|
ISU BEG BERAT - TAK PERLU TERUS DIALOG DALAM AKHBAR, KATA MUSA |
| |
|
KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Menteri Pendidikan Tan Sri Musa Mohamad mahu supaya isu beg berat di kalangan murid sekolah tidak terus dibincangkan melalui akhbar.
Sebaliknya beliau menyarankan supaya pihak-pihak yang mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu sejak kebelakangan ini mengadakan perbincangan dengan Bahagian Buku Teks (BBT) kementerian.
"Kita boleh terus berbincang dengan pegawai (di BBT) dan tak perlulah terus dialog dalam akhbar," katanya ketika diminta mengulas cadangan dan pandangan beberapa pihak mengenai murid sekolah yang masih membawa beg berat ke sekolah.
Beliau sebelum itu merasmikan Pustaka Maya Perubatan Tan Sri Lim Goh Tong -- perpustakaan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini hari ini.
Semalam, Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM) menggesa Kementerian Pendidikan mengkaji aspek ketebalan sesebuah buku dalam usaha menangani isu beg sekolah berat.
Ibu bapa!
turut mahukan supaya langkah segera diambil bagi mengatasi masalah itu.
Berikutan saranan dan gesaan pelbagai pihak mengenai isu beg berat itu diketengahkan di akhbar, kementerian mengeluarkan kenyataan dua hari lepas yang menjelaskan bahawa menurut kajian kementerian terhadap 25 sekolah, mendapati beg sekolah berat berpunca daripada faktor beg itu sendiri.
Kenyataan itu tidak dipersetujui oleh beberapa pihak termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) yang menyatakan kajian itu tidak menyeluruh kerana hanya membabitkan 25 sekolah sedangkan negara ini mempunyai beribu-ribu sekolah.
Musa ketika ditanya mengenai kenyataan KPPK bahawa kajian kementerian itu tidak menyeluruh, berkata: "Biarlah mereka pertikaikan. Biar mereka jumpa pegawai berkenaan (di BBT) dan bincang dengan mereka."
Ditanya lagi bahawa jadual waktu anjal juga tidak membantu dari segi mengurangkan berat beg sekolah, beliau berkata: "Bincangkan dengan pegawai yang le!
bih tahu mengenai perkara ini."
Musa turut memberikan jawapan yang sama apabila ditanya mengenai cadangan GMGBM supaya kementerian mengkaji aspek ketebalan sesebuah buku. "Elok pergi interview mereka (di BBT). Mereka yang lebih tahu asal usul dan dapat beri penerangan lebih lanjut."
Mengenai kajian kementerian itu terhadap sebutan baku di sekolah sama ada akan diteruskan atau dimansuhkan, beliau berkata perkara itu akan dikemukakan pada mesyuarat kabinet esok.
Bulan lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata keputusan untuk memansuhkan sebutan baku Bahasa Melayu bagi sekolah ditangguhkan buat sementara kerana Kementerian Pendidikan sedang membuat kajian lanjut.
Bagaimanapun Jemaah Menteri telah memutuskan pemansuhan sebutan baku bagi semua stesen penyiaran tempatan dikekalkan.
-- BERNAMA |
COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with
Yahoo! Messenger.