*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
eh... eh... malu konon... yang adik dia fitnah si Azmin tak reti pulak 
malu... biol punya orang...


>From: Comb attt <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>CC: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Azwan Ali, TV3:  2 kali 5
>Date: Thu, 20 Jan 2000 17:14:02 -0800 (PST)
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>BERITA MALAYSIA
>
>
>20 JANUARI, 2000 21:23PM
>
>PERMINTAAN MAAF TV3 TIDAK IKHLAS, KATA AZWAN ALI
>
>
>KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Bekas pengacara
>televisyen TV3 Azwan Ali hari ini memberitahu Mahkamah
>Tinggi di sini hari ini bahawa permintaan maaf
>kepadanya oleh stesen televisyen swasta itu yang
>didakwa memalukannya melalui program "Melodi" tidak
>ikhlas.
>
>
>Beliau berkata permintaan maaf yang dibuat melalui
>rancangan Melodi pada 15 Mei 1998 sebaliknya
>mempersendakannya dan telah selanjutnya memfitnah dan
>memalukannya.
>
>"Perkataan "minta maaf" digunakan sebagai suatu jenaka
>sepanjang rancangan kedua tersebut dan disebut oleh
>defendan keempat (pengacara rancangan Melodi Fauziah
>Datuk Ahmad Daud) sebanyak lebih kurang tujuh kali.
>
>"Defendan keempat dan Saiful (Ah Pek) (seorang
>pengacara) telah membuat suatu suasana seperti
>berkabung kerana kematian dengan menggengam tangan
>mereka. Ini adalah tidak masuk akal dan selepas
>meminta maaf, mereka melompat-lompat kegembiraan,"
>katanya.
>
>Sebelum itu, Azwan memberitahu mahkamah bahawa Fauziah
>telah mengeluarkan perkataan-perkataan yang
>memalukannya di dalam satu dialog rancangan Melodi
>siaran pada 10 Mei 1998.
>
>Azwan berkata Fauziah yang lebih dikenali sebagai Ogy
>telah berkata kepada seorang bernama Saiful atau lebih
>dikenali sebagai Ah Pek dengan sedih
>perkataan-perkataan "Ooo..kau ni nak jadi macam Azwan
>Ali lah...menangis-nangis sebab Ziana Zain kahwin!.
>
>Katanya, perkataan-perkataan tersebut bersama dengan
>gosip bahawa beliau "dating" dengan Ziana Zain sebelum
>perkahwinan penyanyi itu membawa maksud bahawa beliau
>adalah seorang "sole loser" yang bersifat
>keanak-anakan, terhegih-hegih dan masih gila-gilakan
>Ziana Zain.
>
>Beliau berkata perkataan itu juga membawa maksud
>bahawa beliau mencintai Ziana Zain dan telah hancur
>sedih kerana Ziana Zain telah berkahwin.
>
>"Lebih-lebih lagi, program tersebut "coincided" dengan
>perkahwinan Ziana Zain pada minggu tersebut yang
>memburukkan lagi perasaan malu yang saya alami,"
>tambahnya.
>
>Azwan, 33, mengemukakan saman malu menuntut ganti rugi
>berjumlah RM2 juta daripada TV3 dan anak syarikatnya
>Ambang Klasik Sdn Bhd kerana mendakwa mereka telah
>menjatuhkan maruahnya melalui rancangan hiburannya
>"Melodi".
>
>Azwan turut menamakan penerbit rancangan Melodi,
>Michael Christian Simon dan pengacara rancangan itu,
>Ogy sebagai defendan ketiga dan keempat.
>
>Beliau menuntut RM1 juta daripada TV3 dan RM1 juta
>daripada Ambang Klasik serta permohonan maaf daripada
>keempat-empat defendan yang perlu disiarkan dalam
>akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.
>
>Beliau juga menuntut jaminan dan akujanji secara
>bertulis daripada keempat-empat defendan bahawa mereka
>tidak akan mencetak atau menyiarkan dalam apa-apa
>bentuk saluran media namanya tanpa mendapat kebenaran
>bertulis.
>
>Beliau juga menuntut supaya TV3 dan Ambang Klasik
>menanggung segala kos termasuk kos guaman serta
>relif-relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
>
>Azwan berkata selepas rancangan Melodi yang disiarkan
>pada 10 Mei 1998, beliau menerima banyak panggilan
>telefon dari kawan-kawan, rakan-rakan sekerja dan
>peminat yang bertanyakannya serta memarahi dan
>menasihati saya untuk meninggalkan Ziana Zain.
>
>Azwan berkata selepas itu beliau menghubungi pihak TV3
>dan menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada
>mereka tetapi permintaan maaf yang dibuat oleh
>defendan melalui rancangan Melodi lima hari selepas
>insiden itu tidak ikhlas.
>
>Beliau menafikan yang beliau mempunyai apa-apa
>hubungan dengan Ziana Zain dan menangis kerana
>penyanyi itu berkahwin.
>
>"Hanya sebagai kawan dan tidak lebih dari itu", jawab
>Azwan ketika ditanya peguamnya John Clark Sumugod sama
>ada beliau pernah mempunyai perasaan cinta terhadap
>Zaina Zain. Katanya, selepas dua rancangan Melodi
>tersebut, beliau berasa takut atau fobia untuk
>bersemuka dengan orang ramai dan peminat-peminatnya.
>
>Mahkamah menangguhkan perbicaraan itu lebih kurang
>pukul 12.35 tengah hari setelah Azwan kelihatan sebak
>apabila memberitahu mahkamah bahawa keluarnya
>khususnya arwah bapanya dan ibunya menyesali insiden
>yang telah memalukan beliau dan keluarga beliau.
>
>Perbicaraan di hadapan hakim Datuk Dr R. K. Nathan
>disambung esok.
>
>-- BERNAMA
>
>
>
>
>
>
>--------------------------------------------------------------------------------
>Copyright ©1999 BERNAMA. All rights reserved. This
>material may not be published, broadcast, rewritten or
>redistributed in any form except with the prior
>express permission of BERNAMA.
>
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
>http://im.yahoo.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Comb attt <[EMAIL PROTECTED]>

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Shah Johan Sarip" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke