*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



 KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata,
 kerajaan negeri mahu mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat melalui apa
cara sahaja
 termasuk aktiviti pendidikan.

 "Kami (kerajaan negeri) ingin mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat
kampung melalui
 apa cara sahaja, antaranya ialah melalui pendidikan di peringkat prasekolah,"
ujarnya.

 Beliau menyatakan demikian kepada para pemberita selepas menerima kunjungan
Ketua Pengarah
 Kemas, Dato' Kamalul Ariffin Abdul Rahim di pejabatnya di Wisma Darul Iman, di
sini, Ahad lalu.

 Kunjungan Dato' Kamalul Ariffin itu adalah untuk mendapat permohonan daripada
kerajaan negeri
 bagi pihak Kemas supaya diberi keizinan membuka kelas Tadika di negeri ini.

 "Kami bersedia bekerjasama dengan pegawai Kemas kerana tanggungjawab pendidikan
 adalah
 tangungjawab bersama," jelas Tuan Guru Abdul Hadi.

 Bagaimanapun, katanya perbincangan akan dilakukan oleh pegawai-pegawai bagi
mendetailkan
 perkara tersebut.

 Beliau difahamkan Ketua Pengarah Kemas itu berpuashati dengan Tadika Kemas yang
 masih
 beroperasi di balai-balai raya.

 "Ada (tadika Kemas) yang beroperasi (di balai raya), saya difahamkan Ketua
Pengarah Kemas
 pergi melawat dan berpuashati," ujarnya.

 Sungguhpun begitu, jelasnya ada balai raya digunakan untuk mesyuarat JKKK atau
tempat rakyat
 berhimpun.

 "Jadi bila ada kelas (Tadika), ada dengan kerusi meja, ada macam-macam,
perhimpunan orang
 kampung terpaksa dipindahkan ke tempat lain, jadi fungsi balai raya tidak
berlaku sebagai mana
 pada awalnya ia didirikan," katanya.

 Beliau menjelaskan bahawa perbincangan dengan Ketua Pengarah Kemas itu adalah
mengenai
 kegunaan balai raya.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke