*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Siri Tazkirah:Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat

Abdullah bin Ubai terlepas dari hukuman

MELALUI tragedi "Khabar al-Ifqi" ini juga Allah SWT
mensyariatkan hukum "Had Qdzaf" terhadap orang-orang
yang menuduh wanita muhsonat (wanita yang baik-baik)
berzina. Perbuatan menu-duh tanpa mendatang empat
orang saksi itu adalah di antara jenayah yang besar
yang mewajibkan hukuman had terhadap si penuduh itu
dengan lapan puluh sebatan. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: 

"Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang
baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan
empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh
itu) lapan puluh kali sebatan..." (Surah An-Nur ayat
4). 

Dalam peristiwa Khabar al-Ifqi ini, tiga orang dari
kalangan orang-orang Islam telah diberkas oleh Nabi
s.a.w. Dua dari mereka lelaki dan seorang wanita, atas
kesalahan jenayah menuduh secara terbuka di khalayak
ramai terhadap Ummahatul Mukminin Siti Aisyah r. anha.


Para penuduh itu dihukum oleh Nabi s.a.w. dengan lapan
puluh sebatan setiap seorang, apabila mereka gagal
membawa empat orang saksi di atas pertuduhan yang
mereka lemparkan terhadap Siti Aisyah r. anha. 

Ekoran dari peristiwa itu, ternyata bahawa Islam
sangat membela kaum wanita (yang baik). Jika wanita
muhsonat dituduh secara semberono, sudah tentu ia akan
menjatuhkan kehormatannya dan meng-hancurkan masa
depan mereka. 

Untuk mengembalikan marwah dan harga diri wanita
muhsonat yang telah tercemar itu, Islam telah
menetapkan undang-undang hudud yang menuntut dijatuhi
huku-man lapan puluh sebatan terhadap mereka yang
gagal membuktikan tudu-hannya, apabila mereka tidak
dapat membawa empat orang saksi yang melihat kejadian
itu. 

Menuduh wanita yang baik berzina adalah di antara
jenayah berat dalam Islam, ia bukan saja dihukum
dengan hukuman lapan puluh sebatan, tetapi mereka juga
telah dicop oleh Allah Taala sebagai orang fasik yang
kehila-ngan hak untuk menjadi saksi buat selamanya.
Sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud: 

"...Dan jangan kamu terima kesaksian mereka buat
selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang
fasiq." (Surah An-Nur ayat 4). 

Sebagai orang fasik yang telah dicabut kelaya-kannya
untuk menjadi saksi dalam apa jua urusan agama yang
memerlukan saksi, seperti saksi akad nikah, saksi
perbicaraan di mahkamah, saksi jual beli dan
sebagainya. Keadaan itu kekal buat selama-lamanya jika
mereka tidak merubah sikap dan perangai mereka kepada
akhlak seorang mukmin. 

Bagaimanapun pintu taubat masih tetap terbuka, jika
orang yang dihukum kerana menuduh wanita muhsonat
berzina itu insaf di atas kesalahan yang telah
dilakukan. 

Mereka menyesali perbuatannya yang keji itu, serta
berazam untuk menghindarinya. Allah SWT tetap memberi
peluang bertaubat kepada mereka, sebagaimana yang
ditegaskan oleh firman Allah SWT yang bermaksud: 

"Kecuali orang-orang yang (dihukum kerana menuduh
wanita muhsonat berzina) bertaubat sesudah (menjalani
hukman) itu dan memperbaiki (dirinya), maka
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang." (Surah An-Nur ayat 5). 

Mereka yang bertaubat itu mesti memperbaiki diri,
bukan saja bersedia mengakui kesalahannya terhadap
orang yang dituduh, malah mesti memohon maaf di atas
ketelanjuran membuat tuduhan yang telah menjejaskan
nama baik orang yang tertuduh itu. Kerana dosa sesama
manusia tidak akan terhapus selagi belum mendapatkan
kemaafan dari orang yang terbabit. 

Demikianlah Islam memandang berat jenayah menuduh
berzina terhadap wanita yang baik. Tidak hairanlah
orang yang menyebarkan berita tuduhan keji itu telah
dihukum oleh Nabi s.a.w. dengan lapan puluh sebatan
setiap seorang. 

Bagaimanapun telah timbul kemusykilan apa-bila orang
yang sebenar-benarnya bertanggungjawab mencetuskan
tuduhan palsu dalam tragedi Khabar al-Ifqi, iaitu
Abdullah bin Ubai ketua kaum munafiq terlepas dari
diberkas dan hukuman yang selayaknya, sebagai-mana
hukuman yang dikenakan kepada tiga orang yang terbabit
menyebarkan tuduhan zina terhadap Siti Aisyah itu. 

Kenapa Abdullah bin Ubai terlepas dari huku-man,
sedangkan dialah orangnya yang menabur-kan benih
fitnah itu kepada Umahatul Mukminin Siti Aisyah? 

Sebagai seorang tokoh pemimpin Madinah, Abdullah bin
Ubai memang seorang yang cerdik. 

Dia tidak bercakap mengenai tuduhan keji terhadap Siti
Aisyah secara terbuka di khalayak umum, sebaliknya dia
menyebar-kan fitnah itu secara bisik-bisik dari
telinga ke telinga. 

Tetapi malangnya orang-orang mukmin yang imannya
longgar telah bertindak lebih celupar dari ketua kaum
munafiq. 

Padahal mereka tahu bahawa orang yang menjadi mangsa
tuduhan keji itu ialah isteri Nabi s.a.w. sendiri,
mengapa mereka begitu berani bercakap secara
terang-terangan sedangkan mereka tidak ada bukti dan
saksi, bagi mempertahankan tuduhan itu. 

Ini menunjukkan beta-pa bijaknya Abdullah bin Ubai
melontarkan batu fitnah dan menyembunyi-kan tangannya
dari di-kesan. Dia berjaya mengumpan orang-orang Islam
yang longgar keimanannya, turut menyebarluaskan lagi
fitnah keji itu. 

Memang Islam menghukum berdasarkan sesuatu yang zahir,
sehingga dapat dibuktikan oleh pihak mahkamah segala
pertuduhan itu. Oleh kerana Abdullah bin Ubai
melakukan secara senyap melontarkan fitnah keji,
kemudian berjaya menyembunyikan kesan lontaran
sehingga tidak terdedah dikhalayak ramai. Perbuatannya
itu tidak dapat dibuktikan, maka dia terlepas dari
hukuman. 

Sedangkan kalangan orang yang lemah iman yang tidak
cerdik itu secara lurus bendul bercakap mengikut sedap
mulut di merata tempat. 

Mereka bercakap tentang Siti Aisyah yang didakwa
berlaku curang dengan Safwan. Tuduhan itu sangat
terbuka, mereka bercakap di pasar-pasar, di majlis
perhimpunan dan di mana-mana pertemuan orang ramai. 

Mereka yang mulut celupar tanpa disedari telah menjadi
alat kepada puak munafiqin yang menyerang Nabi s.a.w.
bagi membalas dendam kerana kecewa untuk menjadi
pemimpin di Madinah. 

Akhirnya mereka diberkas oleh Nabi dan dijatuhi
hukuman. Tetapi Abdullah bin Ubai yang mereka-reka
cerita dusta, membisikkan tuduhan palsu secara
senyap-senyap. 

Atas kecerdikannya merancang strategi fitnah dan
berjaya melindungi segala bukti itu, dia telah
terlepas dari sebarang tindakan dan hukuman dari Nabi
s.a.w. 

Orang ramai tahu bahawa tiga orang dari kala-ngan kaum
muslimin yang dihukum dera dengan lapan puluh kali
sebatan itu, adalah mereka yang bercakap menuduh Siti
Aisyah secara terbuka di khalayak. 

Ramai orang yang menjadi saksi mendengar kata-kata
tuduhan yang mereka lemparkan kepada Siti Aisyah.
Sebab itu mereka tidak upaya mengelak hukuman dari
Nabi s.a.w. 

Secara zahirnya Abdullah kelihatan bijak memainkan
peranan untuk menyebarkan khabar al-Ifqi itu,
sememangnya di dunia ini dia terlepas dari tindakan
hukuman. 

Namun di akhirat kelak dia tidak dapat mengelakkan
diri dari menerima hukuman azab dari Allah SWT atas
segala tuduhan kejinya terhadap Siti Aisyah r. anha
itu. 
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Comb attt <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke