang di pilihanraya akan datang,
>kerana mengikut pengalaman di Arau, PAS menang atas faktor undi protes;
jadi
>sekiranya di Terengganu nanti faktor undi protes itu sudah hilang, apakah
>mungkin orang2 UMNO akan kembali mengundi UMNO?".
>
>Jawab mereka:
>
>"PAS akan terus memerintah di p/raya akan datang, dengan syarat PAS mesti
>perform. Selain dari itu, kalau UMNO nak bangun semula pun, mungkin setakat
>dapat rampas balik 3 empat kerusi saja, kalau nak memerintah semula, payah
>sikit"
>
>Bila saya tanya, pasal apa?
>
>Sahabat ini kata: "Ya lah, bila PAS perintah sahajaja - tol tak payah
bayar,
>cukai pintu tak kena, cukai itu cukai ini dah tak ada, kerja pulak 5 hari
>seminggu. Kalau mu pangkah UMNO semula, bermakna mu kena bayar semula Tol,
mu
>kena bayar semula cukai pintu, mu kena kerja 6 hari semula. Mu nak?. Jadi,
>daripada nak kena bayar semula benda-benda itu, baik pangkah PAS!"
>
>LA - TAK PERNAH TERFIKIR SAYA BAHAWA ISU TOL DAN CUKAI PINTU SERTA KERJA 5
>HARI YANG SAYA ANGGAP BENDA KECEK ITU, TIBA-TIBA BOLEH JADI PENENTU
>KEBANGKITAN SEMULA UMNO DI TERENGGANU!!
>
>[Patutlah pun, semalam 20 Jan 2K, kabinet memutuskan untuk menambah hari
sabtu
>ke-3 sebagai cuti umum kpd kakitangan kerajaan selain daripada hari sabtu
>pertama tiap-tiap bulan. Jangan terkejut, kalau tahun depan, dia tambah
pula
>hari sabtu ke-dua, dan tahun sekali lagi dia jadikan semua hari sabtu hari
>cuti. Ya lah, nu nak tawan semula T'Ganu nu!!]
>
>Selain dari itu, dalam perjalanan merentasi negeri-negeri Pantai Timur itu,
>saya perlu tulis di sini bahawa kenderaan-kenderaan begitu banyak sekali di
>jalan-jalan raya, ya lah musim raya. Kadang-kadang saya terperangkap dalam
>barisan dua tiga puluh kenderaan mengikuti belakang lori tanker atau kereta
>kecil yang dipandu perlahan. Nak potong tak boleh sebab banyak kawasan
jalan
>berliku-liku.
>
>Lantas, saya teringatkan Sammy Vellu - ah, leceh sungguh, di musim-musim
raya
>ini terbayang pulak muka Sammy Vellu. Bukannya apa, hari itu dialah yang
>beria-ria benar tak mahu teruskan projek Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).
>Kalaulah kerajaan ingin nafikan keselesaan kepada pengguna-pengguna Pantai
>Timur kerana faktor politik, maka adalah dirasakan ini amat keterlaluan,
>kerana yang bayar road-tax bukan semuanya orang UMNO; orang PAS, ADIL hatta
>anggota polis dan tentera pun bayar road tax jugak.
>
>Lagi pun, tak masuk akal sangat kalau kerajaan nak batalkan projek LPT itu
>sedangkan dalam masa yang sama kerajaan beria-ria benar ingin membantu
membina
>highway di negeri Tamil Nadu, nun jauh di benua India sana. Tak percaya,
cuba
>lihat keratan Utusan Malaysia Express Online ini:
>
>KUALA LUMPUR Jan 8 - Malaysia would submit a final report to the Tamil Nadu
>government on the construction of a RM1.1 billion elevated highway from
>Chennai Port to Meenambakkam airport in four months, Works Minister Datuk
Seri
>S. Samy Vellu said today.
>
>[Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, kerajaan Malaysia akan menghantar
lapuran
>kajian akhir untuk membina lebuhraya berharga RM1.1 billion dari pelabuhan
>Chennai ke lapangan terbang Meenambakkam di negeri Tamil Nadu, India]
>
>ISH, ISH, KESIAN KAT ORANG GANU; ANAK DI RUMAH MENJERIT KELAPARAN, KERA DI
>HUTAN PULAK YANG DAPAT SUSU DUMEX!!
>
>Ish, ish tak patut, tak patut.....
>
>Sekian Adanya,
>Ahmad Baharudin Kasbi
>
>------------------------------------------------------------
> Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
> http://MailAndNews.com
>
> Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
> POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
>------------------------------------------------------------
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "azani" <[EMAIL PROTECTED]>