*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mari kita jadikan perdebatan ini lebih bermakna, professional, dan teratur
di....
Tak habis-habis bab nih!
<HTML>
<HEAD>
<META HTTP-EQUIV="Content-Type" CONTENT="text/html; charset=windows-1252">
<META NAME="Generator" CONTENT="Microsoft Word 97">
<TITLE>Dalam pada kita memasuki alaf Kristian yang baru ini, cabaran
terhadap Islam dan penganut agama Islam semakin bertambah</TITLE>
<META NAME="Template" CONTENT="C:\PROGRAM FILES\MICROSOFT
OFFICE\OFFICE\html.dot">
</HEAD>
<BODY LINK="#0000ff" VLINK="#800080">
<FONT SIZE=4 COLOR="#000080"><P>Dalam pada kita memasuki alaf Kristian yang
baru ini, cabaran terhadap Islam dan penganut agama Islam semakin bertambah.
Namun, malang sekali bagi ummat Islam, ustazh-ustazh, guru-guru agama,
Imam-imam, para muazzhin(bilal) dan golongan yang terlibat secara langsung
dalam institusi keagamaan di negara kita, sebahagiannya masih agak jauh
terkebelakang berbanding dengan penggerak-penggerak fahaman kebathilan di
serata dunia. Kekurangan dari segi �ilmu duniawi dan ukhrawi, kekurangan
kematangan dalam menangani persoalan semasa, kurangnya pembacaan, serta
fanatik yang tidak berasas terhadap fahaman dan amalan lama menyebabkan
kefahaman Islam di kalangan masyarakat sendiri kelihatan sangat kabur dan
celaru. </P>
</FONT><FONT SIZE=4 COLOR="#008000"><P>Apabila sesuatu masalah keagamaan
timbul, masyarakat akan menerima pelbagai jawapan yang kadangkalanya sangat
bertentangan di antara satu sama lain daripada golongan ini. Ada yang
berkata begitu, ada yang berkata begini, dan akhirnya masyarakat yang jahil
bertambah keliru dan pening. Perbezaan pendapat sebenarnya merupakan sesuatu
yang normal dan fisiolojikal di kalangan �ulama Islam dan dibenarkan pula
oleh Islam. Akan tetapi malangnya sebahagian golongan agama ini seolah-olah
tidak ada titik-bersandar serta tiada asas yang betul dalam menjadikan
pendapat mereka itu suatu pendapat yang boleh diterima. Ketiadaan asas
perdebatan menjadikan perbezaan pendapat yang tidak perlu tidak kunjung
selesai. Keadaan ini diparahkan lagi oleh sikap masyarakat yang suka
ber�amal membuta-tuli. Oleh sebab Ustazh Y kata ini suatu perbuatan yang
bagus, maka tanpa banyak soal mereka melakukannya dan kadang-kala
mewajibkannya dan menjadikannya suatu adat turun-temurun pula yang mereka
bangga mengatakan bahawa perbuatan tersebut adalah sebahagian ajaran Islam.
Golongan ini kemudiannya memandang serong golongan yang tidak mengikuti
perbuatan mereka lantas memberikan label-label �anti-sosial� dan sebagainya
kepada mereka sedangkan apabila ditanya apakah dalil perbuatan tersebut,
langsung mereka membisu, tanpa memberikan suatu bentuk jawapan pun yang
munasabah.</P>
<P>Di atas sebahagian dari sebab-sebab ini serta sebab-sebab lain yang
mungkin sekelumit daripadanya akan diterangkan di bawah ini, maka sebuah
forum baru yang bergelar al-mujaddid telah diadakan. Terdapat banyak
forum-forum Islam di dunia siber Nusantara ini tetapi kebanyakannya tidak
merangkumi apa yang ingin dibincangkan dalam Al-Mujaddid ini. Sebagai
contoh, Hizbinet lebih berbentuk perbincangan politik, AL-Ahkam online hanya
membuka perbincangan dalam masalah Wehdatul-wujud serta forum-forum lain
yang wujud tidak mempunyai suatu spesifikasi tertentu untuk memperbaiki
keadaan masjid-masjid, guru-guru agama, methodoloji da�wah serta
institusi-institusi agama yang lain di negara kita ini. Oleh sebab-sebab
yang demikian maka diharapkan agar warga Muslim serta Muslimah di dunia
siber dapat menjadi pengkritik atau pembela dalam Al-Mujaddid ini supaya
keadaan Islam dan ummat Islam di negara ini dapat dipertingkatkan kualitinya
pada masa hadapan lantas menyaingi pendokong-pendokong kebathilan dan
kekufuran di negara kita.</P>
</FONT><FONT SIZE=4 COLOR="#000080"><P>Di bawah ini disediakan panduan
tentang skop umum bahagian-bahagian dalam forum. </P>
<UL>
<LI>Isu-isu agama- perbahasan tentang apa-apa isu agama di negara kita </LI>
<LI>Pantai Timur, Utara, Selatan, Pantai Barat- kritikan secara khusus
tentang institusi-institusi agama di negeri-negeri berkenaan.
Contohnya:-mengapa masjid kotor? </LI>
<LI>Cadangan- Cadangan kepada webmaster tentang bagaimana forum ini dapat
dipertingkatkan untuk mencapai matlamatnya serta teguran-teguran membina
kepada webmaster. </LI>
<LI>Kesihatan- terbuka kepada para pegawai perubatan untuk mengemukakan
teguran-teguran serta panduan-panduan umum atau khusus tentang isu-isu
kesihatan </LI>
<LI>Adat dan Masyarakat- membincangkan rasional �amalan-amalan masyarakat.
Contohnya:- sikap masyarakat yang suka menyusahkan dalam bab perkahwinan.
</LI>
<LI>Untuk Du�aat- teguran anda untuk para penda�wah. Cthnya sikap sebahagian
ustazh yang suka menghina bangsa-bangsa tertentu dalam ceramah-ceramah
mereka. </LI>
<LI>Lain-lain- Apa-apa perkara penting yang lain yang tidak dikategorikan di
atas</LI></UL>
<P>Perhatian: Anda tidak perlu bimbang dalam menentukan sama ada perkara
yang anda tulis itu benar atau tidak kerana In sya Allah masyarakat forum
akan mengadili kebenaran apa yang anda tuliskan itu. Apa-apa perkara yang
anda tergamak ucapkan kepada kawan-kawan anda tentang �amalan-amalan
ustazh-ustazh di Malaysia serta perbuatan masyarakat juga digalakkan untuk
dituliskan supaya semua kesalah-fahaman tentang apa-apa terhadap sesiapa
dapat dihilangkan.</P>
<P>Wallahua�lam. SELAMAT BERFORUM di </FONT><A
HREF="http://www.delphi.com/mujaddid"><FONT SIZE=2
COLOR="#000080">http://www.delphi.com/mujaddid</FONT></A><FONT SIZE=4
COLOR="#000080">.</P>
<P> </P></FONT></BODY>
</HTML>
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Abduh Muhammad" <[EMAIL PROTECTED]>