Assalamualaikum wrt.
Laman PAS Sabah telah dikemaskini. Kali ini kami paparkan usaha PAS Kota Belud yang berjaya menubuh 13 cawangan baru.Sila panjangkan kepada rakan yang lain.
Silalah ke http://members.tripod.com/pasabah
|
TAHNIAH BANDARAYA KOTA KINABALU BANDARAYA ALAF BARU. |
"Saya tidak hendak pembangunan membuta tuli. |
|
BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SABAH |
|
Dapatkan waktu Solat di http://www.solat.net/
PAS KOTA BELUD TUBUH 13 CAWANGANBARU KOTA BELUD PAS Kawasan Kota Belud telah mencatat sejarah perjuangan PAS Sabah apabila berjaya menubuh 13 cawangan baru bersempena majlis kesyukuran pilihanraya lalu. Majlis penyerahan borang keahlian PAS telah diwakili oleh Tuan Haji Subky Abdul Latif, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang juga merangkap Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan di kampung Tamau. Dengan tertubuhnya 13 cawangan ini menjadikan jumlah cawangan PAS Kota Belud sebanyak 17 cawangan. Dalam pada itu, Tuan Haji Subky merasa bersyukur bahawa PAS semakin diterima oleh rakyat Sabah. Perjuangan PAS adalah sebuah parti politik dan organisasi dakwah mengajar masyarakat erti dosa dan pahala. Kewujudan PAS sejak 49 tahun lalu adalah disebabkan PAS memperjuangkan Islam. PAS menjadikan Al Quran dan Al Sunah sebagai rujukan dan kini Allah sedikit demi sedikit menganugerahkan kemenangan kepada PAS iaitu negeri kelantan dan Terengganu. Bersempena dengan majlis kesyukuran tersebut, PAS Kawasan Kota Belud telah menyembelih 3 ekor lembu dimana jamuan telah diadakan pada sebelah petang. Disamping itu juga diadakan majlis ramah mesra dan sesi dialog bersama Tuan haji Subky dan pimpinan kawasan. Manakala pada sebelah malam telah diadakan satu ceramah perdana yang membariskan Tuan Haji Sbuky, Dr Datu Bandira bekas calon PAS bagi parlimen Kota Belud , Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah dan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Sabah. KENYATAAN AKHBAR FIKRAH DIARI |
Dikemaskini 1 Feb 2000
|
|---|
| Laman ini diterbit dan diselenggara oleh Lujnah Teknologi Maklumat, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah E-Mail: [EMAIL PROTECTED] PAS SABAH HOMEPAGE (R) ALL RIGHT RESERVED |
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
Jaga rakyat kerana dalam Islam perkara yang paling berharga ialah manusia. Tanah, logam, bijih dan petroleum adalah barang harga murah. Yang paling mahal sekali ialah manusia. Saya bertanggungjawab menjaga manusia Kelantan lebih daripada saya menjaga pembangunan dan sebagainya.".
