*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Komen in between text below:
Budaya membenci orang tertentu akan hancurkan masyarakat kata Dr Mahathir
LONDON, 30 Jan - Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata budaya tidak mahu
berterima kasih dan penyemaian perasaan benci kepada orang tertentu akan
menghancurkan masyakarat. 
Beliau berkata semangat benci yang disemaikan oleh pihak-pihak tertentu ke
dalam jiwa anak-anak di Tadika hingga ke peringkat universiti, menyebabkan
anggota masyakat kita tidak boleh berfikir sendiri. 
>>Look who's talking... bukankah orang yang sama juga dok memburuk-burukkan
orang lain in public sepertimana beliau memfitnah dan memburuk-burukkan Ust.
Harun Din?
Di Tadika, mereka dididik membenci orang tertentu, disuruh meludah dan
memijak gambar orang tertentu dan ini melekat sampai ke universiti mereka
dihasut semula membenci pihak-pihak tertentu. 
Perdana Menteri berkata demikian dalam perjumpaan dengan kira-kira 500
penuntut dan rakyat Malaysia di Malaysia Hall di sini hari ini, 
Dr Mahathir berkata orang Islam tidak makan babi bukan kerana mereka Islam
tetapi disebabkan mereka dididik dari kecil bahawa babi itu jijik dan begitu
juga mereka dididik dari kecil supaya tidak dapat menerima agama lain. 
>>Beginikah pemikiran seorang individu yang mengaku Islam, malah menjadi
ketua negara yang kononnya negara Islam???!!!#$!@#!$
Beginikah tanggapan terhadap orang Islam selama ini?
Mengenai keadaan politik di Malaysia sekarang, Perdana Menteri berkata
bahawa sekarang terdapat orang yang tidak mahu mendengar penjelasan dan
hanya mendengar kepada satu pihak sahaja. 
"Kita janganlah mempunyai minda tertutup dan mestilah mendengar kepada
kedua-dua pihak, barulah kita boleh membuat keputusan. Jika tidak, ini boleh
menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat dan kita menjadi lemah,
katanya. 
>>Olehkerana ini adalah saranan Dr. Mahathir sendiri, maka sepatutnya lah
KDN membenarkan Harakah dan mana akhbar-akhbar politik lain supaya
dibenarkan pengedaran kepada awam sebagai akhbar harian sebagai mengimbangi
akhbar-akhbar lain yang dikongkong oleh puak BN dan juga supaya semua
golongan rakyat berpeluang untuk menilai penjelasan dari kedua-dua belah
pihak... tak gitu?
"Ada yang berpendapat bahawa mereka mendapat nikmat dari perpecahan ini.
Tetapi yang mendapat nikmatnya ialah orang asing," kata Perdana Menteri. 
Dr Mahathir menolak kebebasan yang keterlauan seperti yang terdapat di Barat
sambil mengingatkan rakyat Malaysia supaya jangan fikir bahawa mereka bebas
kerana ada orang asing yang mahu menguasai budaya, politik dan ekonomi kita.

>> Kot Dr. Mahathir hanya risaukan kebebasan rakyat berfikir dan bersuara
tapi tak risaukan rakyat bebas buat parti maksiat seperti mana pesta arak
menyambut alaf baru...
"Kita sudah lihat kerajaan negara-negara bebas dijatuhkan oleh hasutan dari
luar. Selepas itu, mereka berusaha untuk memecahkan negara itu dari satu
menjadi tiga," kata beliau. 
Di Malaysia, usaha untuk memecahbelahkan masyarakat berjaya pada satu
peringkat umpamanya, kita mendapati budaya tiak mahu berterima kasih kepada
sesiapa dan menolak kemajuan yang pesat di Malaysia sebagai sesuatu yang
akan berlaku walau siapa pun yang memerintah. 
>> Secara amnya, semua orang mahukan kemajuan tetapi bukannya kemajuan yang
dicampur-adukkan dengan kezaliman, kemungkaran, penyelewengan dsb...
"Mereka berkata jangan utamakan sejarah, latar belakang kita. Kita hanya
fikirkan masa ini sahaja. Ini zaman kita, katanya. 
Justeru itu, Perdana Menteri mengingatkan rakyat Malaysia supaya jangan
lupakan sejarah. 
" Saya khuatir kalau kita tak tahu dari mana kita datang, kita tidak tahu di
mana kita berada dan di mana kita akan pergi. Sebab itulah, sejarah kita
mempunyai banyak pengajaran," kata beliau. 

© UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala
Lumpur.
E-mail: [EMAIL PROTECTED]



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haslim, Hassan" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke