*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1. HARAM MUTLAK

Benda tu sendiri haram. Contohnya, khinzir,anjing,arak,biawak dan yang 
sespecies dengannya.

2. SALAH KAEDAH

Benda tu sendiri tidak haram, tapi cara mendapatkannya haram. Conthnya, buah 
pisang yang dicuri kat kedai.

3. CARA PENGGUNAAN YANG SALAH

Contohnya emas - kalau jadi perhiasan perempuan tak apa. Tapi kalau dibuat 
peralatan makan seperti pinggan,sudu atau cawan - jadi haram. Kalau lelaki 
yang pakai pun haram jugak!

4. MENIMBULKAN FITNAH

Dalam kaedah biasa ia tak haram. Tapi kalau jadi fitnah - haram. Contohnya, 
minum oren dalam bekas arak.

5. BERCAMPUR DENGAN NAJIS

Contohnya kuah kari yang termasuk najis cicak. Sayur atau telur yang tidak 
dibasuh dengan air bersih yang mengalir.

6. TIADA AQAD

Kalau benda-benda kecil macam gula-gula,mancis,telur,pensil...tak aqad jual 
beli - tak apa lagi, tapi bila benda-benda besar seperti kereta,rumah,tanah 
kena aqad jual beli.

7. TIDAK BERSIH CARA MAKNAWI

Contohnya harta yang cukup nisab tetapi tidak dizakatkan. Walaupun harta itu 
didapatkan secara paling halal.

8. TIADA KEIZINAN

Barang-barang yang diambil tanpa izin adalah haram. Contohnya, menggunakan 
harta benda syarikat untuk diri sendiri tanpa izin.

9. ADA TEGAHAN

Ada perkara yang halal tetapi dalam keadaan tertentu, ia diharamkan. 
Contohnya, bersama isteri ketika sedang haid, makan waktu siang dalam bulan 
Ramadhan.

10. ADA PENIPUAN

Contohnya beras yang bercampur kualiti baik dengan tak baik..dijual dengan 
harga kualiti baik.

11. HARAM SELAMA-LAMANYA

Contohnya nikah dengan anak tiri atau ibu mertua walaupun telah bercerai 
dengan isteri. Tak kiralah cerai hidup atau mati.

12. USAHA YANG HARAM

Contoh - jadi tukang cuci botol di kilang arak. Walaupun cuci botol tak 
salah, tapi kerja di kilang arak itu yang salah.
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Qani'ah Khalillah" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke