*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
DUA LIM DARIPADA GERAKAN KINI ANGGOTA MCA 
    

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- MCA hari ini
menerima dua Anggota Dewan Undangan Negeri dari Pulau
Pinang yang keluar daripada Gerakan, menyertai parti
itu. 

Setiausaha Agung MCA Datuk Dr Ting Chew Peh berkata
majlis presiden parti itu yang bermesyuarat hari ini
menerima permohonan Lim Boo Chang dan Lim Chien Aun
menyertai parti itu. 

Kedua-dua Lim menimbulkan kegemparan tiga hari selepas
memenangi kerusi masing-masing pada pilihan raya umum
29 Nov lepas apabila mereka keluar daripada Gerakan
dan mengisytiharkan status mereka sebagai "calon bebas
dalam Barisan Nasional (BN)". 

Peletakan jawatan mereka menyebabkan kelewatan dalam
pembentukan kerajaan negeri yang kemudiannya
menyaksikan pengerusi Gerakan negeri Tan Sri Dr Koh
Tsu Koon dilantik semula sebagai ketua menteri bagi
penggal ketiga. 

Ting memberitahu Bernama selepas mesyuarat hari ini
bahawa permohonan kedua-dua Lim itu untuk menyertai
MCA diterima berkuatkuasa serta merta dan mereka akan
dimaklumkan mengenai keputusan itu tidak lama lagi. 

"Kita gembira kerana mereka memutuskan untuk menyertai
MCA. MCA berterima kasih kepada parti-parti komponen
BN lain kerana menghormati prinsip bahawa setiap parti
dalam BN dibenarkan mengurus hal ehwal parti secara
bebas,"katanya. 

Ting berkata MCA akan memastikan kedua-dua Lim akan
"selesa" dalam MCA dan parti itu akan cuba sedaya
upaya untuk membantu mereka melaksanakan tanggungjawab
sebagai wakil rakyat dalam kawasan pilihan raya
masing-masing. 

Lim Boo Chang ialah Anggota Dewan Undangan Negeri
kawasan Datuk Keramat dan Lim Chien Aun ada wakil
Bayan Lepas. 

Ting berkata dengan kemasukan kedua-dua Lim dalam MCA,
parti itu mempunyai 11 kerusi dalam Dewan Undangan
Negeri, bilangan terbanyak di kalangan parti-parti BN.


Gerakan yang memimpin kerajaan negeri sejak 1974, kini
mempunyai tujuh kerusi, Umno (10) dan MIC (satu)
manakala parti pembangkang DAP, PAS dan Parti Keadilan
Nasional masing-masing mempunyai satu kerusi. 

Setiausaha agung Gerakan Chia Kwang Chye menolak
perbandingan dan analogi yang dibuat oleh sebilangan
pemimpin MCA mengenai peletakan jawatan kedua-dua Lim
daripada parti itu dengan pengasas Gerakan Tun Dr Lim
Chong Eu dan presiden parti Datuk Seri Dr Lim Keng
Yaik, kedua-duanya keluar daripada MCA untuk menyertai
Gerakan pada 1960 an dan 1970 an. 

Dalam satu kenyataan beliau berkata Chong Eu yang juga
bapa Chien Aun dan yang menjadi ketua menteri sebelum
Dr Koh, terpaksa meninggalkan MCA selepas beberapa
rancangan oleh sesetengah orang pemimpin MCA yang
menikam beliau daripada belakang sebelum membentuk
Gerakan pada 1968. 

Keng Yaik dipecat daripada MCA dan kehilangan pengaruh
politik selama enam bulan sebelum beliau menyertai
Gerakan yang diketuai oleh Chong Eu pada tahun 1973. 

Chia berkata Chong Eu pula dipaksa keluar daripada MCA
kerana pendirian dan perbezaan politik, berbeza dengan
kedua-dua Lim yang meninggalkan parti hanya tiga hari
selepas pilihan raya umum, "bukan kerana prinsip
tetapi lebih keranasebab-sebab peribadi dan
masalah-masalah kecil". 

Beliau menuduh kedua-dua Lim tidak sahaja menipu
kepimpinan Gerakan tetapi juga pengundi yang memilih
mereka. 

"Sejarah perlu diperbetulkan supaya orang ramai, malah
parti, tidak terkeliru dengan analogi seperti itu yang
tujuan utamanya untuk mewajarkan tindakan kedua-dua
Lim itu," kata Chia. 

-- BERNAMA
 


=====
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: counterbalance <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke