KERAJAAN PAS T'GANU TUTUP HOTEL RUGI

 

KUALA TERENGGANU, 7 Feb (Bernama) -- Kerajaan PAS Terengganu telah menutup operasi hotel Primula Beach Resort di Besut kerana hotel milik Kerajaan Negeri itu mengalami kerugian dan menanggung kos operasi yang tinggi.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum dan Perindustrian negeri Mustafa Ali berkata, tindakan itu diambil memandangkan hotel itu mengalami kerugian sebanyak RM40,000 sebulan di samping kos operasi yang tinggi.

`Ini adalah sebahagian daripada usaha kita (kerajaan) untuk menilai semula syarikat-syarikat milik Kerajaan Negeri dengan hanya memberi tumpuan kepada yang berdaya maju dan menutup mana-mana yang rugi,' katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri sedang menimbang untuk meyelesaikan masalah pekerja hotel itu mengikut undang-undang termasuk membayar pampasan kepada pekerja yang diberhentikan.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri sedia berunding dengan syarikat-syarikat! Bumiputera di negeri ini yang berminat untuk mengambil alih hotel itu.

Mustafa juga berkata, Kerajaan Negeri sedang memantau prestasi semua anak syarikat milik Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) sebelum sebarang tindakan diambil.

`Anak-anak syarikat PMINT yang rugi akan ditutup dan yang untung akan diteruskan operasinya manakala yang berdaya maju tetapi bermasalah akan disusun semula,' katanya.

Kerajaan Negeri juga bersedia memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha Bumiputera di negeri ini yang berminat mengambil alih anak syarikat PMINT yang akan ditutup.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Dakwah dan Pelaksanaan Syariah, Harun Taib mengesahkan Kerajaan Negeri telah melantik tiga anggota exco sebagai pengerusi tiga buah syarikat milik PMINT yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Taib sendiri dilantik sebagai pengerusi Golden Pharos, Mustaffa Ali sebagai pengerusi Terengganu Development ! Managment (TDM), manakala Wan Muttalib Embong sebagai pengerusi EPIC.

Wan Mutalib merupakan pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar.

Menurutnya lagi, Menteri Besar Abdul Hadi Awang telah memberi mereka tempoh antara enam bulan dan setahun untuk mengawasi perjalanan syarikat-syarikat terbabit bagi memastikan syarikat itu terus berdaya maju.

Beliau berkata, ketiga-tiga syarikat itu telah mencatat prestasi yang memberansangkan dan Kerajaan Negeri sedang berusaha meningkatkan kemajuannya.

"Kita jangkakan langkah ini (lantik exco sebagai pengerusi) akan menambahkan lagi keyakinan pelabur untuk melabur dalam syarikat-syarikat berkenaan," katanya.

Harun berkata, jawatan-jawatan itu akan diserahkan kepada orang lain yang layak setelah perjalanan syarikat-syarikat berkenaan dikemaskini dan ia dipastikan mengikut landasan penubuhannya.

-- BERNAMA


COUNTERBALANCE.ANY! WHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM

Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.

Kirim email ke