*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BH Edisi Internet
***
Salam utk keluarga Awang Pek Dell & Mek Bon,
Di Paka Terengganu, semasa pemerintahan Umno dulu
pun... aku ada mintak Rumah Kos Rendah juga.. temuduga
dah lulus, tetapi ditolak mentah-mentah oleh kerana
mementingkan kepada ketua kampong yg bermadu dan
seorang guru yg bermadu juga kerana ketiadaan rumah.
Nak tinggal sebumbung almaklum sajalah. Last-last yg
berberhormat Engku Bijaya Sura Syed Omar batalkan nama
aku.
Rumah Kos Rendah di Paka kebanyakannya diberi sewa
kepada org luar. Tanah-tanah pun nampaknya puak2 dia
saja yg dapat.
Bagi saya, Hj Hadi tidak sekejam & tidak sezalim
sepertimana pemerintahan Umno.
Wallahua a'lam.
Pyar del kare
-------------------------------------------------------
Kebanyakan pemohon rumah kos rendah tidak layak
KUALA TERENGGANU, Rabu - Kerajaan Pas Terengganu
membatalkan beberapa permohonan mendapatkan rumah kos
rendah yang dikemukakan pemohon sebelum ini setelah
mendapati kebanyakan mereka tidak layak.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan
negeri, Wan Mutalib Embong, menjelaskan pembatalan itu
dibuat bukan atas dasar perbezaan fahaman politik,
sebaliknya untuk berlaku adil kepada semua pihak.
"Tidak timbul soal berlainan parti politik, asalkan
mereka layak dan memenuhi kriteria yang ditetapkan,"
katanya selepas mesyuarat ahli exco negeri, di sini,
hari ini.
Antara kriteria kelayakan ialah mendapat rumah kos
rendah ialah berkeluarga, pendapatan tidak melebihi
RM2,000 sebulan, tidak memiliki rumah dan tidak boleh
disewakan.
"Pembatalan itu bukan disebabkan penyokong Barisan
Nasional (BN) tetapi kerana tidak memenuhi syarat yang
ditetapkan," katanya.
Wan Mutalib memberi jaminan penyokong Pas sendiri
tidak akan diagihkan rumah kos rendah jika mereka
tidak layak dan gagal memenuhi kriteria ditetapkan.
Menurutnya, matlamat kerajaan negeri ialah mengagih
setiap rakyat sebuah rumah kos rendah kepada mereka
yang memerlukan.
Mengenai kenaikan harga rumah kos rendah daripada
RM25,000 kepada RM28,000 seunit, Wan Mutalib berkata,
kenaikan itu hanya membabitkan projek baru, termasuk
Permint Perdana, Seberang Takir, dekat sini, yang
dimajukan anak syarikat kerajaan negeri, Perbadanan
Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).
Katanya, manakala rumah yang sudah disiapkan, termasuk
170 unit di Alor Jambu, Teluk Pasu, dikekalkan pada
harga RM25,000 seunit.
"Kenaikan itu membabitkan penyediaan kemudahan
tambahan, termasuk spesifikasi, perparitan,
persekitaran dan rumah yang lebih berkualiti,"
katanya.
Selain rumah kos rendah, katanya, kerajaan negeri juga
akan menyediakan lot tanah kepada yang memerlukan,
termasuk mereka yang terbabit dengan hakisan pantai.
[ Homepej | Berita | Bisnes | Sukan | Editorial |
Hiburan ]
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: killer fish <[EMAIL PROTECTED]>