*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Waalaikumsalam...
Nursejati yang dihormati...maksud disini yang ruh tidak bisa mentaati Allah
apabila ruh itu telah dicemari dan dikotori oleh nafsu. Sebab itu ruh mesti
mengatasi nafsu. Dan satu cara untuk mebersihkan ruh itu agar nafsu dapat
ditundukkan ialah secara bertariqat (jalan/cara untuk menghubungkan hati
pada Allah). Cuba nursejati baca sekali lagi dan cuba fahamkan.
p/s: siapa yang akan membuka sangkar dari luar tu? Bukankah ada hadis yang
mengatakan bahawa Allah tidak mengubah keadaan suatu kaum itu sehinggalah
mereka sendiri yang mengubahnya? Satu lagi dalam hal hal tariqat ini
perlulah mendapat panduan dari guru yang mursyid.
wallahua'lam.
>From: "nursejati" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: "Qani'ah Khalillah"
><[EMAIL PROTECTED]>,<[EMAIL PROTECTED]>,<[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: Re: H-Net* TARIQAT, CARA SISTEMATIK MELAWAN NAFSU
>Date: Thu, 10 Sep 1998 00:24:37 +0800
>
>Asalammualaikum dan salam sejahtera,
>
>Saya ingin bertanya kepada saudara/ri Qani'ah Khalillah. Benarkah ruh tidak
>bisa mentaati perintah Allah. Kalau boleh, kemukakan sekali dalil-dalil
>yang
>menunjukkan bahawa ruh tidak bisa mentaati perintah allah. Kerana kalau
>kita
>melihat kepada peranan roh adalah amat besar sekali dlm kehidupan manusia.
>Roh dapat menghidupkan jasad yang mati.
>
>Ini dengan merujuk kepada firman tuhan
>"Maka apabila telah Aku sempurnakan kejadiannya dan Aku tiupkan rohKu, maka
>hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya (shad : 27)".
>
>Ayat ini menjelaskan bahawa apabila ditiupkan roh kedalam jasad adam, maka
>pada ketika itu adam bangun dan menyebutkan kalimah Alhamdulilah, kemudian
>turunlah perintah kepada semua makluk supaya tunduk bersujud kepada Adam.
>Ini membuktikan wujudnya rahsia ketuhanan pada roh sehingga diperintahkan
>semua makluk utk sujud padanya. Kenapa semasa adam belum ditiupkan rohnya,
>tidak turunnya perintah bersujud tersebut. Dan menurut apa yang saya
>ketahui
>roh mempunyai peranannya sendiri. Dan dia menjalankan tugas seperti yang
>diperintahkan oleh Allah kepadanya. Bagaimana kita boleh katakan dia tidak
>taat pada tuhanNya. Dan antara roh dan jasmani itu sebenarnya terdapat satu
>hijab. Dan kewujudan hijab itulah yang menyebabkan manusia lalai drpd
>mengingati-Nya. Dan hijab itu adalah nafsu. Dan dibantu pulak oleh syaitan,
>maka semakin lalai lah kita. Dan kewujudan nafsu ini adalah sebagai cubaan
>tuhan kepada kita. Dan disini siapakah yang sebenarnya tidak TAAT pada
>tuhanya, roh, nafsu ataupun diri sendiri. Kalau kita katakan roh, tak
>mungkin. Kerana dia menjalankan tugasnya seperti yang diperintahkan
>kepadanya. Kalau kita salahkan nafsu sebab tat taat, tak boleh juga. Sebab
>sifat nafsu itu memang dah ditentukan sejak azali lagi. Dan cuba kita check
>diri kita sendiri, adakah kita condong kepada hawa nafsu atau kepada roh.
>Kalau diri kita lebih condong utk menuruti hawa nafsu, jelaslah kita
>sendiri
>yang bersalah. Sedangkan kita diperintahkan utk bermuhajadah menentang hawa
>nafsu.
>
>Sampai setakat ini sahaja buat masa ini. Kerana utk memperbincangkan soal
>roh ini secara terbuka adalah satu hal yang amat sulit dan besar sekali.
>Silap-silap boleh terpesong akidah. Harap perbetulkan jika saya tersalah
>dan
>bersalah.
>
>wasalam
>
>p/s: Bolehkah burung memecahkan sangkar tersebut. kan lebih mudah jika
>sangkar tersebut dibukakan dari luar.
>
>
>----- Original Message -----
>From: Qani'ah Khalillah <[EMAIL PROTECTED]>
>To: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>
>Sent: Friday, January 21, 2000 1:08 PM
>Subject: H-Net* TARIQAT, CARA SISTEMATIK MELAWAN NAFSU
>
>
> >
> > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> > { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> > { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> > *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> > PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > TARIQAT'
> > CARA SISTEMATIS MELAWAN NAFSU
> >
> > Untuk berhadapan dengan musuh batin kita memerlukan ruh yang kuat,
> > sehingga ruh itu dapat menundukkan nafsu
> > dan syaitan. Sekian lama ruh terkurung, terbelenggu dalam jasad,
> > dikungkung oleh nafsu dan syaitan, maka ruh
> > sudah lemah (rusak atau hilang rasa kehambaan). Walaupun ruh sudah
> > mengenal Allah SWT, tahu wujud dan Maha
> > Perkasanya Allah, tetapi ruh tidak bisa mentaati perintah Allah.
> >
> > Laksana burung, ruh terkurung dalam sangkar. Karena sangkar itu kuat
>maka
> > buurng terpaksa terkurung di dalam
> > sangkar yang sempit dan menyiksa. Sebaliknya kalau burung lebih kuat
>dari
> > sangkar, burung akan dapat
> > memecahkan sangkar dan dapat terbang ke seluruh alam. Demikianlah
>kalau
> > ruh kita lebih kuat dari nafsu dan
> > syaitan, ruh dapat menundukkan keduanya. Saat itu bukan jasad lagi
>yang
> > menguasai ruh, tapi ruh yang menguasai
> > jasad lahir. Ruh akan bebas melakukan kehendaknya mentaati perintah
> > AllahSWT. Untuk menguatkan ruh dalam
> > mujahadah melawan nafsu maka kita mesti memperbanyak ibadah-ibadah
> > hablumminallah, salah satunya ialah
> > zikrullah. Semua ibadah zikrullah kalau dikerjakan dengan betul akan
> > meresap ke hati dan menghasilkan iman,
> > ketenangan serta kebahagiaan.
> >
> > Dalam Islam cara yang mudah dipahami adalah kaedah ataupun cara
>(jalan)
> > yang sistematik untuk mengingati Allah
> > (zikrullah) adalah melalui tariqat. Bagi orang-orang yang kenal dan
>cinta
> > pada Allah SWT zikrullah adalah sesuatu
> > yang mesti. Tidak cukup dengan sembahyang fardhu dan sunat saja,
>mereka
> > mau mengisi waktu di luar sembahyang
> > (waktu kerja, waktu istirahat) dengan terus mengingat Allah SWT.
>Sebab
> > itu bagi mereka tariqat adalah suatu
> > keperluan. Sebab tariqat akan mendisiplinkan mereka untuk istiqamah
> > melakukan zikrullah. Atas dasar itulah maka kita
> > lihat dalam sejarah hidup ke-4 imam-imam mazhab, semua mengamalkan
> > tariqat. Begitu juga dengan Imam Al Ghazali
> > Rahimahullah taala. Dalam sejarahnya tariqat diambil dari Rasulullah
>SAW,
> > dikembangkan oleh para sahabat setelah
> > wafatnya Rasulullah SAW. Disambung lagi oleh para ulama hingga zaman
> > sekarang ini.
> >
> > Jadi tariqat bukan hal asing dalam Islam. Bahkan ulama-ulama sufi
>telah
> > mengatakan Islam terdiri dari empat perkara,
> > yaitu syariat, tariqat, hakikat dan makrifat. Artinya dalam usaha
>menjadi
> > seorang hamba yang diredhai Allah SWT
> > seseorang manusia itu patut menempuh syariat, tariqat, hakikat dan
> > makrifat untuk mencapai rasa ubudiah
> > (kehambaan) yang sebenar-benarnya. Jadi bagi seseorang yang cinta
>pada
> > Allah SWT dan ingin senantiasa
> > menghubungkan hati denganNya bertariqat adalah sesuatu yang wajar.
> > Artinya mengambil satu kaedah yang
> > mendisiplinkan kita untuk istiqomah melakukan zikrullah. Kalau kita
>tidak
> > mendisiplinkan diri, maka agak susah untuk
> > istiqamah melakukan zikrullah itu. Contohnya semua orang tahu bahwa
> > Rasulullah SAW memerintahkan kita supaya
> > memperbanyak istighfar setiap hari. Baginda sendiri sehari semalam 70
> > kali istighfar, walaupun baginda tidak berdosa.
> > Artinya kita yang berdosa ini sepatutnya lebih banyak lagi
>beristighfar.
> > Tapi dalam pengalaman kita setiap hari apakah
> > jumlah istighfar kita sudah melebihi jumlah istighfar Rasulullah SAW.
> > Masing-masing dapat menjawab.
> >
> > Tanpa disiplin melalui tariqat semua orang tidak dapat mengawal diri
> > sendiri dari lalai untuk zikir pada Allah. Seperti
> > halnya dengan orang yang ketagihan merokok. Hampir semua orang tahu
> > merokok itu membahayakan kesehatan,
> > tapi bukan saja orang-orang biasa tidak dapat meninggalkannya, bahkan
> > dokter-dokter pun sama saja. Bahkan juga
> > alim ulama. Mereka tidak kuat untuk mendisiplinkan diri untuk tidak
> > merokok.
> >
> > Sebab itu kita sepatutnya tidak bersangka buruk terhadap tariqat,
>karena
> > tariqat hanyalah satu cara yang sistematik
> > dalam mendisiplinkan diri untuk menghubungkan hati dengan Allah SWT.
> > Namun begitu semenjak sistem pengajian
> > Islam telah diambil alih dengan corak sekuler, maka mayoritas umat
>Islam
> > telah beralih dari beramal ibadah dan
> > zikrullah pada berlomba-lomba untuk menimbun harta dan bangga
>dengannya
> > sehingga melalaikan akhirat. Umat
> > Islam telah lebih cinta kepada dunia daripada aKhirat. Sejak itulah
>umat
> > Islam bukan saja tidak mengamalkan tariqat
> > tetapi tidak perduli sama sekali dengannya. Karena itu anak-anak
>zaman
> > sekarang bukan saja tidak tahu tentang
> > tariqat bahkan prejudis terhadapnya. Mereka cukup bangga dengan yoga,
> > meditasi, jogging dan piknik sebagai cara
> > untuk mencari ketenangan walaupun Al Quran dengan tegas mengatakan :
> >
> > "Ketahuilah bahwa dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang." (Ar
>Raad
> > : 28).
> > ______________________________________________________
> > Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
> >
> >
> > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> > ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> > ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> > ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> > ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> > Pengirim: "Qani'ah Khalillah" <[EMAIL PROTECTED]>
> >
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Qani'ah Khalillah" <[EMAIL PROTECTED]>