*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ PAS TAK GOPOH SIASAT DAKWAAN KERAJAAN BN TERENGGANU SELEWENG KUALA TERENGGANU, 27 Jan (Bernama) -- Menteri Besar Haji Abdul Hadi Awang berkata kerajaan pimpinannya tidak akan bertindak terburu-buru berhubung kenyataan beliau kerajaan negeri mempunyai 'berlori-lori fail' kerajaan Barisan Nasional yang didakwanya menyeleweng sewaktu memerintah Terengganu dahulu. "Kita tidak tergopoh-gapah untuk mendedahkannya serta tidak menunggu cabaran sesiapa...kita akan adakan satu suruhanjaya khas seperti yang dijanjikan dalam sidang Dewan Undangan Negeri yang lepas untuk menyiasatnya," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Kuala Terengganu di sini. Beliau berkata agensi penguatkuasaan seperti Badan Pencegah Rasuah dan polis turut dipanggil untuk membantu siasatan berhubung penyelewengan itu yang didakwanya meliputi pelbagai aspek antaranya ekonomi, kewangan, moral dan akhlak. "Dokumen itu, kita akan lihat satu persatu sebelum kita mengambil sebarang tindakan," kata Abdul Hadi sambil menjelaskan bahawa 'berlori-lori' itu menggambarkan ianya banyak dan keadaannya agak serius. Jumaat lepas semasa berucap pada satu ceramah di sini, beliau berkata PAS mempunyai 'berlori-lori fail' mengenai apa yang didakwanya penyelewengan pemberian kontrak oleh kerajaan BN di Terengganu sebelum ini. Abdul Hadi berkata kerajaan negeri mengambil sikap berhati-hati dan tidak mahu menjatuhkan maruah sesiapa tanpa bukti dan keterangan yang cukup bagi memastikan keadilan sentiasa berlaku dalam siasatan itu. Ketika ditanya sama ada siasatan itu nanti melibatkan bekas anggota exco kerajaan BN atau pegawai kerajaan, beliau berkata: "Saya tidak mahu sebut exco atau apa. Yang penting ada pegawai-pegawai yang menjadi mangsa apabila dipaksa mengendalikan perkara-perkara yang dianggap menyeleweng sewaktu kerajaan dahulu. "Kita juga melihat sejauh mana mereka dipaksa atau mereka rela untuk melakukannya tapi yang pokoknya ialah mereka yang melakukannya sendiri," katanya. Abdul Hadi berkata tindakan itu bukannya bersifat balas dendam tetapi kerana ia melibatkan hak rakyat secara keseluruhannya. -- BERNAMA ===== COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM __________________________________________________ Do You Yahoo!? Talk to your friends online with Yahoo! Messenger. http://im.yahoo.com ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: counterbalance <[EMAIL PROTECTED]>