Negara Timur sasaran baru musuh Islam
|
Tiada lain yang kupinta Apa yang kupinta |
SAYA bukanlah peminat sajak. Tetapi sajak bertajuk 'Apa Yang Kupinta' karya sasterawan Palestin, Fadwa Touqan ini saya simpan kerana ia mempunyai pengertian begitu mendalam mengenai perjuangan rakyat Palestin.
Sajak ini menggambarkan kerinduan seorang rakyat Palestin melihat negaranya bebas daripada cengkaman rejim Zionis. Rakyat Palestin itu rela mati demi tanah airnya, seterusnya hancur menjadi tanah dan baja bagi menyuburkan pohon bunga.
Pohon itu akan menghasilkan bunga yang akan dipetik kanak-kanak dengan penuh kegembiraan. Maksud, si pejuang rela mati agar anak-anak (generasi muda) dapat menikmati hasil pengorbanannya.
Biarpun jasadnya sudah menjadi tanah dan baja, beliau masih berguna kepada ibu pertiwi (bumi Palestin) yang dicintainya.
Saya teringatkan sajak ini selepas mendengar pandangan Tuan Guru di surau minggu lalu mengenai percaturan politik masa kini musuh Islam di peringkat antarabangsa.
Tuan Guru berpendapat, kuasa kufar Barat kini sudah hilang tumpuan atau meredakan serangan terhadap dunia Arab. Palestin bukan lagi isu utama antarabangsa. Tokoh-tokoh seperti Yasser Arafat (Presiden Palestin), Raja Hussein (raja Jordan yang meninggal dunia tahun lalu) dan Saddam Hussein (Presiden Iraq) sudah jarang diperkatakan.
Mengapa? tanya Tuan Guru. Sebabnya seluruh dunia Arab sudah berada di kaki kuasa kufar ini. Jadi tiada sebab untuk mereka meningkatkan serangan atau tekanan. Kecuali sebuah dua negara, seluruh dunia Arab kini adalah sahabat orang Barat. Sebagai contoh Raja Abdullah Jordan adalah sahabat baik dunia Barat. Demikian juga Amir Kuwait ataupun Al-Malik Fahd (Arab Saudi).
Sebagai orang media, saya mengakui apa yang didakwa oleh Tuan Guru. Sekarang media kurang memaparkan penderitaan rakyat Palestin, rakyat Iraq ataupun konflik Asia Barat. Benar, Asia Barat kini sudah hilang kedudukan sebagai fokus media. Sebabnya Barat tidak lagi menghadapi masalah besar bagi menangani pemimpin rantau ini. Kecuali sekerat dua pemimpin seperti Saddam, Muamaar Gaddafi (pemimpin Libya), Mohamad Khatami (Presiden Iran), Timur Tengah sudah berkiblatkan Barat. Antara negara paling teruk ialah Turki, Mesir dan Jordan yang sudah pun memberi pengiktirafan kepada Israel.
Kata Tuan Guru, selepas berjaya di Timur Tengah, musuh Islam mengalihkan tumpuan bagi memporak-perandakan dunia Islam di sebelah timur pula. Itulah sebabnya, dakwa Tuan Guru, keadaan begitu bergolak di Indonesia, India, Pakistan dan negara kita sendiri.
Mula-mula kuasa Barat, dengan menunggangi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), campurtangan di Timor Timur sedangkan ia sudah diambil alih oleh Indonesia sejak 1975 lagi. Akhirnya bekas tanah jajahan Portugal itu terpaksa dilepaskan oleh Jakarta. Indonesia kini dilanda beberapa lagi krisis buruk seperti di Ambon, Jayapura (Irian Jaya) dan Aceh.
Tuan Guru kemudian bertanya jemaah. Sudah bersediakah kita menghadapi ancaman baru ini? Maksud Tuan Guru sudah bersediakah kita dari semua segi termasuk ekonomi? Beliau bertanya, di rumah kita ada beberapa karung guni beras? Jika beras yang ada hanya cukup untuk sehari dua, mampukah kita berjuang dengan perut kosong jika ditakdirkan berlaku sesuatu perkara tidak diingini dalam masa terdekat ini?
Bagaimana kita mahu bercakap fasal ekonomi negara atau antarabangsa sedangkan ekonomi rumah tangga kita begitu rapuh sekali?
Kata Tuan Guru, ketika pemuda-pemudi bukan Islam kini begitu rancak dengan pelbagai aktiviti kelab tahan lasak seperti tae-kwando, judo, karate, main pedang (fencing) di manakah pemuda-pemudi Islam berada? Benarkah ramai daripada mereka berada di 'universiti tertutup' (pusat serenti) atau di lorong-lorong dengan tubuh longlai tidak berdaya selepas melepaskankan gian.
Mengapa muda-mudi Islam tidak membabitkan diri dalam kegiatan berkumpulan dan tahan lasak? Tidakkah Rasulullah menggalakkan umatnya membabitkan diri dalam sukan menunggang kuda, memanah dan berenang?
Jawapan atau pertanyaan semula kepada soalan ini mungkin dianggap sensitif oleh sesetengah pihak tetapi demi masa depan umat Islam, ia wajar ditangani secara bijaksana dan jujur.
Hakikatnya, di negara kita, kelab tahan lasak, sukan menunggang kuda dan memanah hanya mampu disertai oleh golongan kaya sedangkan kebanyakan 'orang kita', di rumah mereka hanya ada sekilo dua atau sekampit dua beras (menunjukkan betapa miskinnya mereka).
Bagi sukan renang pula, adakah muda-mudi Islam rela memakai pakaian renang yang diwajibkan, hatta di kolam renang majlis perbandaran milik kerajaan. Yang mampu dilakukan 'orang kita' ialah berendam dalam parit atau sungai.
Banyak lagi pandangan bernas Tuan Guru malam itu. Tetapi yang paling penting, katanya umat Islam mesti bersatu-padu bagi menghadapi ancaman baru ini. Umat Islam mesti bersedia menghadapi sebarang kemungkinan supaya mereka sentiasa menimbulkan kegerunan di hati musuh.
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
