*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ (25hb Januari 2000) Saudara saudari yang pernah mengikuti Suara PRM tentu tertanya-tanya apakah yang telah berlaku kepada penerbitan bulanan ini. Sebenarnya Suara PRM tidak mempunyai KDN. Kami telah membuat permohonan kira-kira setengah tahun lalu, akan tetapi sehingga kini masih belum mendapatnya. Sementara menunggu Suara PRM keluar, kami akan menerbitkan melalui laman web PRM ( http://www.prm.tsx.org ) pojok Pedas-Pedas Cili Api yang kami ketahui diminati ramai. Silalah ikuti. Ketua Wanita Ditandingi Maka bermadahlah Awang Sulung dalam ruangan pojok "Bisik-Bisik", Utusan Malaysia, "Wanita akan kelihatan bodoh jika ia masih cuba menghalang pertandingan jawatan ketuanya". Sungguh bijak madahnya. Tetapi mengapakah Awang Sulung tidak memperlihatkan kebijaksanaan yang serupa tentang pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO? Adakah beliau mahu para pemimpin dan anggota UMNO (terutama yang lelaki) terus kelihatan bodoh? Sesuai dengan semangat "nasihat" yang diberi oleh MKT supaya kedua-dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan, suku sakat Zahrah mengharapkan jawatannya selaku Ketua Wanita tidak akan dipertandingkan juga. Akan tetapi Nafsiah mahu bertanding. Kelibat yang jelas daripada Rafidah menunjukkan bahawa dia berkeinginan besar juga. Cukup menarik. Rafidah setuju supaya tiada siapa akan menandingi Presiden dan Timbalan Presiden UMNO, demi mempertahankan perpaduan. Tetapi sebaliknya kenapa beliau ingin merebut kembali jawatan yang telah direbut oleh Zaharah daripadanya dulu? Adakah beliau tidak mahukan perpaduan? Cili Api bukan hendak sokong Zaharah. Tetapi hanya hendak menunjukkan sikap pemimpin- pemimpin UMNO (termasuk Rafidah dan Zaharah juga) yang sering menunjukkan sikap talam dua muka. Macam manakah Rafidah dan Zaharah boleh bersetuju Dollah Ahmad dinaikkan menjadi Timbalan Presiden UMNO, dan kemudian dilarang orang lain menandinginya? Pada hal ada orang yang mendapat undi lebih banyak daripada Dollah ini semasa beliau bertanding untuk jawatan Naib Presiden dalam Perhimpunan UMNO yang lalu. Bukankah ini tidak demokratik? Cili Api merasa hairan bin ajaib. Mengapakah Ku Li sanggup mempertahan UMNO mengamalkan demokrasi? Dan mengapakah Najib tak sanggup berkata apa-apa? Berjuta-juta Wang Lesap Jawatankuasa Perhubungan UMNO Kedah telah melantik Datuk Afifuddin Omar mengetuai sebuah badan untuk menyiasat kehilangan berjuta-juta ringgit wang pilihanraya di negeri Kedah. Eh! masih berguna juga lagi rupanya Afifuddin ini. Ingatkan dia tidak diperlukan oleh sesiapa lagi, terutama yang rapat dengat Cek Det @ Dr M, selepas digugurkan dari jawatan Timbalan Menteri dan tidak diberi peluang untuk bertanding semula dalam pilihanraya baru-baru ini, kerana kononnya bersimpati dengan Anwar (bukan menyokongnya pun!). Soal wang pilihanraya UMNO lesap, masuk poket para pemimpinnya, memang perkara biasa, bukan? Mengikut Bendahari, beliau satu-satunya ahli jawatankuasa yang tidak dijemput hadir dalam mesyuarat perhubungan itu. Katanya, jikalau dijemput, beliau boleh memberi penjelasan, kerana mempunyai kira-kira yang lengkap. Adakah kira-kira itu termasuk wang yang lesap juga? Pelik dan ajaib juga mengapa beliau tidak dijemput hadir. Adakah, seperti yang lazim diamalkan dalam budaya UMNO, mereka telah terlebih dulu membuat keputusan kambing mana yang hendak dikorbankan? Jikalau begitu, sulit juga bagi Afifuddin hendak menjalankan tugasnya dengan adil. Yang menarik bagi Cili Api ialah: apakah hubungan wang yang lesap itu dengan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid? Takkanlah beliau tidak tahu tentang wang yang keluar masuk bank atau poket sebelum dan semasa pilihanraya dulu, waktu beliau menjadi bos di Kedah. Adakah peranannya akan disiasat juga? Ada orang berpendapat, sekiranya Sanusi diserang, bererti bos besarnya, yang tidak lain tidak bukan Cek Det, hendak dijadikan sasaran juga. Hai,masuk akalkah ini? Dalam UMNO, apabila seseorang pemimpin sudah kehilangan jawatan atau pangkat, macam-macam boleh berlaku. Barangkali Sanusi sudah tujuh kali menyesal sebab tunduk kepada tekanan supaya dia berundur. Itulah sebab agaknya Cek Det takut benar hendak berundur. Kalau-kalau diburu sampai ke lubang cacing. Fahamlah Cili Api mengapa beliau akan buat apa saja, yang adil atau zalim, yang demokratik ataupun tidak, untuk terus berkuasa. Banyak sangat yang hendak disembunyikan. Lebih baik bawa sampai ke liang lahad semasa memegang jawatan. Masalahnya ialah kalau-kalau ada yang hendak kencing di atas kuburnya pula. Cili Api berharap ini tidak akan berlaku. Cili Api ingin tahu bukan saja tentang wang yang lesap di Kedah, tetapi berapa ratus juta atau mungkin ribu juta yang telah dibelanjakan oleh Cek Det di seluruh Malaysia untuk memenangi pilihanraya baru-baru ini. Dari manakah datangnya wang begitu banyak? ===== COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM __________________________________________________ Do You Yahoo!? Talk to your friends online with Yahoo! Messenger. http://im.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: counterbalance <[EMAIL PROTECTED]>