|
Suruhanjaya Bebas Siasat Penyelewengan Kerajaan Terengganu Lama ditubuhkan |
|
Anggota lain Suruhanjaya ini belum lagi diumumkan buat masa ini. Mereka akan memulakan kerja secepat mungkin dan akan menyiapkan laporan penyiasatan mengikut tempoh yang sepatutnya.
Oleh kerana kerajaan tiada kuasa untuk mendakwa, Suruhanjaya ini akan membuat laporan kepada BPR kata Tuan Haji Mustafa Ali.
Sebelum ini ramai pemimpin UMNO Terengganu mencabar Tuan Guru Haji Abdul Hadi.
Petikan artikal dari PRM, oleh Cili Api ada mengulas
Minggu lalu, dalam satu rapat raksaksa kesyukuran di Kuala Trengganu, Menteri Besar Terengganu, Haji Abdul Hadi Awang, memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin BN. Katanya, beliau boleh dedahkan segala penyelewengan Kerajaan BN Terengganu yang lalu, sekiranya para pemimpin BN, melalui akhbar-akhbar yang mereka miliki atau pengaruhi, tidak berhenti menabur fitnah dan memburukkan Kerajaan Terengganu sekarang.
"Jangan cuba menjolok sarang tabuan," amaran Hadi. "Kami ada berlori-lori dokumen bukti tentang segala yang dilakukan oleh kerajaan BN di Terengganu," sambung beliau. Bekas Menteri Besar, Wan Mukhtar tidak sangka BN akan kalah di Terengganu. Jadi, beliau tidak berusaha untuk menyembunyikan berbagai-bagai dokumen rahsia penyelewengannya yang terkumpul selama 25 tahun berkuasa. Apabila sudah kalah, orang-orang beliau cuba hendak memasuki Pejabat MB dengan lori untuk memunggah dokumen penting. Tetapi tidak berjaya sebab pintu pagar sudah dikunci.
Ini berbeza dengan Cek Det. Beliau tidak begitu yakin. Ada sumber yang mengatakan beliau telah membuat persiapan dengan memunggah dua kontena besar mengandungi bermacam-macam dokumen ke Pelabuhan Kelang, sebelum pilihanraya. Untuk hantar ke mana? ke Argentinakah? Selepas pilihanraya, Cek Det pergi ke Kelang dan melawat sebuah kapal kontena (katanya yang terbesar di dunia). Adakah untuk memastikan kontena tersebut dapat segera dipulangkan? Bolehkah Cek Det tolong buat sedikit kenyataan mengenainya? Cili Api tidak mahu berita angin terus meluas.
Berbalik kepada amaran Hadi tadi, Dollah Badawi terus melompat. "Hadi tak boleh sekat kebebasan bersuara BN," katanya. Oi Datuk Dollah. Ini bukan soal hak bersuara. Ini soal menggunakan suara sumbang untuk menyibar fitnah dan memburuk-burukkan lawan. Yang cuba hendak menyekat hak bersuara ialah Badawi sendiri. Bukankah beliau telah menarik balik lesen Detik, Wasilah, Tamaddun dll. Kemudian ugut pula hendak tutup Harakah. Sebagai langkah permulaan, heret pengarang dan pencetaknya ke mahkamah.
Mungkin orang kuat baru yang menjadi Menteri Dalam Negeri dan bertanggungjawab terhadap semua tindakan yang disebut di atas, sudah mulai merasa tersalah langkah. Kelmarin, semasa di Seremban, Badawi menyatakan beliau mengetahui tentang penyiasatan yang sedang dijalankan di Terengganu. Katanya laporan siasatan itu akan diserahkan kepadanya. Jikalau betul, adakah ia akan dijadikan asas untuk mengambil tindakan kelak? Atau hendak disimpan sampai berlapuk saja?
Wan Mukhtar hari ini mengatakan beliau tidak takut akan siasatan yang dilakukan. Baguslah. Cili Api berharap beliau tidak takut juga apabila dihadapkan ke mahkamah nanti, sekiranya ada kes (Cili Api rasa tentu banyak) untuk mengambil tindakan ke atasnya..
Cili Api berharap juga Cek Det, tidak akan cuba menyelamatkannya pula. Jangan jadi macam laporan-laporan polis, cukup dengan dokumen buktinya sekali, yang dibuat oleh Anwar terhadap Daim, Rafidah dan lain-lain. Elakkanlah pilih kasih. Malaysia boleh, bukan?
|
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
