Webmaster Harakah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

EDISI JUMAAT
28 Syawal 1420
4 Februari 2000
-------------------------------------------


Ku Li dapat 34 pencalonan?
(Analisis Harakah)


KUALA LUMPUR: Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Tengku Razaleigh
Hamzah, kini mendapat sekurang-kurangnya 34 pencalonan untuk bertanding
mana-mana jawatan dalam pucuk kepimpinan Umno.

Menurut sumber yang rapat dengan Bilik Gerakan Ku Li, jumlah pencalonan
itu dijangka akan meningkat hari demi hari terutama dari kumpulan yang
mahukan reformasi dalam Umno.

Ku Li memerlukan sekurang-kurangnya 52 pencalonan untuk membolehkannya
bertanding untuk jawatan presiden dan pencalonannya sekarang (32) sudah
mencukupi untuk membolehkan beliau bertanding merebut jawatan Timbalan
Presiden.

Beliau kini mendapat sokongan jitu dari kumpulan pemimpin Umno tertentu
terutama sekali golongan yang seol! ah-olah 'diketepikan' oleh pucuk
pimpinan Umno sekarang.

Antaranya termasuklah, Dato' Dr Afifuddin Omar, Dato' Fauzi Abdul
Rahman, Tun Ghafar Baba, Dato' Hashim Safin serta Dato' Shahril Samad.
Dato' Najib dikatakan masih belum menunjukkan sikapnya yang walaupun
beliau dikatakan juga terketepi sekarang.

Harakah difahamkan, Umno mempunyai 173 bahagian di seluruh negara.
Mengikut peraturannya, sesiapa yang ingin bertanding merebut jawatan
Presiden memerlukan 30 peratus pencalonan manakala jawatan Timbalan
Presiden memerlukan sekurang-kurang 20 peratus.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian,
Dato' Seri Rafidah Aziz kini mempunyai peluang cerah untuk memenangi
jawatan Ketua Wanita Umno.

Ini kerana, kejayaan Ketua Wanita Umno sekarang, Dr Siti Zaharah
Sulaiman dalam pemilihan yang lepas banyak bergantung kepada sokongan
Anwar kepada Siti Zaharah. Kini, 'pelindung' beliau sudah tiada
sedangka! n, Rafidah mempunyai pelindung yang jelas.




COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke