*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tafsir Al-Quran
Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang 
Tafsir Surah an-Nisa' ayat 135

Hakikat undang-undang Allah

Ini adalah rahmat Allah yang tidak terhingga. Cubalah
kita menyedari bahawa pada hari kiamat, Allah
mengizinkan syafaat kepada orang yang derhaka (selagi
dia beriman kepada Allah) dengan pelbagai cara. Ini
adalah keadilan Allah SWT. 

Oleh itu kita mestilah percaya bahawa hukuman yang
dikenakan Allah ke atas diri kita di dunia ini adalah
hukuman yang adil. Umpamanya Allah Ta'ala mewajibkan
kadar nisab zakat 2.5 peratus sedangkan cukai
pendapatan pula dikenakan berpuluh-puluh peratus. Kita
boleh membuat perbandingan antara ketentuan Allah
dengan hukuman manusia melalui contoh ini. 

Bagaimanapun kebanyakan manusia lupa kepada Allah SWT.
Begitu juga dengan hukuman Allah yang lain. Umpamanya,
Allah menetapkan pencuri jika sabit kesalahan dipotong
tangannya. Hukuman itu bertujuan menyelamatkannya dari
dihumban ke dalam neraka, menyelamatkannya dan orang
lain dari perbuatan mencuri serta bahaya akibat
perbuatan itu di dunia dan di akhirat. 

Semua hukuman Allah, walaupun dilihat ianya nampak
keras tetapi ia adalah belas kasihan Allah kepada
hamba-Nya. Oleh itu berlaku adillah kamu, jangan
mengikut hawa nafsu. 

Dalam erti kata lain kamu hendaklah mengikut hukum
Allah SWT bagi menegakkan keadilan. Firman Allah yang
bermaksud: 

"Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun
enggan (daripada menjadi saksi)." (Surah an-Nisa':
135) 

Kalimah 'Talwu' dengan makna menjadi saksi dengan
memberi keterangan secara bohong sehingga yang didakwa
dijatuhkan hukuman akibat saksi itu disogok atau
seumpamanya. Ataupun tidak mahu menjadi saksi padahal
orang yang berkenaan mengetahui peristiwa yang berlaku
ke atas orang yang didakwa itu. Tindakan sedemikian
juga, suatu perbuatan yang salah kerana akibat dari
orang berkenaan tidak menjadi saksi, yang dituduh
dijatuhkan hukuman yang salah oleh hakim. 

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud: 

"Maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan
mendalam akan apa yang kamu lakukan." (Surah an-Nisa':
135) 

Apa yang kamu kerjakan itu diketahui oleh Allah SWT.
Dan Allah Ta'ala mewajibkan keadilan sama ada ke atas
orang yang menjadi hakim atau saksi. Tindakan mereka
diketahui oleh Allah SWT. Siapa pun tidak boleh
menyembunyikan kebenaran dari Allah. 

Oleh itu Islam mewajibkan hakim mendengar keterangan
kedua-dua pihak sama ada yang dituduh atau yang
mendakwa serta mencari jalan mengadakan perdamaian
antara mereka agar saling bermaafan antara satu sama
lain di samping memberi amaran dengan seksaan Allah di
hari akhirat kelak bagi melihat pertelingkahan berlaku
dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya. 

Allah Maha Mengetahui segala-galanya di mana
undang-undang Islam bukan dikuasai oleh undang-undang
yang zahir semata-mata tetapi ia juga dikuasai oleh
undang-undang batin iaitulah beriman kepada Allah SWT.


Antara lain undang-undang Allah berkait dengan dosa
dan pahala manakala undang-undang Barat tidak berkait
dengan masalah itu. Undang-undang ciptaan manusia
menegaskan bahawa jika seseorang itu terlepas dari
hukuman dunia, di akhirat tiada apa-apa masalah
baginya dan ia juga tiada hubungan dengan akhirat
kerana hukuman itu tidak percaya kepada akhirat. 

Berbeza dengan hukuman Allah, jika tidak dihukum di
dunia, di akhirat seseorang yang melakukan kesalahan
tidak akan terlepas dari seksaan melainkan ia dihukum
di dunia dengan hukuman Allah atau bertaubat
kepada-Nya. 


 
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Comb attt <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke