*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Abdullah Badawi pelengkap keruntuhan Umno?
Oleh DR SHAFIE ABU BAKAR 
  

MENJELANG perhimpunan agung Umno Mei nanti kehangatan
mengenai perebutan jawatan di dalam parti itu sedang
dirasai. Tidak ada perubahan pendekatan di dalam parti
itu setelah mengalami kemerosotan di dalam pilihan
raya ke-10 September 1999 yang lalu. Yang nyata parti
itu makin mundur ke belakang. 

Usaha dilakukan bagi menghimpun orang 'lusuh' yang
dianggap setia ke dalam satu kem, walaupun antara
mereka sudah merupakan tunggul buruk dan tidak
disenangi rakyat. 

Pembersihan masih terus berlaku, terutama mereka yang
mempunyai kaitan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. 

Sebagai contohnya Dr Ibrahim Saad telah dimatikan
karier politiknya dengan meletakkannya bertanding
dengan Datin Sri Dr Wan Azizah, isteri orang yang
telah mengangkatnya (Dato' Seri Anwar Ibrahim) ke
dalam politik. 

Begitu juga dengan Dr Afifuddin Omar yang dianggap
jujur, tetapi dianggap bersimpati dengan Dato' Seri
Anwar Ibrahim digugur begitu sahaja. 

Kita melihat pengendali-pengendali media, sudah
tentulah di belakangnya ada kuasa politik, lebih
berkuasa di dalam menentukan karier politik seseorang.


Melalui media mereka menentukan Presiden dan Timbalan
Presiden tidak ditandingkan, sememangnya sudah diatur
dan merupakan pucuk dicita ulam mendatang bagi mereka.


Ini kemudian diikuti dengan 'public opinion' yang
menyokong cadangan dan diperkukuhkan dengan pendapat
cawangan Umno, kawasan dan negeri. 

Tetapi apabila didapati oleh pihak akhbar pendapat
yang bercanggah dengan kemahuannya, seperti yang
disebut oleh Tun Ghafar Baba supaya jawatan Presiden
dan Timbalan Presiden dipertandingkan pihak pengendali
akhbar (UM 18 Januari) nampaknya terperanjat! 

Sebagai pemimpin veteran Tun Ghafar sudah pasti
mendapati sesuatu yang tak kena di dalam Umno
sekarang. Pertandingan merebut jawatan Presiden dan
Timbalan Presiden sebenarnya memantapkan pimpinan di
dalam Umno. 

Contohnya lain bagaimana pengendali akhbar tidak
senang apabila timbul cadangan dari sebelas negeri
supaya jawatan ketua Wanita Umno juga tidak
dipertandingkan (Utusan Malaysia 14 Januari), maka
pihak akhbar yang menjadi proksi kuasa politik lusuh
cuba menyanggahnya dengan mengatakan cadangan
berkenaan sebagai mengeliru dan tidak tepat. 

Berikutnya dipermainkan isu ini dengan mengutarakan
pendapat yang mencanggahi pendapat di atas. Lihatlah
betapa nakal dan tidak demokratiknya politik Umno yang
sudah bobrok! 

Perlu difahami agenda pihak kem lusuh di atas mereka
sebenarnya mengatur strategi untuk menyingkirkan Dato'
Dr Siti Zaharah Sulaiman sebagai ketua Pergerakan
Wanita Umno, kerana kenaikannya dahulu, antaranya dari
sokongan Dato' Seri Anwar Ibrahim. 

Dapatlah difahami ianya merupakan antara siri
pembersihan yang dirancang! Bukan setakat itu Zaharah
dilagakan dengan Dato' Nafsiah Omar. 

Kini mereka mempunyai kekuatan untuk lebih
melagakannya apabila Dato' Sri Rafidah Aziz tidak
berani bertanding untuk merebut kerusi Naib Presiden
sebagaimana dicadangkan, sebaliknya mahu merebut
kembali ketua Pergerakan Wanita Umno. 

Berhubung dengan perebutan pucuk pimpinan Umno ini
tindakan akhbar-akhbar mendahului pendapat parti dan
rakyat adalah merugikan semua pihak dan memusnahkan
sistem demokrasi yang sepatutnya diamalkan di dalam
sistem politik di negara ini. 

Pemilihan sepatutnya melahirkan pucuk pimpinan terbaik
bagi masyarakat Malaysia, bukannya menang pemimpin
sebelum diuji terlebih dahulu melalui pertandingan. 

Sejak awal dekat 1990 an negara mempunyai gandingan
pemimpin yang mantap bertaraf internasional, iaitu
antara Dr Mahathir dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. 

Rakyat menaruh harapan yang besar terhadap kemampuan
mereka berdua yang dapat membawa negara ke arah
kecemerlangan. 

Malangnya oleh kebimbangan pucuk pimpinan utama dari
tergugat dan bagi menjaga kepentingan diri, pelapis
pengganti yang berpontensi disingkir secara tidak
demokratik. Tindakan ini amat merugikan negara dan
rakyat jelata. 

Trend lama Umno yang mencantas orang-orang
berkelayakan terus berlaku. Ini untuk menjamin
'survival' tokoh politik tertentu. 

Sebenarnya selepas Dato' Sri Anwar Ibrahim Umno
mempunyai seorang tokoh pimpinan yang berkelayakan.
Beliau hampir mengalahkan Dr Mahathir pada pemilihan
Agung 1985. 

Malangnya selepas pilihan raya ke-10 baru-baru ini,
walaupun beliau berjaya mengekalkan kerusinya di
Parlimen, beliau yang dilihat berpotensi untuk kembali
bertanding pada peringkat pucuk pimpinan diasingkan,
kononnya kerana kegagalannya menguasai Kelantan
selepas beliau diamanahkan sebagai Ketua Perhubungan
Umno di sana. 

Sebenarnya kekalahan tidak boleh dibebankan ke atas
bahu beliau sepenuhnya. 

Kekalahan disebabkan oleh pucuk pimpinan Umno dan
turun menyeluruh ke peringkat-peringkat pimpinan yang
lain. Ini terbukti dari kemerosotan Umno secara
menyeluruh. 

Apa yang nyata potensi yang ada pada Tengku Razaleigh
masih digeruni oleh pihak yang mengingini kerusi
Timbalan Presiden. Tengku Razaleih juga ingin dicantas
dan ditekan hingga tidak terpilih ke kerusi kabinet. 

Pihak akhbar juga aktif memainkan peranan mencadangkan
kerusi Presiden dan Timbalan Presiden tidak
dipertandingkan bertujuan antaranya orang berpotensi
bertanding kedua-dua kerusi itu disekat. 

Walau bagaimana kiranya dicadangkan beliau masih
berpeluang dan berpontensi bagi menguasai salah satu
dari kerusi itu. 

Kita mengharapkan cadangan Tun Ghafar Baba dapat
memperluaskan peluang Tengku Razaliegh dan mungkin
juga bagi calon-calon yang lain. 

Cadangan agar kerusi Timbalan Presiden tidak
dipertandingkan sebenarnya janggal. Selama ini semua
yang naik ke kerusi Timbalan Presiden adalah melalui
pertandingan. 

Alangkah tidak bermaruah jika kali ini Timbalan
Presiden naik secara tidak gentleman. Apa lagi jikalau
kelayakan beliau dipertikai, sedang di sana ada lagi
calon lain yang lebih layak. 

Dalam keadaan sekarang kita melihat TPM masih membina
dan mencari kekukuhan pada peringkat nasional. 

Sejak beliau dilantik kita masih menunggu dan mahu
mengetahui apakah falsafah dan vision politik beliau. 

Tidak ada buku atau kertas kerja beliau yang
komprehensif yang dapat kita selami mengenainya. Kita
ingin mengetahui pandangan dan perjuangan beliau yang
bersifat nasional dan global. 


=====
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: counterbalance <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke