|
PENGUSAHA KAFE SIBER LANGGAR PERATURAN AKAN DIAMBIL TINDAKAN
|
| |
|
KUALA TERENGGANU, 3 Feb (Bernama) -- Kerajaan Pas Terengganu akan mengambil tindakan terhadap pengusaha kedai kafe siber yang melanggar syarat yang ditetapkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar negeri Wan Abdul Mutalib Embong.
"Kalau awak (wartawan) ada bukti, boleh laporkan kepada kita dan kita boleh mengambil tindakan terhadap mereka," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.
Menurutnya semua pengusaha kedai kafe siber mesti mematuhi syarat-syarat yang ditetap di dalam lesen mereka, jika tidak mahu tindakan diambil.
Sementara itu, tinjauan Bernama ke beberapa premis kafe siber di sini mendapati kebanyakannya beroperasi melebihi pukul 12 tengah malam, dan ada yang membenarkan pelajar sekolah memasuki premis mereka.
Kebanyakan pengusaha kafe siber di sini mengenakan bayaran antara RM2.50 hingga RM3 bagi setiap jam.
Ditanya mengenai kedai guting ramb!
ut unisex yang masih beroperasi di negeri ini, beliau berkata pihaknya perlu bertindak mengikut keperluan setempat.
"Jumlah kedai unisex di negeri ini tidaklah terlalu banyak sehingga menimbulkan masalah...oleh itu kita tengok keperluan dan akan menelitinya sebelum sebarang tindakan diambil," katanya. --BERNAMA |
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with
Yahoo! Messenger.