*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BAHASA BAKU : TAHNIAH DATO' RAHIM BAKAR
TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada Pengerusi Jemaah
Pengelola DBP, Dato' Rahim bakar diatas kenyataannya
yang tegas dan berani berhubung isu pemansuhan bahasa
baku.Sebagai seorang yang mengepalai institusi yang
dipertanggungjawabkan untuk menjaga martabat Bahasa
Melayu, kenyataannya memang tepat sekali.
Ternyata Dato' Rahim masih seorang Jebat yang suatu
ketika dulu pernah menerima hukuman akibat
'penderhakaannya' terhadap Sultan Pahang.
Dato' Rais Yatim dalam kenyataan balasnya mendakwa
kenyataan Dato' Rahim itu tidak mengikut prosedur
kerana tidak berbincang terlebih dahulu dengan
Kementerian Pendidikan.Soalnya sekarang, apakah Dato'
Rais sendiri telah berbincang dengan DBP sebelum
membuat kenyataan untuk memansuhkan bahasa baku yang
berada di bawah tanggungjawab Dato' Rahim dan DBP?
Kenyataan Dato' Rahim dan beberapa orang yang lain
termasuk Prof. Awang Had Salleh, Lim Kit Siang
,Presiden Kesatuan Guru, dan lain-lain harus diterima
dengan ikhlas walaupun bertentangan dengan keputusan
kerajaan.
Kerajaan sepatutnya membuat keputusan mengikut
kehendak rakyat (yang memilih mereka) bukannya
bertindak mengikut kepentingan politik
semata-mata.Apatah lagi, alasan yang diberikan
terhadap tindakan tersebut tidak manasabah.
Dalam masyarakat Malaysia yang mempunyai berbagai
dialek dan slanga, kita memerlukan satu bahasa yang
boleh diterima oleh semua pihak.Biarkan masyarakat
menggunakan dialek dan slanga masing-masing, tetapi
untuk urusan resmi khususnya di television dan radio
kita memerlukan bahsa baku.
Bahasa Inggeris sendiri mempunyai berbagai slanga,
tetapi untuk urusan resmi mereka menggunakan bahasa
Inggeris baku.Alasan mengatakan ia sama dengan Bahasa
Indonesia amat melucukan. Itu hanyalah pendapat orang
yang tidak kenal dan tidak pernah menggunakan bahasa
baku.Apakah bahasa yang digunakan oleh TV3 itu sama
dengan bahasa yang digunakan oleh TVRI? Jauh sekalu
bezanya.
Lebih mendukacitakan,perjuangan selama 11 tahun yang
hampir mencapai matlamat menyatupadukan semua kaum di
bawah satu bahasa kini cuba 'dibunuh'semata-mata
kerana pengasasnya tidak lagi menjadi orang
kerajaan.MALANG SUNGGUH BAHASAKU.
PAK SHEIKH
=====
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: counterbalance <[EMAIL PROTECTED]>