story teller wrote:
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
kepada netters yang berilmu yang sudi menyelesaikan permasalahan ini.
Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud,,
Mimpi yang baik datangnya dari Allah dan Mimpi yang buruk datangnya dari
syaitan,,, diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim (kafaz oleh Imam
Muslim).

Mimpi yang buruk itu tidak elok untuk di ceritakan kepada orang lain..tetapi
memandangkan saya sendiri tidak dapat menolong sahabat saya untuk
mententeramkan hatinya kerana  kekurangan Ilmu maka saya memohon kepada
sahabat yang berpengetahuan agama dalam bab bab permasalahan mimpi untuk
membantu sedikit sebanyak sahabat saya yang tertekan kerana gangguan
mimpinya itu.

Sahabat saya ini merupakan seorang pelajar pusat pengajian tinggi tempatan
yang menginap di kolej kediaman.Dia sering mengalami gangguan mimpi yang
ngeri berulangkali setelah dia kembali ke asramanya untuk sessi akademik
selepas cuti hari raya,,ini bermakna selepas bulan ramadhan sehinggalah
sekarang ini.
Mimpi itu adalah mimpi beliau dikebumikan ke dalam liang lahad dan beliau
menyaksikan sendiri dirinya ditimbus oleh tanah .Beliau merasakan mimpi
tersebut seakan akan benar benar berlaku..mimpi ini berlaku berulang ulang
kali,,kesannya beliau kini sentiasa berada dalam keadaan tertekan,,,.
Jadi persoalan saya,,apakah amalan amalan khusus dari aspek agama untuk
menghindari mimpi mimpi sedemikian...jika ia mainan syaitan,,adakah bilik
juga menjadi salah satu punca..yakni bilik yang digemari Jin Jin..
Kalau ada hadith hadith berkaitan mimpi juga mungkin berguna untuk
beliau.
Diharap para netters yang arif dapat menolong sahabat kita ini..
sekian,,,
wassalam

------------------------
Wa'alaikumsalam warahmatullah,

Di dalam Jami' As-sahih Imam Bukhari, beliau telah memperuntukkan satu tajuk khusus mengenai mimpi di bawah tajuk 'Kitab At-Ta'bir. Beliau telah mengemukakan 99 hadith mengenainya. Antaranya ialah:
Hadith dari Abi Qatadah:
"Mimpi yang baik adalah dari Allah, manakala mimpi yg bukan2 pula drpd syaitan. Sesiapa di kalangan kamu bermimpi melihat sesuatu yg dibencinya, hendaklah ia ludah ke sebelah kirinya sambil memohon perlindungan Allah, nescaya syaitan tidak dapat memudaratkannya."

Hadith dari Abu Said Al-Khudri:
"Apabila salah seorang drpd kamu bermimpi dgn mimpi yg disukainya, ia dari Allah kerana itu hendaklah ia memuji Allah dan sunat memberitahu kpd org lain. Sebaliknya apabila seseorang itu bermimpi dgn mimpi yg dibencinya, ia dari syaitan. Hendaklah ia berlindung dari ALlah dari kejahatan dan tidak menceritakannya kpd org lain. Mimpi itu tidak dapat memudaratkannya."

Disebabkan pihak yg bermimpi di atas adalah org kebanyakan/org awam, maka penerangan saya menjuruskan mimpi org awam, dan bukan mimpi nubuwwah.

Mimpi hanyalah semata-mata berita yg menggembirakan atau berita-berita amaran
Pertama: Mimpi yg baik hanyalah semata-mata berita yg menggembirakan atau berita2 amaran bagi memantapkan lagi hati org mukmin dan menguatkan lagi semangat mereka. Ia bukanlah satu dadah yg boleh diambil olh sesetengah mereka yg bersifat negatif utk dijadikan sumber pergantungan yg rapuh, melarikan diri dari realiti, enggan berjihad, dan enggan berdepan dgn kezaliman dan kegelapan.

Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak pernah melihat mimpi lebih dari berita-berita yg menggembirakan, setelah itu mereka terus menggerakkan strategi dan jihad melalui jalan yg telah dirancang, tanpa sedikitpun merasa lemah, berat apatah lagi utk mencuaikan sunnah-sunnah Allah.

Kedua: Mimpi tidak boleh diambil kira sbg hujjah syarak dan tidak boleh dijadikan hujjah bagi menunjukkan harusnya melakukan atau meninggalkan sesuatu. Begitu juga ia tidak boleh diambilkira bagi menunjukkan sesuatu tegahan atau perkara sunnat. Ini adalah kerana bbrp sbb yakni:

  • Syarak telah menetapkan dalil-dalil yg menjadi sumber hukum hanyalah Al-kitab, as-sunnah, ijmak dan qiyas yg sah.
  • Sumber mimpi adalah berbagai2; ada yg datang dari Tuhan yg Maha Pemurah, ada yg datang dari nafsu, dan ada yg datang dari bisikan syaitan. Maka, krn tidak dapat membezakan mimpi yg manakah datang dari Allah, dari nafsu atau bisikan syaitan, tidak boleh mimpi dijadikan sbg hujjah syarak. Sebagaimana yg disabdakan olh baginda S.A.W:  "Mimpi ada 3 jenis: mimpi datang dari ALlah, mimpi kesedihan yg datang dari syaitan dan mimpi yg datang dari kesan bisikan hati seseorang di waktu sedar, lalu dilihatnya dlm mimpi."
  • Org yg tidur bukanlah ahli utk menanggung sesuatu beban. Ia tidak terjamin dapat mencatatkan apa yg ada dlm mimpi, kerana itu hukum taklif diangkat darinya.
  • Kebanyakan mimpi berlaku di sebalik zahirnya. Ia biasanya merupakan lambang-lambang dan isyarat2 yg tidak mampu diselami kecuali segelintir manusia shj spt Nabi Yusuf A.S. Siapa dari kalangan manusia biasa yg mampu menta'birkan mimpi raja mesir yg melihat lembu kurus menelan lembu gemuk dan tangkai2 gandum sebagaimana yg dlakukan oleh Yusuf A.S
Persoalan mimpi oleh Imam As-Syatibi di dlm kitab Al-I'tisam
Selemah-lemah hujjah  golongan ahli bid'ah ialah hujjah yg menyandarkan amalan-amalan mereka kpd mimpi. Mereka menerima dan menolak sesuatu berasaskan mimpi. Mereka menegaskan mereka bertemu dgn orang salih. Ia berkata kpd kami: "Tinggalkan ini, amalkan yg ini." Perkara ini banyak berlaku kpd kelompok yg suka mengikuti resam sufi. Kadang2 sesetengah mrk mendakwa: "aku bermimpi bertemu dgn Rasulullah S.A.W: baginda bersabda kpdku begini2, baginda memerintahka kpdku begini2, lalu beramal ia beramal dgn apa yg dimimpinya itu tanpa melihat kdp batas2 yg telah ditetapkan oleh syarak. Org seumpama ini jelas tersalah langkah kerana mimpi selain drpd nabi S.A.W tidak mensabitkan sebarang hukum2 syariat. Jika hukum2 syariat mengharuskan, bolehlah ia mengamalkannya. Jika tidak, wajib ditinggalkan dan berpaling darinya. Faedah mimpi hanyalah menunjukkan berita2 yg menggembirakan sahaja atau amaran secara khusus. Sebaliknya, faedah hukum hakam tidak begitu sebagaimana yg dinukilkan olh Al-Kinani. Katanya: Aku bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W, lalu aku berkata: "Wahai Rasulullah, sila doakan kpd Allah supaya tidak mematikan hati aku. Sabda baginda (di dlm mimpi tersebut): "Ucapkanlah setiap hari sebanyak 40 kali kalimah -Ya hayyu ya qayyum la ila ha illa anta-."  Ini adalah satu ucapan yg baik dan tidak diragui kesahihannya. Keberkesanan zikir menghidupkan hati yg mati adalah benar di sisi syarak.
 

Bagaimana mengetahui samada mimpi itu berita menggembirakan/amaran atau mimpi nafsu dan syaitan?
    Garis panduan ini telah ditunjukkan olh Al-Allamah Ibn Qayyim. Ujar beliau: " Kebenaran mimpi bergantung kpd sejauh manakah benarnya org yg bermimpi itu sendiri. Org yg paling benar mimpinya ialah org yg paling benar percakapannya."
    Al-Qardhawi menambahkan kenyataan Ibn Qayyim: "Hendaklah ia sentiasa bersifat benar, memakan makanan halal, menjaga segala suruhan dan larangan, tidur dlm keadaan suci sambil mengadap kiblat dan dlm berkeadaan zikir kpd Allah sehingga lena."
 

Berikut adalah amalan-amalan dinaskan olh syarak sblm tidur

Dari Abu Dzarr r.a dan Huzaifah r.a: "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W apabila menempati tempat tidurnya, baginda membaca: '-Bismikallahumma ahya wa amuu ta- Dengan menyebut namaMu Ya Allah, aku hidup dan aku mati.' (Riwayat Bukhari dan Imam Muslim juga turut meriwayatkannya dr Barra bin 'Azib)

Dari Aisyah R.a: "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W apabila berada di tempat tidurnya, ditiupnya dgn mulutnya kedua tangannya dan dibaca surah2 al-Mu'awidzat (Al-Ikhlas, al-falaq dan an-nas) dan disapunya badannya dgn kedua tangannya itu." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya banyak lagi yg disebut di dlm kitab2 sahih, apa yg saya taipkan di sini adalah yg paling mudah dan ringkas utk diamalkan. Kalau hendak lebih jelas, sila rujuk Al-Azkar karangan Imam An-Nawawi.

Rujukan:
Ilham, kasyaf dan Mimpi, Oleh Al-Qardhawi
Al-Azkar, Imam An-Nawawi.

Pengirim: "story teller" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke