*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SATU LAGI KHIDMAT NASIHAT PERCUMA BANTU PEMBELI
RUMAH

SHAH ALAM, 23 Jan (Bernama) -- Orang ramai yang menghadapi masalah
berhubung pembelian rumah kini mempunyai satu lagi alternatif untuk
mendapatkan nasihat percuma iaitu menerusi Perkhidmatan Professional
Kawalan Kualiti Pembinaan (ICQC).

Presidennya Ahmad Shazali Zahidi berkata bagaimanapun apabila pembeli
ingin mendapatkan khidmat guaman ICQC dalam tugas-tugas membabitkan
pembelian rumah, mereka masih perlu membayar yuran perkhidmatan
seperti yang ditetapkan iaitu setengah peratus daripada harga rumah.

Beliau berkata perkhidmatan itu lebih menekankan kepada tindakan yang
boleh diambil oleh pembeli sekiranya pemaju tidak melaksanakan
tanggungjawabnya sebagaimana yang ditetapkan dalam perjanjian.

"Kebanyakan pembeli tidak tahu bahawa mereka sebenarnya tidak
diwajibkan untuk mengambil peguam yang ditentukan oleh pemaju ketika
membeli rumah kerana sudah pasti ia akan mewujudkan percanggahan
kepentingan," katanya pada sidang berita semasa melancarkan
perkhidmatan itu di sebuah hotel di sini hari ini.

ICQC menyediakan khidmat guaman yang bebas dan memberi penekanan
kepada kepentingan pembeli yang merupakan pelanggannya.

Shazali berkata ICQC akan memastikan bahawa projek itu disiapkan
mengikut jadual dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan tanpa memberi
ruang kepada pemaju untuk bertolak ansur.

"Tindakan tegas dan pantas akan diambil jika pemaju gagal
melaksanakannya mengikut ketetapan," katanya.

ICQC merupakan satu kumpulan perunding yang dianggotai oleh 50 ahli
terdiri daripada wakil badan-badan professional yang terbabit dalam industri
perumahan.

ICQC kini beroperasi di Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan
dan dijangka mulaskan ruang liputan merangkumi seluruh negara menjelang
pertengahan tahun ini.

Orang ramai boleh menghubungi ICQC menerusi talian telefon 03-5535266. --
BERNAMA



______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "H Rahman" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke