*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KEMENTERIAN PENDIDIKAN KAJI KEKAL ATAU MANSUH SEBUTAN
BAKU 
   

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Kementerian
Pendidikan sedang mengkaji sama ada penggunaan sebutan
Bahasa Melayu baku di peringkat sekolah akan
diteruskan atau sebaliknya, kata Timbalan Perdana
Menteri Datuk Seri Abdullah Ahad Badawi hari ini. 

Katanya, mesyuarat kabinet hari ini diberitahu bahawa
kementerian itu sedang membuat kajian mengenai
penggunaan sebutan itu di peringkat sekolah. 

"Menteri Pendidikan (Tan Sri Musa Mohamad) telahpun
memaklumkan bahawa mereka sedang membuat kajian
mengenai perkara ini... apakah mereka fikir wajar
dihentikan dasar dulu iaitu menerima (sebutan) baku
dalam segala aspek atau tidak perlu lagi menggunakan
sebutan baku," katanya. 

"Kabinet bersetuju mendengar laporan (kajian) itu
nanti pada mesyuarat akan datang, dan pada waktu itu
kita akan buat keputusan," katanya kepada pemberita
selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa
pengurusan Umno di sini. 

Khamis lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk
Dr Rais Yatim mengumumkan arahan kerajaan supaya
pelaksanaan sebutan Bahasa Melayu baku dimansuhkan
termasuk penggunaannya melalui stesen televisyen dan
sekolah. 

Pengumuman itu menimbulkan pelbagai reaksi termasuk
daripada pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa
Datuk Abdul Rahim Abu Bakar, yang menyifatkan tindakan
itu sebagai langkah ke belakang dan mengecewakan. 

Abdullah berkata isu baku dibincangkan pada mesyuarat
kabinet dan kesemuanya menyatakan bahawa isu itu hanya
menyentuh mengenai sebutan. 

Ketika ditanya mengapa Kementerian Pendidikan perlu
menjalankan kajian sekarang sedangkan kabinet telah
memutuskan untuk memansuhkan sebutan baku, beliau
berkata: "Kita faham masa ini rakyat tidak menerima
secara menyeluruh sebutan secara baku. Di RTM, perkara
ini tak jadi isu sebab masih menggunakan cara lama,
walaupun TV3 guna sebutan baku." 

Sambil menyatakan perkara mengenai sebutan baku itu
ditimbulkan pada mesyuarat kabinet, beliau berkata:
"Kita lihat pada waktu ini sebutan baku ini masih tak
diterima tetapi yang popular dan diterima ialah
sebutan bahasa yang lebih mirip sebutan Johor-Riau." 

Abdullah juga berkata pengumuman Rais supaya
penggunaan sebutan baku dimansuhkan di stesen-stesen
televisyen, kekal, manakala kenyataan Menteri
Pendidikan bahawa pihaknya sedia mengkaji balik arahan
pemansuhan sebutan baku di sekolah jika ada alasan
kukuh bahawa penggunaannnya perlu diteruskan,
ditangguhkan. 

-- BERNAMA
 


=====
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: counterbalance <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke