EDISI ISNIN
1 Zulkaedah 1420
7 Februari 2000
-------------------------------------------


Melayu sekular akan hilang di dunia?
(Oleh Ahmad Tajuddin Abdul Rashid)


SETELAH menjayakan pilihan raya yang terkotor, seperti yang dicanangkan
oleh PM, para YB BN tentu sekali terasa jiwa mereka bergelumang dengan
dosa-dosa, hasil penipuan dan penyelewengan yang hakiki.

Sememangnya tepat sekali buku panas sasterawan negara 'SHIT' dipasarkan
dalam jangkamasa yang sangat sesuai. Justeru itu, bagi membuktikan
kebersihan dan ketelusan mereka kepada rakyat, suatu pengisytiharaan
harta para kabinet BN secara 'acah-acah' akan diadakan sejurus kemudian.

Tidak adakah makanan lain yang dapat dihidangkan kepada rakyat dalam
jangka masa 5 tahun sekali, selain daripada nasi yang sudah basi dan
memualkan.

Hampir sekian lama mengecap kemerdek! aan, mereka masih beranggapan
bahawa rakyat tetap bodoh dan boleh dipermainkan. Kesabaran dan
'flexibility' khasnya bangsa Melayu semestinya mempunyai had dan
sempadan.

Ungkapan 'Takkan Melayu Hilang di Dunia' telah diambil kesempatan oleh
para pemimpin kita bahawa bangsa Melayu dari zaman Dato' Hang Tuah
hingga kini adalah suatu kaum yang berbudaya lemah-lembut, penyabar dan
taat setia kepada raja dan pemimpin.

Lantaran itu, pemimpin sering bersikap 'prejudis' dan hampir-hampir
melingkari sempadan dan batas tatasusila budaya tersebut. Kemarahan dan
kebangkitan orang-orang Melayu sudah pasti memuncak dan tidak mudah
terpadam, lantaran tercabar dengan rakusnya.

Walau apa pun, kita mesti menerima hakikat bahawa bangsa Melayu telah
terkeluar daripada ciri-ciri aslinya 'Takkan Melayu Hilang di Dunia'
adalah 'Melayu Sekular' dalam erti kata sebenarnya. Mereka tergolong
daripada orang-orang Islam fasik yang dapat dibeli dengan! mudah, suka
kepada sogokan nepotisme dan kronisme.

Walaupun berharta dan kaya-raya, mereka ini hampir-hampir muflis diri.
Seandainya ungkapan bangsa yang ba**sat adalah keterlaluan, tiada
perkataan lain yang secocok dan selembut itu dapat dikategorikan bagi
mereka.

Kendatipun begitu, kita sangat mengharapkan maruah bangsa kita yang
sudah banyak tercemar dapat dipulihkan pada waktu yang terdekat ini.

Mengikut sejarah kegemilangan bangsa Melayu, Dato' Hang Jebat telah
menampilkan suatu tindakan revolusi fizikal yang hebat dan cekal.
Sehingga hari ini, orang Melayu amat bangga dengan pepatah kata: Raja
Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah.

Ayuh! Bangsa Melayu yang antisekular, kita turuti dengan gegaran
revolusi mental bagi melenyapkan Melayu sekular, dan kita makmurkan
dengan Melayu Muslim berakidah tauhid di muka bumi tercinta ini.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke