Dua Beradik Yang lemas di Rusila selamat di kebumikan di Rusila

    Dua beradik yang mati lemas di pantai Rusila telah selamat di kebumikan.Mayat pertama ditemui pada hari jumaat dan
dimandi dan dikapan serta di sembahyangkan oleh Tuan Guru Menteri Besar selepas solat maghrib hari Jumaat di masjid Rusila
. Keluarga si mati turut hadir menziarahi.

    Mayat kedua di temui pada hari sabtu.Mayat Allahyarham kecil ini di mandi dan dikapan di rumah Tuan Guru Menteri Besar
dan ditanam juga di kubur kg Rusila dengan pertolongan penduduk Rusila di dokongi oleh jawatan kuasa kampong dan ajk
masjid.

    Kejadian kematian akibat arus laut berpusar menarik mangsa banyak berlaku di Terengganu. Ini telah di fahami banyak
orang. Hanya pantai landai saja dikira agak selamat. Pantai bertebing curam dan sempit pasir nya amat di geruni orang kerana
air nya menjadi dalam tiba tiba. Ditambah kebetulan terdapat arus bawah yang menarik mangsa , maka kerap lah berlaku
kematian bagi pelawat yang kurang arif dengan bahaya laut. Disatu tempat lagi yang menjadi temapt kemalangan ialah di Pantai
batu Buruk.

    Oleh itu pelawat tempatan yang bercuti ke Terengganu dinasihatkan jangan mandi laut di tempat tempat yang difikir bahaya
atau pada musim ombak tidak menentu. Cukup lah sekadar bersantai dipantai menjamu selera di tiupi angin yang sejuk. Ahlan
wa sahlam.

    Yang sedih nya surat khabar UMNO ni sampai berita kematian sedih pun cuba di eksploit dengan mengaitkan perkara yang
bertujuan untuk menimbulkan kemarahan rakyat kepada YAB Menteri Besar.Kalau nak sebut pasal cuai , sila selesaikan dulu
isu Highland Tower atau Feri Penang reban dulu .Silap silap , KL tower pun senget turun akibat foundation batu kapor di
lembah kelang.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke