*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> KENYATAAN MEDIA
> 
> 
> Presiden PAS / Ketua Pembangkang
> 25 Januari 2000 
> 
> 
> Bahasa Baku: BN Usah Celaru 
> 
> 
> PAS menyifatkan keputusan kabinet memansuhkan
> penggunaan bahasa baku di
> stesen radio dan TV sebagai satu keputusan yang
> cukup tidak wajar
> sekaligus memaparkan kecelaruan pemikiran yang
> sedang melanda
> kepimipinan UMNO/Barisan Nasional khasnya pemangku
> Perdana Menteri,
> Dato Seri Abdullah Badawi.
> 
> Keputusan kabinet yang diumumkan oleh Datuk Dr. Rais
> Yatim, menteri di
> Jabatan Perdana Menteri diikuti oleh pengumuman
> Menteri Pendidikan, Tan
> Sri Musa Mohamad yang akan mengarahkan pemansuhan
> penggunaan bahasa
> baku di sekolah sekolah. Polisi yang mengejutkan
> ini, mengingatkan
> semua pihak bahawa Menteri Pendidikan baru, yang
> diharap-harapkan akan
> lebih berfikiran matang dan bijak serta bertindak
> lebih "knowledge and
> research-based" membawa ingatan lama kementerian
> pendidikan yang
> dikenali dengan ciri polisi "knee-jerk" yang lebih
> bersifat spontan dan
> ad-hoc seumpama peperiksaan terbuka, sekolah satu
> sesi, isu sekolah
> agama rakyat dan sebagainya. 
> 
> Kita juga hairan bagaimana Dewan Bahasa dan Pustaka
> yang diamanahkan
> menjaga persoalan berkaitan bahasa telah
> dikesampingkan serta tidak
> tahu menahu berkenaan keputusan kabinet tersebut,
> sebagaimana yang
> diakui oleh Ketua Pengarahnya sendiri baru-baru ini.
> 
> 
> "Sekiranya kabinet mengubah sikapnya pada masa akan
> datang, terpulang
> pada asas yang lain pula. Saya kira ini bukan
> polimik bahasa yang
> meruncing, kita ada hal dan tanggungan yang lebih
> berat daripada itu."
> - Dato' Dr Rais Yatim, 22 Jan 2000.
> 
> Kenyataan di atas oleh Datuk Dr Rais Yatim, Menteri
> di Jabatan Perdana
> Menteri yang sepatutnya menjaga soal undang-undang
> bukan soal bahasa
> atau penyiaran, seolah-olah mengambil mudah perkara
> bahasa lantas
> menunjukkan tahap ketidakcekapan barisan pimpinan
> kerajaan yang ada
> kini. Sedangkan beliau sepatutnya sedar bahawa
> keputusan sebegini
> mempunyai implikasi bukan sahaja terhadap bidang
> penyiaran, tetapi
> terhadap sistem pendidikan negara.  
> 
> Kita juga masih ingat akan keluhan dan kritikan
> banyak pihak termasuk
> Encik Siva Subramaniam Presiden Cuepacs sedikit masa
> lalu akan gejala
> keruntuhan moral dan peningkatan jenayah juvana
> dikalangan pelajar
> lantas menuntut supaya dasar pendidikan negara
> dikaji dan digubal
> semula. Dengan membangkitkan isu bahasa baku
> sekaligus membayangkan
> kepada seluruh masyarakat bahawa Menteri Pendidikan
> khususnya dan
> kabinet seluruhnya sudah hilang kepekaan dan
> keprihatinan terhadap isu
> yang lebih besar dan mendasar yang perlu didepani
> dalam cabaran
> pendidikan kini. 
> 
> Atas sebab itu, PAS menyarankan kajian yang lebih
> mendalam  dan
> mendasar perlu dilakukan. Aspek dasar, kurikulum dan
> perlaksanaan perlu
> diberikan keutamaan. Kalau pun isu bahasa baku ingin
> diteruskan, adalah
> disarankan supaya  pandangan-pandangan pakar bahasa
> terutama DBP, ahli
> ahli akademik tempatan seterusnya pihak awam perlu
> diambil kira sebelum
> kabinet mengambil sebarang tindakan susulan atas
> keputusan yang dibuat
> berkenaan isu bahas baku ini. PAS menyarankan agar
> kabinet menarik
> balik keputusan tersebut supaya satu keputusan yang
> lebih wajar dan
> bijak dapat dicapai setelah mengkaji dan mengambil
> kira pandangbalas
> semua lapisan pihak.
> 
> PAS juga cukup kecewa dan mempersoalkan motif Dr.
> Rais mengkaitkan
> asal-usul bahasa baku ini dengan bekas Timbalan
> Perdana Menteri Dato'
> Seri Anwar Ibrahim. Walaupun kita difahamkan Dr Rais
> sedang dalam
> keghairahan merebut jawatan tinggi dalam UMNO, kita
> mengingatkan beliau
> agar berhati-hati membuat sebarang kenyataan. Dr
> Rais mungkin telah
> membaikpulih 'jambatan yang dibakar hangus' olehnya
> dahulu dengan UMNO.
> Namun, kita bimbang beliau sedang 'membakar
> jambatan' dengan seluruh
> rakyat Malaysia dengan sikap anti-Anwarnya yang
> tidak habis-habis.
> 
> 
> Dato' Haji Fadzil Mohd Noor
> Presiden PAS
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
>
------------------------------------------------------------------------
> To Post a message, send it to:   [EMAIL PROTECTED]
> To Unsubscribe, send a blank message to:
> [EMAIL PROTECTED]
> 
>
------------------------------------------------------------------------
> Get what you deserve with NextCard Visa! Rates as
> low as 2.9% 
> Intro or 9.9% Fixed APR, online balance transfers,
> Rewards Points, 
> no hidden fees, and much more! Get NextCard today
> and get the 
> credit you deserve! Apply now! Get your NextCard
> Visa at:
>
http://click.egroups.com/1/913/5/_/172208/_/948944866/
> 
> 
> eGroups.com home:
> http://www.egroups.com/group/harakah
> http://www.egroups.com - Simplifying group
> communications
> 
> 
> 
> 
> 

=====
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: counterbalance <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke