*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Kuliyyah Maghrib ini disampaikan oleh Ustaz Halim
Hassan di Masjid Maqbul,P.Pinang.

Muqaddimah.
--------------------
     Muslimin/muslimat yg dirahmati ALLAH SWT.
     Di dalam sebuah hadis Qudsi,ALLAH berfirman yg
bermaksud,"Wahai manusia,berapa banyak pelita yg
dipadamkan api nya oleh angin yg kuat.Dan begitu
jugalah,berapa banyak orang abid yg rosak ibadatnya
krn semata2 ada ujub dlm hatinya."
[ Saja ALLAH bawa mai hadis macam ni,yakni suruh
supaya kita pikiaq.Tuhan kata bahwa berapa banyak org
abid (org2 yg kuat ibadat) menjadi rosak akibat ujub
yg telah bertakhta di hati2 mrk.Lalu ujub itu akan
memakan balik pahala2 yg dibuat sebelum ini.Ini
terjadi krn mrk telah meletakkan ibadat dan ilmu di
juzuk yg berlainan.Maka berlakulah peribadatan tanpa
ilmu. ]
     Kata ALLAH lagi,"Dan berapa banyak orang kaya
yang jadi rosak dgn kekayaan yang Tuhan bagi kepada
mereka."
[ Semasa dia miskin,dia rajin pi sembahyang.Tapi bila
dia sudah kaya,lalu dia terlupa nak mai
masjid.Jadi,maknanya kaya itu yang buat dia rosak. ]
     Lagi kata ALLAH,"Begitu jugalah dengan orang2
miskin yang menjadi rosak dengan kemiskinan mereka.Dan
ada juga orang sihat yang rosak dengan sihat yang
ALLAH bagi kepada mereka."
[ Makna bagi org sihat yg rosak dgn kesihatannya ialah
mrk sangka dgn ibadat yg mrk lakukan itu sudah cukup
elok utk dikurniakan pahala,padahal dia tak tau atau
tak nampak yg ibadat yg dia dok buat tu pahala apa pun
tak dapat. ]
     "Dan berapa banyak orang alim menjadi rosak
dengan ilmu yang Tuhan bagi kepada mereka."
[ Kadang2 orang yang ada ilmu pun boleh rosak juga
kerana dia tak tabarruk/ikhlas dengan ilmu yang ada
padanya.Oleh sebab itu,Imam Ghazali pernah berkata
bahwa apabila seseorang sedang belajar,maka pelajar
itu mestilah membersihkan niatnya semasa belajar.Iaitu
berniat nak cari/amal ilmu2 ALLAH,dan kemudiannya
mengajar pula pada orang lain.Atau kita niat,kita
belajar ni untuk mengeluarkan diri kita daripada alam
jahil dan kalau ada lebih sikit ilmu daripada apa yang
kita belajar,kita pun nak keluarkan orang lain juga
daripada alam jahil. ]
     Dengan wahyu yang ALLAH sampaikan kepada Nabi
s.a.w. ni,Nabi kata ALLAH berfirman lagi,"Dan berapa
banyak orang yang jahil jadi rosak kerana kejahilan
mereka."
[ Cuba tuan2 pi tanya pada setengah sahabat2
kita,"Hang sembahyang ni pasai apa ?"...Kadang2 tu,ada
yang depa sendiri pun tak tau pasai apa depa
sembahyang.Kalau kita perati daripada solat
seseorang,kita boleh tau dia ada ilmu ka takdak
ka.Sepertimana kata Nabi s.a.w.,"Kamu kena sembahyang
sepertimana aku sembahyang,yakni sepertimana Tuhan
ajar kepadaku."...Sekarang ni pun kita boleh tengok
berapa banyak orang jahil ketika mendirikan
sembahyang.Eg,berdiri betul sebelum takbir pun dah ada
yang tak betoi dah.Depa nanti kangkang sampai orang
lain tak boleh berdiri satu saf dengan dia.Masa rukuk
mata dok ushar kuku kaki,elok ka tak elok ka.Kemudian
masa sujud pula tangan tak rapat.Baca Fatihah pun
lintang pukang; bagi salam tak betoi; lepas tu doa pun
tak mau,belah lagu tu saja pun ada juga.Mereka seperti
ni,tak nampak bahwa rukuk/sujud mereka kepada ALLAH tu
sebagai satu ibadat kepada ALLAH SWT.Yang mereka faham
ialah sembahyang ni sekadar nak menggugurkan fardu
yang Tuhan bagi di atas bahu mereka sahaja. ]
     Kata ALLAH,"Dan kalaulah tidak disebabkan adanya
orang2 tua yang masih rukuk kepada ALLAH; masih ada
budak2 muda kusyuk kepada Islam; dan kalau tidak
kerana adanya bayi2 yang masih menyusu; dan kalau
tidak kerana masih ada binatang2 yang melata di atas
mukabumi; nescaya Aku jadikan langit yang berada di
atas kepala itu,menjadi besi keluli."
[ Tuhan habag lagu ni,pasai Dia cukup marah dengan
jenis2 manusia yang disebutkan tadi.ALLAH cukup marah
kerana manusia ni selalu buat sesuatu yang tak
berbetulan dengan kehendak ALLAH SWT.Tuhan juga marah
pada manusia yang buat ibadat,tetapi ibadat mereka itu
tiada istiqomah atau tak berqualiti di sisi
ALLAH.Sehinggakan ALLAH SWT umpamakan ibadat yang
manusia lakukan itu,sepertimana cahaya pelita; yang
mula2nya nampak elok,tapi bila mai saja angin,habih
padam cahaya tu.Dari segi qualiti ibadat,la ni pun
kita boleh tengok tuan2,berapa banyak orang boleh
istiqomah berzikir kepada ALLAH ? Berapa banyak orang
boleh istiqomah sembahyang Subuh berjemaah dengan
tidak ditinggalnya walaupun satu hari ?Sepertimana
Nabi s.a.w. telah sebut dalam hadis bahwa,"Siapa yang
boleh mai sembahyang Subuh berjemaah dalam masa 40
hari berturut2,maka ALLAH berjanji memberi dua
pelepasan.Iaitu selamat daripada siksa api neraka dan
jauh daripada sifat munafik. ]
     Daripada hadis ini,ustaz nak bagi tau bahwa Tuhan
dok bagi satu motivasi kepada manusia.Yakni,Tuhan mau
kita muhasabah diri sendiri,periksa kita punya mutu
ibadat tu macamana.Contoh kepada kita,tak lain tak
bukan ialah Rasulullahi s.a.w.Katakanlah kita ambil
sembahyang malam sebagai contoh; kalau nak compare
mutu '2' rakaat yang Nabi buat dengan berpuluh2 rakaat
yang kita buat; memang jauh bezanya.Dalam lain
perkataan,kita kena jauh2,tuan2.Bukan kata dengan
Nabi,kalau compare dengan ulama pun,ibadat kita memang
tak dak qualiti,tuan2.Eg,cuba kita tengok dalam
sembahyang sunat yang selalu kita lakukan; start
dengan takbir; lepas tu iftitah pun tak baca; 
`Auzubillah pun tak baca; terus
Bismillah,Alhamdulillah.....wa lath tho lin,Amin;
lepas tu terus rukuk......macam tu,ada qualiti ka
tuan2 ?  
[ Memang kita kerap dok buat lagu tu
pun.Subhanallah,maknanya qualiti ibadat kita memang
takdak tuan2.Eg,tengah2 dok rukuk,tiba2 botoi minyak
atar pulak jatuh tergolek,habih kita tak boleh nak
concentrate dah pasai dok ingat sapa ka nanti sapu
atar tu pulak.Atau tengah2 dok sujud,tiba2 duit RM5
terkeluar daripada poket,kemudian terbang melayang
kena kipas angin; dok ingat mana pulak pi duit aku
tu.Kalau macam ni lah punya qualiti ibadat kita,memang
tak layak kita terima pahala daripada ALLAH SWT.Tapi
kalau boleh,kita mau la juga pahala tu drpd ALLAH SWT
tu. ALLAH nak bagi tau di sini bahwa diantara ramai2
hangpa ni,siapakah yang boleh mempersembahkan mutu
ibadat paling tertinggi sekali.Yang tu saja yang Tuhan
mintak,bukan susah tara mana pun. ]
     Kemudian,kalau kita buat ibadat puasa,kita kena
check pula mutu puasa kita tu macamana ? Kalau sekadar
tak makan tak minum,hindu Kampung Rawa pun boleh posa
apa.Kan masa depa nak angkat kavadi esok hari; hari
ini depa kena posa dalam satu bilik asing.Begitu
jugalah dengan cina makau yang pagi2 pakai seluaq
pendek dok garu kaki; depa ni pun kena posa juga pasai
depa kata hati kena bersih masa bila depa nak hantar
tuhan depa naik kot pokok tebu naik ke langit mana
ka.Tapi posa depa dengan posa kita (org Islam) adalah
berbeza; samada dari segi kaifiatnya,niatnya dan
mutunya.Yang ni lah yang ALLAH dok tekan kat kita ni.
     Oleh sebab ibadat kita yang tak berqualiti
inilah,maka ALLAH nak turunkan bala.Tapi Tuhan nak
bagitau bahwa daripada segi cakap adatnya,kita ni
bernasib baik kerana adanya '4' golongan yang disebut
dalam hadis tadi.Iaitu kerana masih ada lagi orang2
tua yang faham tentang Islam dan memberi sokongan
untuk kita berjuang atas dasar Islam,dan mereka juga
bersembahyang/bermunajat di tengah2 malam kepada ALLAH
minta supaya jangan diturunkanNya bala.Dan golongan
kedua yang membuatkan dunia ni selamat daripada bala
ALLAH ialah budak2 muda yang istiqomah dengan Islam;
commitment mereka kepada Islam terserlah nampak dalam
bentuk kusyuk dalam ibadat depa.Sebagai
contoh,sepertimana ALLAH cerita dalam Quran,macamana
Ashabul Kahfi tu sebagai satu simbol yang ALLAH tidak
menurunkan bala kepada penduduk di situ.Yang kalau
diikutkan,memang penduduk tu nak kena bala,tapi kerana
'7' pemuda bersama seekor anjing mereka,maka Tuhan
tahan balaNya.Dan kemudian bala ALLAH tertahan lagi
kerana adanya bayi2 yang masih menyusu; yang mereka ni
tak tau apa,yakni semata2 mengikut hukum fitrah Tuhan;
eg,Tuhan kata gelak,depa nanti gelak; Tuhan kata
menangis,depa nanti menangis.Dan satu lagi golongan
ialah kerana binatang2 yang dok melata di atas
mukabumi ini; yang tak pernah derhaka kepada ALLAH;
yang mereka juga sentiasa bertasbih kepada ALLAH; maka
tertahanlah bala ALLAH ke atas manusia.

     Kata ALLAH lagi,"Kalau tidak kerana '4' golongan
ini,memang Aku nak jadikan langit daripada besi dan
Aku nak jadikan semua bumi ni rata sahaja,dan tanah
itu seperti debu2; dan ALLAH tidak akan mengizinkan
walaupun setitik air hujan pun turun keatas
manusia.Dan kalau ikutkan marahnya ALLAH lagi,"Aku
tidak akan mengizinkan tumbuh walaupun satu benih pun
di atas mukabumi ini.Memang sungguh kalau tidak kerana
'4' golongan tadi ni,Aku nak hempapkan di atas kepala
kamu azab2 yang Aku sebutkan tadi."
[ Maknanya apa tuan2 ? Maknanya,Tuhan suruh kita buat
perubahan.Iaitu daripada ibadat yang tak berqualiti
langsung,kepada yang terbaik.Kesimpulannya,Tuhan nak
tengok mutu ibadat kita macamana; kalau boleh kita mau
yang excellent.Insya`ALLAH.

     Kitab Penawar Bagi Hati - Bab pada menyatakan
riak.
    
------------------------------------------------------------------------------------
Ubat bagi penyakit riak.
------------------------------------
     Bahawasanya ubat bagi riak itu ialah menolak akan
sebagai sebabnya.
[ Maksudnya,cara kita nak tolak riak ni,ialah jangan
buka pintu pada riak,yakni punca2 yang boleh
membuatkan kita riak mestilah dicegahkan terlebih
dahulu.Inilah kaedah Islam,iaitu pencegahan lebih baik
daripada berubat.Contoh2 lain yang disebutkan tentang
pencegahan dalam Islam,diantaranya ialah sekatan
kepada punca2 yang menjurus ke arah
penzinaan.Begitulah juga dengan punca2 yang
membolehkan orang terangsang untuk mencuri,ini juga
perlu disekat terlebih dahulu.Bukanlah dari agama
Islam yang membiarkan orang mencuri,kemudian baru
tangkap orang itu dan menghukumnya; krn Islam bukan
agama menghukum tapi Islam adalah agama
mendidik/mentarbiyyah/menjadi contoh/rahmat kepada
semua alam.Maka dalam masalah kebatinan/kerohanian
(riak) ini pun,apa2 saja yang membolehkan kita jadi
riak hendaklah disekat oleh Islam. ]

.....bersambung.....          








__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke