*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Boikot tiga media selama tiga bulan
KUALA LUMPUR: Rakyat negara ini diajak memboikot tiga
media utama negara iaitu Utusan Malaysia, New Straits
Times dan pengiklan TV3 selama tiga bulan mulai
Februari ini sebagai bantahan terhadap sikap mereka
sepanjang kempen pilihan raya lepas.
Satu majlis pelancaran kempen itu akan dibuat secara
besar-besaran pada 1 Februari ini di pekarangan
Pejabat KeADILan Bahagian Gombak, Desa Melawati, Kuala
Lumpur iaitu hari permulaan boikot selama tiga bulan
itu.
Majlis akan bermula dari jam 3.00 petang hingga 7.00
malam.
Orang ramai dijemput untuk menandatangani satu kain
rentang bantahan yang dijangka akan memecahkan rekod
nota bantahan terpanjang dalam dunia.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Boikot itu,
Rustam A Sani, para pemimpin kanan Barisan Alternatif
serta pemimpin NGO yang menyertai kempen ini akan
memberikan ucapan dalam majlis pelancaran tersebut.
Menurut Rustam, ini adalah tindak balas kepada media
yang melanggar segala etika yang disepakati bersama
oleh mereka sendiri sebelum ini.
"Kita juga memberikan amaran kepada akhbar-akhbar lain
bahawa mereka juga tidak akan terlepas jika terus
bersikap tidak beretika," kata Rustam.
Rustam menyifatkan, tindak tanduk media ini sepanjang
kempen pilihan raya lepas sebagai hina demi untuk
mencapai tujuan politik mereka.
"Mereka sanggup melakukan apa saja asalkan niat mereka
tercapai," katanya.
Antaranya memutar belitkan fakta, mengancam dan
menggertak, Islam telah digambarkan sebagai bersifat
primitif dan liar, janjikan rusuhan dan sengketa
antara kaum jika kerajaan yang ada gagal
mempertahankan kelebihan suara dua pertiga dan
sebagainya.
=====
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: counterbalance <[EMAIL PROTECTED]>