*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tafsir Al-Quran
Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Tafsir Surah an-Nisa' ayat 136 
Allah suka kepada yang bertaubat
  

Yang bersalah bertaubat dan meminta halal juga
termasuk dalam hukum Allah SWT. Islam menggalakkan
bertaubat dan bermaaf-maafan antara satu sama lain.
Orang yang bertaubat diberi ganjaran besar oleh Allah
SWT. 

Disebut di dalam hadis bahawa Allah sayang kepada
hamba-Nya yang bertaubat dan gembira dengan taubat
hamba-Nya itu lebih gembira daripada seorang hamba
yang sesat di padang pasir, luas terbentang dalam
keadaan kehilangan unta dan makanan yang diletakkan di
belakang unta berkenaan. 

Dengan penuh kehampaan, hamba itu bersandar di
sebatang pokok seraya memejamkan matanya merasakan
tiada harapan lagi untuk menyelamatkan diri. Bila
dibuka semula matanya, tiba-tiba unta bersama bekalan
makanannya berada di hadapannya. Lalu dia berkata
(dengan ucapan latah kerana terlalu suka): "Ya Allah!
Aku tuhan-Mu, Engkau hambaku." 

Allah Taala lebih suka dari hamba yang latah itu
sekiranya hamba berkenaan bertaubat kepada-Nya. Islam
menggalakkan bermaaf-maafan atas kesilapan yang
dilakukan antara satu sama lain di luar mahkamah
ataupun selepas dibicarakan. Umpamanya dalam kes
Qisos. Islam mengizinkan bermaaf-maafan itu
dilangsungkan di mana ahli keluarga orang yang dibunuh
yang memberi maaf kepada pesalah diberi pahala yang
besar oleh Allah SWT dan martabat yang tinggi pada
hari kiamat kelak. 

Ini merupakan hukum Allah yang menguasai hati manusia
bukan undang-undang zahir sahaja. Seterusnya Allah
Taala berfirman yang bermaksud: 

"Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu
kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada Kitab al-Quran
yang telah diturunkan kepada Rasul-Nya (Muhammad
s.a.w.) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah
diturunkan dahulu daripada itu." (Surah an-Nisa': 136)


Terdapat kekhilafan di kalangan ulama berhubung dengan
masalah kepada siapakah ayat ini ditujukan. Sebahagian
ulama berkata ayat ini ditujukan kepada semua orang
beriman manakala sebahagian lain mengatakan ayat ini
ditujukan kepada orang-orang munafik yang menyatakan
beriman pada zahirnya tetapi tidak sedemikian pada
hakikatnya. 

Sebahagian ulama lain pula menyatakan bahawa ayat ini
ditujukan kepada musyrikin yang mengaku beriman tetapi
iman mereka tidak betul. Mereka mengaku beriman kepada
Allah tetapi menyembah patung berhala yang didakwa
alat perantaraan yang menjadi juru bicara kepada
Allah. 

Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu
benar-benar beriman, maka berimanlah kepada Allah
(tanpa mengadakan sebarang sekutu pun bagi-Nya),
kepada Rasul-Nya (Muhammad s.a.w.), kitab al-Quran
yang diturunkan kepada Nabi itu yang dilantik menjadi
rasul akhir zaman serta kitab-kitab yang diturunkan
dahulu kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul a.s. walaupun
tidak boleh lagi beramal dengan hukum hakamnya kerana
telah dinasakhkan. 

Firman-Nya lagi yang bermaksud: 

"Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah,
Malaikat-malaikat dan Kitab-kitab-Nya serta hari Hari
Akhirat maka sesungguhnya ia telah sesat dengan
kesesatan yang sejauh-jauhnya." (Surah an-Nisa': 136) 

Adalah menjadi golongan yang sesat dengan kesesatan
yang sejauh-jauhnya, jika mengkufuri Allah sama ada
pada sifat, af'al atau hukum hakam-Nya,
malaikat-malaikat-Nya kerana tidak dapat melihat rupa
paras mereka walaupun al-Quran, Rasulullah s.a.w. dan
ulama-ulama menceritakannya, sama ada semua atau satu
malaikat sahaja sebagaimana orang Yahudi marah kepada
malaikat Jibril seperti dinyatakan Allah firman-Nya
yang bermaksud: 

"Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala
petunjuk dan perintah-Nya) dan memusuhi
malaikat-malaikat-Nya dan Rasul-Rasul-Nya, khasnya
malaikat Jibril dan Mikail, (maka ia diseksa oleh
Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi
orang-orang kafir." (Surah al-Baqarah: 98) 


=====
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: counterbalance <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke