*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Betul kata si ziadah tu, "jangan tuduh yang bukan bukan tanpa usul
periksa". Kalau ada satu pekhabaran dari orang fasik kita mesti menyiasat
dulu kebenaranya.

Tapi kadang-kala, menyiasat dengan melihat sahaja boleh menimbulkan
prasangka. Tengok dan terus buat kesimpulan. Macam mana kalau kesimpulan
yang dibuat itu tidak betul, kan dah jadi fitnah. Cuba imbas kembali
sejarahbagaimana isteri Nabi, saidina Aisyah kena fitnah oleh puak
munafik.

Betul ke ziadah pasti ke yang mereka mengambil air koloh itu untuk buat
pelaris. Zaidah yakin ke ? Zaidah dah lihat mereka buat kerja-kerja
khurafat ? Jangan tuduh orang membabi buta. Zaidah dah tanya mereka buat
apa mereka ambil air tu ?

Saya pernah melihat orang berubat dengan mengunakan air kolah. Biasanya
berubat dengan air kolah ini adalah untuk sihir yang agak berat dan berat
seperti santau dan bermacam-macam jenis sihir. Untuk berubat sihir macam
ni, mereka akan mandi dengan air kolah tujuh masjid. Air kolah yang
digunakan mestilah macam kolah biasa di mana kita boleh membasuh anggota
wuduk di dalamnya dan bukan kolah berpaip.

Bila terlajak cakap pasal bab sihir ini. Mungkin ada yang sukar nak
terima kerana tiada bukti saintifik, kononnya... Ilmu sains yang ada pada
manusia pada hari ini sangat kecil skopnya. Pengetahuan manusia dan jin
terhadap pekara-pekara ghaib amat terbatas sekali.

Ingin saya bawa cerita seorang mangsa sihir kat kampung sepupu saya.
Cerita ini diceritakan oleh mangsa sendiri kepada saya. Pakcik ni
mengidap sakit ganjil yang teruk dan sudah lama dia berubat di hospital
kerajaan. Pihak hospital memberikan ubat yang agak kuat kesannya tetapi
tidak memberikan apa-apa kesan. Setelah lama mengambil ubat itu, doktor
pakar hospital berkenaan memanggil pakcik itu. Kata doktor itu, "biasanya
ubat yang diberikan itu adalah untuk sakit yang kronik yang boleh membawa
maut. Sepatutnya dalam dos yang sebegini pak cik mungkin dah mati".
Kemudian doktor itu menyuruh pakcik itu berubat dengan cara lain pula.
Kata doktor tu, "pak cik cuba berubat dengan cara kampung pula. saya
takut kalau-kalau pakcik terkena santau. kalau santau, ubat-ubat di
hospital ini tidak dapat mengubatinya dan mungkin menyebabkan masalah
lain pula".

Wallahualam.

killer fish wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Kat Rusilo pung... samo jugo... pado haghe jumaat
> baru-baru ning... pada 4/2/2000 masa ayah chik wat
> kuliah, killer ade tengok ghama oghang ambik air kat
> koloh ayah chik. Ada yg uuboh dalang botol & cebok
> uuboh dalam tipuware.
>
> wallahua a'lam.
>
> --- zaidah mohd <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> ... <<< padam >>>

>
> > sapa kata ambo tok sir ke islam.
> >
> > Pasal air kolah , tak percaya datang sendiri
> > sembahyang subuh di pulau
> > melaka tengok dan lihat sendiri.
> >
> > jangan tuduh yang bukan bukan tanpa usul periksa.
> >

--
010101010011101101101101111011101110111101110110110101010000010111000



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Abdullah Ahmad <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke