*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh
Belum pun reda pergolakan di Indonesia,negara tersebut diancam lagi dengan
satu pergolakan terbaru membabitkan para pemimpin atasan.Hasil laporan badan
penyiasat Bangsa Bangsa bersatu diatas isu keganasan di Timor Timur
membariskan nama jeneral wiranto sebagai salah seorang yang terlibat dalam
keganasan itu dan memaksa Gus Dur mendesaknya meletakkan jawatan.Apa yang
ingin saya tekankan disini ialah begitu prihatinnya masyarakat antarabangsa
dan begitu cepatnya tindakan Gus Dur dalam isu Timor timur yang hampir
kesemua penduduknya beragama Kristian.
Masyarakat antarabangsa khususnya PBB betul kerana mengutuk keganasan
tentera di Timor timur tetapi atas dasar apakah apabila masyarakat Islam
dizalimi dan mengalami korban jiwa yang jauh lebih besar,(seperti di Acheh
dan Ambon),suara suara yang lantang ini senyap dan menyerlahkan sifat
hipokrit mereka.Inilah nasib Umat Islam akhir zaman,Jumlahnya banyak seperti
buih diLautan tetapi terhina,,terpinggir hatta oleh pemimpinnya sendiri.
Nyatalah Umat Islam akhir zaman ini benar benar diperlekehkan malah di
anggap pengganas dan suka berperang walaupun untuk mempertahankan diri.Lihat
contoh di Chechnya,negara Islam yang manakah menyalurkan bantuan ,negara
Islam manakah yang masih menjalinkan kerjasama dengan Russia sedangkan pada
masa yang sama saudara saudara di Chechnya dilenyapkan.Dengar khabarnya
OIC(oh I see) baru terhegeh hegeh untuk melakukan sesuatu.
Di saat kita sedang enak bersarapan pagi,saudara saudara kita di sana
sedang berjuang untuk mendapatkan sesuap nasi dan secebis roti,disaat kita
sedang berkelahi sesama sendiri,saudara saudara kita disana sedang berjuang
untuk mempertahankan akidah dan tanahair,
Sumbangan kita yang kecil dan doa kita adalah amat diharapkan oleh mereka.
wassalam
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "story teller" <[EMAIL PROTECTED]>