*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a'kum...
kenapa lelaki yang 'kurang' baik atau 'jelita' nak kat
gadis yang seperti yang di describe kan ? ini seakan
tidak adil sebab gadis itu sendiri pun nakkan
ciri-ciri
yang lebih kurang sepertinya?
--- shah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net -
> http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED]
> }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED] }
>
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> From: [EMAIL PROTECTED]
>
> Petua Memilih Gadis Jelita
>
> Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana
> Allah, bermusuhan kerana
> Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah.
> ( Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)
>
> Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang,
> gadis seperti ini
> menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah
> begitu?
>
> Gadis ltu pada asasnya bererti wanita yang belum
> bernikah. Walaupun begitu,
> perkataan 'gadis' juga digunakan bagi menggambarkan
> kesucian seseorang
> wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin
> digelar 'sudah tiada
> gadis' atau 'sudah tiada dara'. Umumnya, pengertian
> pertama iaitu wanita
> yang belum bernikah digunakan secara formal
> sedangkan yang kedua itu adalah
> gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.
>
> Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi
> seseorang wanita. Semasa
> inilah seseorang wanita ltu akan mencapai tahap
> mekarnya dan keayuannya.
> Pada masa inilah wanita ltu mula dipanggil
> 'bergetah' jika kita hendak
> meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak
> hati lelaki akan tergoda.
> Ada gadis yang 'boleh tahan' dan ada gadis yang 'tak
> boleh tahan'. Gadis
> yang 'boleh tahan' biasanya dianggap manis tapi
> tidaklah jelita. Yang 'tak
> boleh tahan' pula adalah gadis yang sungguh cantik
> menawan. Ramai lelaki
> yang tergoda kepada gadis 'tak boleh tahan' ini
> apatah lagi jika gadis itu
> sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan
> perasaan lelaki.
>
> Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna
> sememangnya tertarik pada rupa
> dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas
> mengapa mereka lebih
> memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa
> gadis yang cantik lebih
> beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih
> baik, mesra dan
> lemah-lembut.
>
> Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja
> dengan seorang wanita,
> melainkan dengan didampingi seorang muhrim.
> - Hadis Rasulullah riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas
> r.a.
>
> Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan
> kecantikan si gadis
> dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki
> perangai si gadis. Ini
> menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau
> menderita, terutamanya
> bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi
> sedangkan baru tahu
> bahawa si gadis ltu teruk perangainya atau sudah
> ternoda.
>
> Walaupun 'mata yang belum berisi pengalaman' itu
> tertarik pada rupa yang
> cantik, sebenamya jodoh hati ialah hati juga,
> bukannya rupa. Maksudnya pada
> akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci
> hatinyalah yang dipilih oleh
> teruna untuk dikahwini. Berikut adalah petua-petua
> sekiranya anda ingin
> memilih gadis jelita menjadi lsteri anda:
>
> Elakkan Dari Berkawan Dengannya
> Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis,
> kecantikan hati ini sebenamya
> sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang
> dilihat semuanya 'baik,
> sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang
> teruna sedang mahu, dia hanya
> nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya
> berpura-pura jadi baik dan
> sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang
> membidalkan bahawa
> 'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'Yang
> cantik tidaklah semestinya
> permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk
> mengelakkan anda dari
> terpesona dan terpedaya.
>
> Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah
> kehancuran yang tiada
> tara. ( Bidalan ltali).
>
> Lakukan Risikan Secara Rahsia
>
> Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh
> pengamatan rahsia si teruna
> bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan
> rahsia lni adalah untuk
> mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu
> bila dia berada bersama
> keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang
> suka berjalan, bergaul
> bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin
> berkemas dan taat dalam
> beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.
> Pihak teruna juga boleh
> mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki
> ke manakah si gadis itu
> suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya.
> Jika dia gemar pergi ke
> tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia
> mempunyai sifat-sifat yang
> kurang baik pula.
>
> Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama.
> -Goethe
>
> Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau
> dipanggil 'merisik' ini
> tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia
> adalah jalan yang dianggap
> lebih baik darl cara berkawan dengan si gadis,
> membawanya ke mana suka, dan
> 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau
> hasil memperhatikan
> tingkahlakunya di depan mata.
>
> Cari Yang Duduk Bersama lbubapa
>
> Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai
> gejala yang tidak begitu
> menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif
> dari yang positif di luar
> rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku
> dalam rumah sendiri. Si
> gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup
> mudah terpengaruh kepada
> unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan
> kesuciannya serta kebaikan
> perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya
> memberikan keseronokan
> dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar
> saja disusuli pula oleh
> sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.
>
> Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang
> bijak tidak cantik. -
> Bidalan Cina
>
> Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
>
> Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti
> masa sebagai pelajar
> sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian
> tinggi. Bagi
> gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi
> 'wanita' dari ibu adalah
> amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam
> jangkamasa pendek.
> Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada
> hujung minggu serta
> semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang
> berorientasikan kerja makan
> gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.
>
> Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
>
> Selidikilah apakah dia gadis yang tahu menghormati
> orang tua. Ini penting
> kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun
> duduk bersama ibubapa anda.
> Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak
> menghormati ibu dan bapa
> mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi
> serba-salah dalam menangani
>
=== message truncated ===
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: afwani afwan <[EMAIL PROTECTED]>