*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
----------
> From: cikgunik <[EMAIL PROTECTED]>
> To: [EMAIL PROTECTED]
> Subject: [psikologi-islam] Pengantar Psikologi (02)
> Date: Thursday, February 10, 2000 12:56 AM
>
> From: "cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>
>
> Bismillahir Rahmaanir Rahiim
> Assalaamu`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakaatuh
>
> sahabat semua,
> Dalam siri yang lepas kita telah belajar kenapa psikologi perlu. dalam
siri
> kali ini pula kita akan belajar tentang definisi psikologi
>
> DEFINISI PSIKOLOGI
>
> Yang sebenarnya perkataan psikologi bukan berasal daripada perkataan
India
> atau Eskimo. Perkataan ini asalnya daripada dua gabungan perkataan greek
> iaitu psyche(psik) yang membawa maksud jiwa, rohani, mental. Manakala
> logos(logi) membawa maksud kajian. Kalau disatukan kedua-dua perkataan
ini
> jadilah maksudnya kajian terhadap jiwa, mental dan rohani manusia.
>
> Ahli psikologi telah memberi pelbagai definisi terhadap psikologi
> (kalau anda nak bagi definisi sendiri pun boleh apa salahnya, cuma tiada
> siapa yang peduli )
>
> Antaranya,
> 1. William James,1890
> * Psikologi adalah ilmu mengenai kehidupan mental, Termusklah
> keadaan-keadaanya, iaitu perasaan, keinginan,berfikiran
> logik,keputusan-keputusan dan sebagainya
>
> (perasaan- anda hari ini bagaimana.............. tentulah gembira atau
> serabut perut)
> (keinginan- adakah anda ingin makan satay kajang)
> (Berfikiran logik- PM mengunakan fikiran logiknya bila mengatakan orang
> melayu tak makan babi sebab jijik ........tapi dari sudut agama tak
betul)
>
>
> 2. Wihhen Wuldt, 1892
> * Psikologi berperanan menyelidik pengalaman dalam sensasi dan perasaan
> kita sendiri, fikiran dan kehendak kita yang dikaitkan dengan objek
> pengalaman luar.
>
> (saya faham kata Wuldt, tapi payah nak jelaskan.......gini sajalah kalau
> ada masa datang ke rumah saja)
>
> 3. John B. Watson,1919
> *Psikologi merupakan bahagian ilmu yang menekakan aspek perilaku
manusia...
>
> (Ini definisi mazhab tingkah laku (behaviourisme)..saya tak gemar sangat,
> sebab ia boleh menyempitkan skop manusia. Seperti satu lesen untuk
> mengenepikan unsur rohani dari diri manusia. Tapi nak belajar punya pasal
> tak apalah...)
>
> Daripada definisi-definisi yang pelbagai ini, ijma' ahli psikologi
> mendefinisikan psikologi kepada tiga bahagian :
>
> 1. Psikologi sebagai satu kajian saintifik
> --- Maknanya dalam psikogi dilakukan kajiselidik, kajian kes,
permerhatian,
> ujian bermakmal dan sebagainya.
>
> (Itu sebabnya kita tidak boleh kata tok bomoh, sebagai ahli psikologi,
> walaupun dia mengkaji atau menjelaskan sikap dan tingkah laku manusia
> bertahun-tahun lamanya..... tak tahulah pula kalau tok bomoh yang "kerat
> orang' boleh dianggap sebagai satu kajian atau eksperimen)
>
>
> 2. Psikologi mengkaji tingkah laku manusia
> -- Tingkah laku ialah perbuatan yang boleh dilihat, seperti
> mengundi,demostrasi,lari,garu kepala (tapi rambut tiada), dan sebagainya.
>
> (cuma saya tak pasti sama ada terjatuh dari kuda boleh dikatogerikan
> sebagai tingka laku manusia... atau tingkah laku kuda
> ................(oopss tiada kaitan dengan sesiapa)
>
> 3. Kajian ke atas proses mental
> -- proses ini lebih dikenali sebagai tingkah laku terselindung, yang
tidak
> dapat dilihat seperti
> bayangan, mimpi, perasaan, fantasi dll.Contohnya mimpi mempunyai pengaruh
> yang besar terhadap psikologi aliran psikoanalisis.
>
> (PM sangat cedik, kerana dia telah membuat kajian terhadap proses mental
> orang Melayu, orang Melayu bersemangat hangat-hangat tahi ayam. Sekarang
> ramai yang sudah tidak berminat dengan perbicaraan DSAI, yang
> berbelit-belit.....akhirnya tak menang juga. Semangat ini akan hangat
> semula kalau ada orang nak pukul DSAI atau isu lain......seperti TPM
> dipecat lagi)
>
>
> *****Kalau anda ingin hanya huraian ilmiah, jangan baca ayat dalam
> kurungan. Ayat-ayat itu hanya untuk orang yang membaca sambil rehat
> saja*******
>
>
> Akan Datang : Matlamat Psikologi
>
> wassalam
>
>
>
> --------------------------- ONElist Sponsor ----------------------------
>
> Love. Relationships? E - Commerce!
> <a href=" http://clickme.onelist.com/ad/SparksValentine1 ">Click Here</a>
>
> ------------------------------------------------------------------------
>
> Community email addresses:
> hantar message: [EMAIL PROTECTED]
> Daftar ahli: [EMAIL PROTECTED]
> Berhenti: [EMAIL PROTECTED]
> Shortcut URL to this page:
> http://www.onelist.com/community/psikologi-islam
> BERSAMA KE ARAH MEREALISASIKAN PSIKOLOGI ISLAM
> INSYA ALLAH
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>