*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KEMASUKAN DLM MCA ADALAH "TINDAKAN MEMBELAKANGKAN
KAWAN", KATA GERAKAN 
    

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Gerakan berpendapat
kemasukan dua bekas anggotanya dari Pulau Pinang dalam
parti MCA adalah "tindakan membelakangkan kawan" yang
bertentangan dengan semangat kerjasama dan kesefahaman
antara parti komponen Barisan Nasional (BN). 

Setiausaha agung Gerakan Chia Kwang Chye hari ini
berkata permohonan oleh Lim Boo Chang dan Lim Chien
Aun untuk menjadi anggota MCA menunjukkan rasa tidak
hormat kepada pengundi di kawasan berkenaan. 

Dalam satu kenyataan hari ini, Chia berkata ini adalah
kerana pengundi berkenaan telah menyokong dan mengundi
kedua-dua mereka sebagai calon Gerakan di bawah
bendera BN dalam pilihan raya umum baru-baru ini. 

Beliau mengulas mengenai keputusan oleh majlis
presiden MCA semalam untuk menerima permohonan
keanggotaan oleh kedua-dua Lim itu. Boo ialah Aggota
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat dan Chien
Aun ADUN Bayan Lepas. 

"Kepimpinan Gerakan menggesa anggota parti dan orang
ramai untuk kekal bersatu dan tenang dalam menghadapi
kemungkinan tindakan ganas pada masa ini atau masa
depan oleh broker kuasa dan sekutu mereka," kata Chia.


Beliau berkata sambil mengiktiraf kuasa mutlak
parti-parti politik untuk menerima atau menolak
permohonan warganegara Malaysia, tidak harus dilupakan
bahawa kontroversi membabitkan dua Lim meninggalkan
Gerakan berlaku hanya tiga hari selepas memenangi
kerusi mereka pada pilihan raya umum 29 Nov lepas dan
sebelum pembentukan kerajaan negeri Pulau Pinang. 

"Tindakan mereka telah menyebabkan spekulasi meluas
dan ketegangan mengenai jawatan Ketua Menteri dan
anggota Exco. 

"Pada masa itu, MCA telah cepat mengorak langkah
mendesak mendapatkan jawatan dan juga secara terbuka
mempelawa kedua-dua Lim itu. Dengan menerima mereka
dengan begitu cepat pada masa ini, ia sebenarnya
membelakangkan kawan," katanya. 

Chia berkata Gerakan yakin bahawa pengundi di kawasan
itu yang merasa tertipu dengan tindakan "tidak
bertanggungjawab" kedua-dua Lim itu perlu kekal tenang
dan terus menyokong kerajaan BN pada pilihan raya akan
datang. 

Katanya kepimpinan parti pusat telah mengarahkan
pemimpin dan anggota akar umbi untuk mengekalkan
setiakawan dan semangat BN di semua peringkat. 

"Gerakan juga telah mengarahkan semua pimpin dan
anggota peringkat negeri dan akar umbi untuk terus
bekerja keras dan berkhidmat kepada rakyat bagi faedah
dan pembangunan negara dan rakyat," katanya. --
BERNAMA
  


=====
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: counterbalance <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke