*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualikum,

Saudara Comb attt (3 t) telah dengan
panjang lebar dan bersemangat menghuraikan
perihal bulan purnama. Mulanya saya ingat,
Sdr Comb attt menghala artikelnya ke
PAS yang sememangnya sentiasa mengambang
bulannya ataupun tentang akbar harian Purnama
yang dalam proses pemohonan KDN. Rupanya secara
panjanglebar sdr kita mengupas hal gerhana bulan,
pergerakan bulan dan kesan terhapan tabiat manusia 
dan haiwan, monyet Bangi pergi ke bulan dan akhir
sekali tentang anak2 kita di persekolahan - dahulu
dan sekarang. 

Nampaknya Sdr kita ini nostalgik seperti Pak Engku 
juga bila disebut tentang anak-anak. Mana ada bapa
yang tidak fikir tentang anaknya? Mungkin ada, tapi
tak ramai. Anak nyawa dan harapan bagi kita. Atas
sebab inilah, maka ramai ibubapa muslim, termasuk 
saya, menghantar anak ke sekolah-sekolah rendah dan
menengah agama dengan harapan anak-anak itu setidak-
tidaknya tahu maksud apa yang diucapkan semasa mereka
solat. Sekolah-sekolah agama rakyat swasta semakin
banyak. Perkembangan ini adalah baik dan menjadi
harapan kita agar graduan-graduan dari sekolah-sekolah
ini akan menjadi pemimpin yang berwibawa satu hari
nanti.  

Satu perkara yang disentuh oleh Sdr Comb attt ilah
soal guru. Dulunya mereka disamatarafkan dengan imam,
khatib dan khadi. Mungkin tidak sebegitu tinggi, tapi 
sememangnya mereka dipandang mulia oleh ibubapa
(yang hampir seratus peratus mengharap agar anak
mereka
dididik dengan baik oleh guru-guru)dan anak-anak murid
(yang bukan saja takut, tapi juga hormat). Itu dahulu.
Sekarang sangat berbeza. Ibubapa tidak boleh berharap
sangat pada guru-guru. Mengapa? Mungkin kebanyak
guru-guru tidak dididik dengan semangat untuk mendidik
dengan baik, berkesan dan demi Allah Ta'ala.
Kebanyakan anak-anak murid sekolah rendah tidak hormat
tapi takut pada guru-guru mereka (sehingga nasihat
ibubapa tentang kerjarumah yang diberi tidak
diendahkan). Kebanyakan mereka-mereka di sekolah
menengah tidak takut pada guru, jauh sekali
menghormati
mereka. Bercakap soal hormat-menghormati dan takut
akan
guru maupun ibubapa, ingin saya beri pendangan
tersendiri tentang perkara ini: Kita mahu anak-anak
kita sayangkan kita sepertimana kita menyayangi
mereka. Kita mahu mereka takut dan akur perintah kita.
Kasihsayang boleh membentukkan anak. Rasa takut/segan
yang membina (bukan merosakkan) juga boleh menjadi
pembimbing kepada perkembangan anak. Tapi, tanpa
rasa hormat menghormati dalam perhubungan, maka tidak
akan ada kesatuan kekeluargaan yang teguh. Orang-orang
tua lebih rela dihormati dari disayangi, kerana rasa
hormat datang bersama kasih sayang.

Adakah kita hormat atau takut atau menyampah dengan
pemimpin, sepertimana anak-anak kita hormat, takut
atau menyampah pada guru-guru mereka. Sekolah sebagai
satu institusi menyerupai sebuah negara. Murid-murid
sekolah juga mahu keadilan. Cuma mereka tidak matang
tentang yang mana adil dan yang mana tidak. Maka
adalah menjadi peranan guru untuk mendidik mereka
kearah keadilan yang sebenar. Ini dapat dilakukan
dalam keadaan saling hormat-menghormati dan dengan
pendidikan islam secara formal di sekolah-sekolah.
Bolehkah Senator Musa merumuskan perancangan dan dasar
kearah ini? 

Sering kita mempersoalkan Di mana salahnya sistem
pendidikan dan perjawatan guru masakini? Saya bukan
pakar dalam soal ini. Buat masa ini hanya satu perkara
yang dapat saya perhatikan: Guru-guru ditekan supaya
mendapatkan matlamat sekolah atau jabatan pendidikan
supaya peratus kejayaan murid-murid adalah tinggi.
Mereka dihujani pelbagai aktiviti pembelajaran dan
ko-korikulum. Oleh sebab itu, tidak hairanlah, kalau
ada anak-anak guru-guru sekarang tidak excel dalam
pelajaran, berbandingkan anak-anak guru zaman 60'an
atau 70'an.  

Saya tinggalkan ruang ini untuk saudara-saudara
pembaca menambah atau komen.

Sekian..wassalam.

 
--- Comb attt <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Di Malam Bulan Purnama 
> 
> Awalkata: Untuk merakamkan tibanya bulan mengambang
> pada malam ini dan malam esok kita akan bincangkan
> sedikit hal bulan. Secara kebetulan pula bulan
> mengambang pertama di alaf baru ini akan disambut
> dengan satu gerhana bulan pertama kali juga pada
> tahun
> ini. 
> 
> * * * * * 
> 
> Gerhana bulan berlaku apabila bulan beredar mengikut
> orbitnya yang melalui satu ruang kegelapan yang
> berada
> betul-betul di belakang kedudukan bumi. Gerhana
> bulan
> boleh menjadi gerhana penuh (total eclipse) ataupun
> gerhana kurang penuh (partial eclipse). 
> 
>  Pada 20 Januari, 2000 satu gerhana bulan yang
> bersifat 'penumbral' ataupun gerhana penuh dijangka
> berlaku. Kali ini gerhana akan kelihat jelas di
> sebelah petang di benua Amerika (Amerika Utara dan
> Amerika Latin) dan juga Canada. Peristiwa ini juga
> dapat kelihatan di Eropah Barat pada pagi Januari
> 21. 
> 
> Kita di Malaysia tidak akan melihatnya lansung.
> Tentunya gerhana ini menjadi satu pengalaman kepada
> warga Malaysia yang berada di Amerika, di Eropah dan
> di Afrika. 
> 
> Gerhana bulan dapat dilihat ketika bulan mengambang
> penuh dan ketika bulan bergerak memasukki ruang
> gelap
> bumi. Ruang gelap bumi ataupun bayangan bumi ini
> sebenanrya berbentuk dua kon yang bertindih
> kedudukannya. Kita tidak akan bincangkan segala
> ciri-ciri teknikal yang mencetuskan kewujudan
> gerhana.
>  
> 
> Memadai kalau kita catatkan di sini betapa bulan
> mengelilingi bumi setiap 29.5 hari dan selalunya
> masuk
> dalam ruang bayangan bumi samada di bahagian utara
> ataupun barat yang tidak memungkinkan kejadian
> gerhana. Akan tetapi, sekali sekala bulan akan
> bergerak menerjah bayangan bumi itu yang menyebabkan
> berlakunya gerhana. 
> 
> Pada kali ini, gerhana bulan akan berlaku selama
> tiga
> setengah jam. Adalah dijangkakan proses gerhana
> penuh
> akan memakan masa 77 minit sahaja. Oleh kerana tidak
> ada aktibiti ledakan gunung berapi dalam waktu yang
> terdekat adalah dijangkakan warna bulan pada kali
> ini
> merah kekuningan di sepanjang 77 minit itu.  
> 
> Adalah dijangkakan gerhana ini dapat dilihat pada
> waktu 8.44 malam mengikut Pacific Standard Time. Ini
> adalah bersamaan dengan 4.44 pagi mengikut GMT. Kita
> di Malaysia dan juga di gugusan kepulauan Malayu
> tidak
> akan dapat menyaksikan gerhana ini kerana permulaan
> gerhana hanya akan kelihatan di sebelah barat Latin
> Amerika dan peringkat akhirnya akan kelihatan di
> bahagian angkasa benua Afrika.  
> 
> Mungkin disebabkan perkara ini makanya kita lihat
> tidak ada akhbar tempatan yang menerbitkan sesuatu
> menarik berkenaan gerhana ini. Namun sesiapa yang
> berminat menyaksikan kejadian gerhana kali ini
> bolehlah membuka website:
> //eclipse.span.ch/total.htm.
> Kita akan berupaya melihat proses gerhana ini secara
> tertunda lima minit siaran lintas lansungnya. 
> 
> 
> Kita di Malaysia hanya mampu menyaksikan gerhana
> bulan
> penuh pada Julai 16, 2000. Gerhana penuh ini
> dijangkakan berlaku selama 1 jam dan 47 minit. Ini
> merupakan gerhana penuh yang paling lama sejak 140
> tahun yang lalu (1859). 
> 
> Pentingnya Gerhana Bulan 
> 
> Secara kasar gerhana bulan adalah satu fenomena yang
> berlaku untuk menunjukkan kebesaran Allah. Kerana
> itu
> ada beberapa ajaran dan amalan yang telah diatur
> oleh
> junjungan nabi kita (saw) setiap kali berlakunya
> gerhana bulan. Jikalau kita buka Kitab Shahih
> Bukhary,
> kita akan dapati pelbagai pengajaran yang
> bersangkutan
> gerhana bulan dan juga mentari. Dari pengajaran itu
> kita akan sedar betapa gerhana adalah satu kekuasaan
> Allah yang perlu diambil ingatan oleh
> hamba-hambanya. 
> 
> Bulan Purnama 
> 
> Mengikut fahaman orang-orang tua, malam bulan
> purnama
> adalah malam di mana bulan penuh yang berada pada
> malam ke-14 dan ke-15. Inilah yang dikatakan 'malam
> dahsyat' ataupun 'malam hebat' oleh para golongan
> yang
> serbatahu. Pada malam beginilah manusia dikatakan
> bertukar haluan. Kalau di sebahagian setengah bulan
> pertama itu dia buas, di bahagian setengah
> terakhirnya
> pula dia akan menjadi tenang. 
> 
> Orang Melayu banyak mengetahui pergerakan bulan
> melalui kajian saintifik yang dipelajari daripada
> barat ataupun daripada ilmu falak. Tetapi, kesan
> kepada manusia disebabkan pertukaran pergerakan
> bulan
> tidak pun ditulis secara meluas. Kerana itu
> pengetahuan mendalam mengenai kesan-kesan itu hanya
> diketahui secara ajaran lisan yang diturunkan
> daripada
> satu generasi kepada generasi yang mendatang. 
> 
> -Pentingnya Pergerakan Bulan 
> 
> Setiap gerak langkah orang Islam adalah bergantung
> kepada pergerakan bulan. Malahan kalau kita lihat
> pepatah Melayu, banyak pepatah yang menggunakan
> perkataan bulan menunjukkan sesuatu yang mengenai
> masa
> dan perubahannya. 
> 
>  Pepatah seperti 'masuk bulan', 'naik bulan',
> 'dimakan
> bulan'. Awal bulan. Hujung bulan, akhir bulan dan
> pelbagai bulan lagi. Kerana itu kita dapati banyak
> sekali irama lagu yang baik-baik yang dikaitkan
> dengan
> bulan. Malahan kalau kita selidikki lagu kebangsaan
> kita yang kini diberi nama 'Negaraku' kita akan
> ketahui bahawa pada asalnya iramanya itu adalah
> diambil daripada sebuah lagu lama yang tidak
> diketahui
> siapa penggubah asalnya.  
> 
> Nama lagu itu ialah ' Terang Bulan'. Apabila Tunku
> Abdul Rahman mahukan satu lagu kebangsaan negara,
> beliau telah mengambil keputusan mengubahsuai irama
> lagu 'Terang Bulan' dan mengharamkan lagu asal itu
> daripada dimainkan di khalayak ramai. Sebenarnya
> 'Terang Bulan' berirama keroncong adalah satu lagu
> yang sungguh mempersonakan. Cuma, kini setelah
> dijadikan lagu nasional dan rentaknya diubah kepada
> gerak 'march' (kemudiannya ditukar pula kepada
> rentak
> cepat), ia membawa satu semangat yang lain pula. 
> 
> Memang orang Melayu amat terpesona dengan bulan.
> Kerana itu setiap lagu yang mengandungi perkataan
> bulan menajdi satu lagu yang 'top' sekali. Ada satu
> lagu yang dinyanyikan oleh arwah Tan Sri P. Ramlee
> yang berjodol 'Kau Laksana Bulan'.  
> 
> Ia sungguh menggiurkan dan menaikkan bulu tengkok
> bagi
> orang muda. Tetapi, sedarkah kita ada kalanya
> pepatah
> yang mengaitkan kecantikan wajah sesaorang wanita
> kepada wajah permukaan bulan tentunya tidak tepat?
> Kita tahu permukaan bulan bergunung ganang dan
> menggerutu seperti muka P. Ramlee yang banyak
> jerawat
> batu pada satu ketika dulu. Yang dikaitkan pada
> kecantikan itu ialah cahaya yang dipantulkan oleh
> bulan setelah menerimanya daripada matahari. 
> 
> - Tabiat Manusia dan Pergerakan Bulan 
> 
> Kalau kita perhatikan sekeliling kita, akan jelas
> 
=== message truncated ===

=====
^`~^`~^`~^`~^`~
^~`^~`^~^~`^~`^
>>=[Dr R.A.]=>>
>>=[B a t u]=>> 
>>=[B a r a]=>> 
^`~^`~^`~^`~^`~
^~`^~`^~^~`^~`^
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: RA Batubara <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke