alhamdulillah.
Penjelasan yang baik dari sdr Abu az-Zuhri.
 
 

Abu Az-Zuhri wrote:

From: Abu Az-Zuhri <[EMAIL PROTECTED]>

Zubaidah Haji Sulaiman wrote:

From: "Zubaidah Haji Sulaiman" <[EMAIL PROTECTED]>
 Wa alaikumussalam W.B.T.Alhamdulillah, kini semakin jelas status hadis ini. Ada isi kandungan hadis ini ditambah atau dibuat-buat oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Bertambah ilmu saya. Buku-buku atau kitab-kitab yang saudara cadangkan itu tidak ada dalam simpanan saya. Insya Allah saya akan ke kedai buku dan kalau ada saya akan beli termasuklah Kitab Mu'jam. Di Kota Kinabalu rasa saya belum tentu ada.Apa yang saya musykilkan kenapa hadis-hadis maudhu' dimasukkan dalam perbahasan atau dijadikan dalil. Kita tahu bukan semua orang tahu status hadis-hadis yang terdapat dalam buku termasuklah buku yang ditulis oleh Wan Muhammad? Terima kasih kepada saudara Abu Az-Zuhri kerana memberi penjelasan kepada kita semua. Wassalam.
--------------------------------
Assalamualaikum warahmatullah,

Memang jarang org mengambil berat tentang status hadith.  Tetapi kalau kita mendalami kaedah hukum, kaedah istinbath di kalangan Imam Mazhab, pasti kita tahu pentingnya status hadith. Misalnya, Imam As-syafi'ie hanya menggunakan hadith mursal yg diriwayat oleh Said bin Musayyab. Beliau (As-syafie) tidak menggunakan hadith yg lebih rendah dr hadith mursal sbg hujjah/dalil. Kisah Fatimah dan batu pengisar ini tidak membawa sebarang hukum samada suruhan atau tegahan/larangan. Ia hanyalah bertujuan utk memberi peringatan kpd kaum muslimin agar bertaqwa kpd Allah, takut neraka ALlah (sedangkan batu takut, takkan manusia begitu cerdik tak takut!). Jadi, di sini kita tahu tujuan org yg mereka-reka hadith. Di sinilah punca tersebar cerita ini. Org awam menerima sewenang2nya tanpa melakukan pertimbangan.

Walaupun tujuannya baik tetapi kaedah salah, maka ia menjadi salah. Kalau kita rujuk kpd kaedah far'iyyah:
--Iza ajtama 'al halal wal haram ghulibal haraam--Apabila perkara halal bercampur perkara haram, maka dimenangkan haram.

Syariat tidak membenarkan kaedah --al-ghayah tubarrirul wasilah-- (Utk mencapai tujuan, cara apapun dibenarkan*kaedah michiavelli matlamat menghalalkan cara*)
 

Kenapa tidak boleh? Kita berpegang kpd sandaran berikut:
Pertama: Tegahan dari Rasulullah S.A.W dusta atas namanya. Ini tsabit dari riwayat yg sahih.
Dari  Abi  Hurairah, ia  berkata.  Telah  bersabda Rasulullah  SAW "Barang  siapa yang  berdusta  atasku (yakni  atas  namaku) dengan sengaja, maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya (yakni tempat tinggalnya) di neraka". [Hadith  sahih dikeluarkan  oleh  Imam  Bukhari (1/36)  dan Muslim (1/8) dll.]

Dari  Amir bin  Abdullah bin Zubair dari  bapanya  (Abdullah bin Zubair),  ia berkata:  Aku  bertanya kepada  Zubair bin 'Awwam: "Mengapakah  aku  tidak  pernah  mendengar  engkau  menceritakan hadith) dari Rasulullah SAW sebagaimana aku mendengar Ibnu Mas'ud dan si  fulan dan si  fulan..? Jawabnya: Adapun  aku tidak pernah berpisah dari Rasulullah  sejak aku (masuk) Islam, akan tetapi aku telah mendengar dari beliau satu kalimat, beliau bersabda: "Barangsiapa yang berdusta atas  (nama) ku dengan  sengaja, maka hendaklah ia mengambil tempat duduknya di neraka". [Hadith sahih,  dikeluarkan Bukhari  (1/35), Abu  dawud (No. 3651) dan Ibnu Majah (No. 36 dan ini lafadznya) dll.]

Dan banyak lagi riwayat mengenai dusta atas nama Rasulullah S.A.W dan akibatnya.

Kedua: Perkara at-targhib wat tarhib (memberi galakan dan amaran) hendaklah terlebih dahulu merujuk kpd riwayat yg mutawatir spt Al-quran dan hadith yg mencapai darjat sekurang2nya hasan walaupun sesetengah fuqaha membenarkan menggunakan hadith yg tidak terlalu dha'if dlm perkara at-targhib wat tarhib. Keazaban neraka memang terdapat dlm al-quran dan banyak hadith yg menceritakannya. Maka, tidak perlu bergantung kpd cerita/kisah yg kesahihan yg diragui.
 

Persoalan: Kenapa kebanyakan kaum muslimin cuai dlm soal ini?
Pertama: Kerana tidak berhati2. Penulis spt Wan Muhammad mungkin kurang cermat dlm soal ini. Malah cerita ini cukup masyhur, maka tidak hairan ia dipetik dijadikan sbg dalil. Sbb berlaku pemalsuan hadith adalah spt berikut:
1. Golongan2 politik. Mulanya terjadi ialah pada pemerintahan Ali KW, di mana 2 pendukung kelompok Saidina Ali dan kelompok Muawiyyah.
2. Perbezaan fanatisme ras dan fanatisme suku, negara atau imam.
3. Tukang cerita yg ingin menarik dan mengumpulkan org ramai.
4. Melakukan kebaikan tanpa pengetahuan agama yg cukup. Sbhgn org soleh dan zuhud melihat kesibukan masyarakat terhadap dunia dan meninggalkan akhirat. Lalu mereka membuat hadith palsu perihal at-targhib wat tarhib dgn harapan masyarakat akan sedar dan beroleh pahala dgn cerita palsu.
5. Perbezaan mazhab dan teologi. Fanatik2 mazhab mencipta hadith semata2 merendahkan mazhab lain atau tidak sealiran dgn mereka.
6. Pengampu pemerintah yg mengampu pemerintah agar kaya, naik pangkat dsb.
7. Dakyah dari agama lain spt kristian dan yahudi. Ini terjadi semasa empayar kuasa Islam meluas dan mrk terpaksa tunduk kpd kekuasaan Islam. Maka, utk memburukkan Islam dari dipeluk oleh mana2 individu, mereka menyebarkan hadith2 palsu.
8. Dan sebab2 lain spt memuji pekerjaan tertentu, barang dagangan tertentu atau jenis-jenis makanan tertentu utk menaikkan atau harganya.
Oleh sebab itu, apabila terjumpa sesebuah hadith yg berkaitan dgn 8 perkara di atas, maka wajar kita tarjih dan rujuk kembali kitab yg asal supaya tidak tersilap.

Kedua: Kekurangan Ilmu atau ilmu yg berkaitan tidak dipelajari. Dlm ulumul hadith, kita dapat mengetahui status hadith itu dgn cara melihat kpd sanad dan matan sesebuah hadith. Dari segi matan, insyaAllah kita dapat membenteras penyebaran hadith palsu. Tetapi dari segi  sanad, memang  sukar sedikit dan hanya org yg berkebolehan saja yg mengenali hadith maudhu'. Berikut adalah ciri2 hadith maudhu' yg boleh dilihat pada matan (teks) sesebuah hadith:
a. Kejanggalan dlm perkara yg diriwayatkan
b. Kekacauan makna
c. Bertentangan dgn teks2 Al-quran, hadith mutawatir ataupun ijmak
d. Hadith yg mendakwa kesepakatan sahabat utk menyembunyikan sesuatu atau tidak menyebarkannya.
e. Hadith yg tidak sejajar dgn realiti sejarah pada zaman Nabi S.A.W
f. Persamaan sesuatu hadith terhadap aliran yg dianut oleh perawinya spt syi'ah, hadith ahlul bait dsb.
g. Hadith tersebut (maudhu') mengkhabarkan suatu hal besar yg memenuhi kriteria yg utk diriwayatkan. Tetapi ternyata hadith itu hanya diriwayatkan olh seorang saja.
h. Hadith tersebut memuatkan balasan yg berlipat ganda atas suatu amal kecil atau ancaman yg sangat berat atau tindakan tidak seberapa.
 

Penyelesaian utk menentang penyebaran hadith palsu:
1. Berpegang kpd sanad hadith. Abdullah ibn Mubarak berkata:
"Isnad merupakan sbhgn drpd agama. Seandainya tidak ada isnad, tentu org akan mengatakan sekehendaknya (sebebas-bebasnya)." [Syarh Sahih Muslim, Imam An-Nawawi]
2. Meningkatkan semangat ilmiah dan  ketelitian dlm meriwayatkan hadith.
3. Teliti dan cermat dlm menerima hadith.
4. Menjelaskan hal ehwal perawi.
5. Mengetahui kaedah2 utk mengenali hadith maudhu'

Merujuk kpd kitab2 yg saya sebutkan itu, saya rasa Hadith 40 (Matan Arbain) karangan Imam Annawawi Keluaran Dewan Pustaka Fajar mungkin terdapat di pasaran Sabah sbbnya buku ini digunakan oleh kebanyakan org dan menjadikannya silibus halaqah usrah.

Salah dan silap harap betulkan krn hamba ini bukanlah nabi ttp manusia yg banyak melakukan kesalahan.

Wallahua'alam.

Rujukan:
Usulul hadith wal mustalah al-hadith, Dr. Ajaj Al-Khatib



Please click above to support our sponsor


Pancarkan akhlak mulia dalam penulisan. Laman GU:  http://www.geocities.com/SiliconValley/Ridge/8330

Kirim email ke