*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pernah Malaikat Jibrail mengunjungi Rasulullah SAW dengan maksud memberitahu
apa yang baru ia lihat:
"Hai Muhammad! Kedatangan saya kali ini khusus untuk memberitahu kepadamu,
bahawa Allah mengeluarkan perintah kepada para malaikat supaya menambah
panasnya api neraka dan meningkatkat jumlah alat-alat penghembus, untuk
menyambut akan tibanya hari kiamat yang tidak lama lagi."
"Cubalah terangkan kepada saya bagaimana keadaannya neraka itu?" tanya Nabi
kepada Jibrail.
Kemudian Jibrail bercerita:
"Pertama-tama Allah menyuruh dinyalakan api neraka itu selama 1000 tahun
sehingga menjadi merah mawar warnanya. Kemudian Allah perintahkan lagi supa
panas api itu ditingkatkan sehingga selama 1000 tahun lagi sehingga jadi
ungu tua dan gelap warnanya. Jilatan-jilatannya tidak dapat dilihat.
Demi yang mengutus anda Hai Muhammad, sekiranya sehelai saja dari pakaian
penghuni neraka itu dilemparkan ke bumi, nescaya matilah mendadak segenap
penghuninya...insan dan haiwan, ikan dan tumbuh-tumbuhan. Seandainya
semangkuk air minum penghuni neraka dicampurkan pada seluruh air yang ada di
bumi ini, pati matilah dengan segera yang meminumnya.
Gunung-gunung berapi pun akan menjadi cair jika padanya diletakkan sebuah
mata rantai neraka yang disebut dalam Al-Quran. Seandainya salah seorang
hanya sekejap saja dicelupkan di neraka, lalu di pertunjukkan dibumi maka
akan jatuh pengsanlah setiap makhlukyang melihatnya. Sebab rupanya sangat
buruk dan baunya pun sngat menusuk hidung.
Mendengarkan perkhabaran Jibrail itu, Nabi SAW menangis, begitu juga dengan
Jibrail A.S.Sebab mereka hiba dan merasa kasihan kepada orang-orang yang
tidak sedar, tidak tunduk pada ketentuan dan kaedah-kaedah Allah yang
berlaku sejak dulu....
.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Zaiemah Harun <[EMAIL PROTECTED]>