*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Bangsa Chechnya yang Gagah

ERIC MARGOLIS, TORONTO SUN
DATELINE: TORONTO

Daripada bandar Grozny yang terbakar musnah binasa datang apa yang mungkin
menjadi pesanan terakhir yang amat menyayatkan daripada pejuang-pejuang
pertahanan Chechen: "Pada masa apabila dunia telah membiarkan langsung kami
, kami menyeru umat Islam seluruh dunia supaya jangan melupakan
kesengsaraan saudara mereka di Chechnya yang berperang berjihad menentang
kezaliman Rusia."

  Melihat kepada Grozny, sepertimana pernah berlaku sepanjang sejarah
  sebelum ini, se buah lagi bangsa sedang menghadapi pembasmian, mereka
  berjuang sampai maut terkandung badan menghadapi musuh yang pada akalnya
  mustahil dikalahkan.

  Kita tidak pernah sepanjang beberapa peperangan melihat keperwiraan dan
  keberanian yang tanpa tolok bandingnya mujahidin Chechen. Selama 4 bulan
  5000 orang pejuang Chechen bertempur di atas tanah rata dan terbuka yang
  lebih sesuai untuk serangan udara, kereta perisai dan meriam. Mereka
  telah bertahan berhadapan 160,000 orang tentera Rusia yang disokong oleh
  regimen-regimen meriam berat dan peluru berpandu, helikopter penyerang ,
  pesawat penggempur dan beribu-ribu kereta kebal dan berperisai.
  General-general Rusia berulangkali mengikrarkan untuk melenyapkan kaum
  Chechen. Semua lelaki Chechen berumur di antara 6 hingga 65 dihumban ke
  dalam khemah tahanan yang padat.

  Mujahidin Chechen yang kebanyakannya tiada sebarang latihan ketenteraan
  tidak mempunyai senjata berat, dan sangat kekurangan alat radio
  komunikasi, roket pembedil kereta kebal dan juga peluru gantian.  Hampir
  tiada langsung ubat atau morfin untuk mereka yang cedera, dan tiada
  perlindungan daripada pengeboman Rusia yang menggunakan senjata haram
  seperti bahan peletup pembakar udara, gas beracun dan  napalm. Jika
  mereka ditangkap , mereka akan disiksa kemudian dibunuh dengan kejam.

  Chechnya terputus terus daripada dunia luar. Hanya beberapa orang saja
  orang  Arab, Dagestani and Estonian yang digelar  "ansar," ataupun
  sukarelawan yang berjaya menyusup masuk ke dalam Chechnya untuk membantu
  perjuangan kemerdekaan. Ramai yang telah terkorban.

  Grozny - bandar yang diikrar oleh panglima-panglima Rusia untuk ditawan
  pada awal Disember 1999, dan yang dijanjikan oleh President Vladimir
  Putin pada tahun baru masih bertahan sehingga kini.

  Mujahideen mempertahankan setiap cebis runtuhan bangunan dan
  lorong-lorong yang berjerangkap sementara 40,000 orang awam terperuk di
  dalam khamar bawah tanah mengalami bedilan Rusia tanpa henti.

  Namun, bilangan banyak jumlah tentera Rusia dan keupayaan tembakan
  bedilan pasti akan menang . Jumlah terkorban tinggi bagi kedua-dua pihak
  : sekitar seorang Chechen untuk setiap empat orang Rusia.

  Panglima-panglima perang Chechen yang masyhur , Sheikh Shamil Basayev dan
  Ibn   al-Khattab, mengakui bahawa  Grozny tidak mempunyai kepentingan
  nilai strategik, tetapi menegaskan, "Kami ingin membuktikan kepada dunia
  dan orang Rusia bahawa walaupun hebat saiz, kekuatan atau teknologi
  sesuatu musuh, namun mereka tidak mungkin dapat menewaskan bangsa yang
  mempunyai iman, prinsip dan tanah air."
  Kata-kata yang gagah berani daripada bangsa yang paling berani di dunia.

  Demikianlah 1.5 juta  Chechen melawan 146 million Rusia - sepertimana
  bangsa pergunungan Caucasia telah lakukan selama  250 tahun yang lalu.
  Orang Chechen pada hari ini yang mempertahankan Grozny adalah anak cucu
  zuriat kepada suatu bangsa yang tiga kali hampir dibasmikan oleh
  pembunuhan beramai oleh Rusia - pada abad ke 18, 19 dan 20, yang terakhir
  apabila Joseph Stalin memerintahkan ditembak mati berpuluh ribu orang dan
  saki baki rakyat Chechen dibuang ke kem tahanan Siberia.

  Pada peperangan pertama Chechen , 1994-96, Rusia membunuh 100,000 orang
  awam Chechen, memusnahkan kebanyakan negara yang kecil ini, dan dengan
  suatu kelakuan menandai sifat kebinatangannya, menabur merata  17 juta
  jerangkap periok api ( anti-personnel   land mines) sekitar seluruh
  negara yang kecil ini. Rusia ditewaskan dan dihalau daripada Chechnya
  pada 1996, tetapi puak ekstremis dan komunisnya berikrar untuk
  melenyapkan "gerombolan" Chechen. Orang pilihan mereka , Putin menjadikan
  tindakan pertamanya sebaik saja menjadi Presiden untuk mengisytiharkan
  perang salib (crusade) - dengan direstui oleh Gereja Ortodoks Rusia -
  menentang  Chechnya. Moscow menuntut bela membalas dendam untuk ketewasan
  1996 dan kekalahan di tangan Mujahidin Islam di Afghanistan.

  Sementara tentera Rusia bertempur dan menggempur untuk memasuki Grozny,
  pasukan elit Rusia bergerak ke dalam pergunugan di selatan. Unit-unit
  Chechen menyerang dengan hebat, mengharungi pembedilan dan pengeboman
  yang dahsyat untuk mempertahankan lembah gaung Shatoi dan Vedeno yang
  strategik. Kerana bilangan mereka hadapi 20 lawan 1, maka pertahanan
  Chechen di jalan-jalan gunung mengingatkan mengenai kisah 300 pahlawan
  Sparta di Thermopylae.

  Sekurang-kurangnya tanah pergunungan memberikan Mujahidin perlindungan;
  di tanah rata dan gersang di utara, mereka hanya boleh bergerak pada
  malam hari.

  Pentadbiran Clinton di US , yang secara besarnya membiayai kezaliman dan
  pembunuhan oleh Rusia  di Chechnya, telah membekalkan helikopter
  penyerang Rusia dengan alat perkakasan canggih Amerika yang membolehkan
  penglihatan waktu malam (night vision) - untuk "memerangi keganasan",
  kata White House. Baru-baru ini, Bill Clinton menyeru untuk "pembebasan"
  Grozny oleh Russia. Namun, beliau tidak faham kenapa ramai orang Islam
  menganggap Amerika sebagai musuh mereka.

  Jika respon Barat terhadap kelakuan ala Mongol Rusia di Chechnya
  memalukan dan bersifat hipokrit, namun reaksi dunia Islam lagi
  menghinakan. Negara-negara penting Islam seperti Mesir,  Malaysia dan
  Iran - sedang merundingkan usahaniaga senjata dan pesawat. Tiada negara
  Muslim yang berani mencabar kekejaman Rusia ataupun sifat perkauman anti
  Islamnya.

  Negara-negara yang mengiktiraf pengisytiharan kemerdekaan Chechnya adalah
  negara-negara kecil tetapi gagah iaitu Estonia dan Afghanistan,
  kedua-duanya telah mengetahui dan mengalami kekejaman penaklukan Rusia.
  China, yang menzalimi penduduk Islamnya sendiri dan Tibet, menepuk
  sorakan dan sokongan untuk "penyelesaian akhir" Rusia di Caucasus.

  Mereka yang melihat jenayah yang dahsyat  tanpa berbuat apa-apa juga
  terlibat sama berkongsi dosanya. Kita memulakan abad ke 21 melihat dengan
  senyap membisu gelagat liar Rusia yang tidak mengenal malu ataupun belas
  kasihan, memeras dan meragut nyawa suatu bangsa yang kecil tetapi berjiwa
  perwira yang enggan melutut kepada kezaliman Moscow.


- Terjemahan bebas tulisan Eric Margolis wartawan ehwal luar akhbar  The
Sun, Toronto Canada.



______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke