*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nak celah sikit ....

Saya rasa sdri zaidah tidak berniat sama-sekali utk
memburuk-burukkan PAS, apalagi TG Nik Aziz dan
alim-ulama' amnya. Bukankah Zaidah ni 'base' dia kat
Kelantan? Serba sedikit bukti tu mungkin ada padanya.

Mungkin tajuk 'PAS jgn takbur' hanyalah sbgi ingatan
kpd ahli & pucuk pimpinan PAS agar lebih peka dan
berani bertindak kpd mana-mana pemimpinnya yg
cuba-cuba nak tersasar arah perjuangan ... mengejar
keduniaan. Kisah Saidina Umar yg mengenakan tindakan
kpd Gabenur Mesir patut dijadikan teladan.

Tajuk pasal kolah pula hanyalah sbgi ingatan agar
perbuatan tersebut tidak menjadi khurafat. Perkara ini
perlu dijelaskan dgn lebih detail antara kuasa Allah
yg Maha Berkuasa, bukan air kolah yg mempunyai
'power'.
Begitu juga dgn keberkatan air kolah di Masjid Tuk
Guru, baik di Pulau Melaka ataupun di Rusila.

Menyentuh tentang keberkatan air kolah di masjid ie.
berubat dgn air kolah 7 masjid, spt yg diceritakan
oleh sdr Abdullah Ahmad rata-rata masyarakat Melayu
Islam ni boleh terima hal yg demikian. Namun, utk
mengelak ia menjadi bid'ah ... eloklah sesiapa yg arif
dih-net ni tampil utk memberi penjelasan. Takut ada yg
akan kata hal tersebut bidah dan syirik sbb Nabi saw
tak pernah buat!



Wallahu'alam.

--- Abdullah Ahmad <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Betul kata si ziadah tu, "jangan tuduh yang bukan
> bukan tanpa usul
> periksa". Kalau ada satu pekhabaran dari orang fasik
> kita mesti menyiasat
> dulu kebenaranya.
> 
> Tapi kadang-kala, menyiasat dengan melihat sahaja
> boleh menimbulkan
> prasangka. Tengok dan terus buat kesimpulan. Macam
> mana kalau kesimpulan
> yang dibuat itu tidak betul, kan dah jadi fitnah.
> Cuba imbas kembali
> sejarahbagaimana isteri Nabi, saidina Aisyah kena
> fitnah oleh puak
> munafik.
> 
> Betul ke ziadah pasti ke yang mereka mengambil air
> koloh itu untuk buat
> pelaris. Zaidah yakin ke ? Zaidah dah lihat mereka
> buat kerja-kerja
> khurafat ? Jangan tuduh orang membabi buta. Zaidah
> dah tanya mereka buat
> apa mereka ambil air tu ?
> 
> Saya pernah melihat orang berubat dengan mengunakan
> air kolah. Biasanya
> berubat dengan air kolah ini adalah untuk sihir yang
> agak berat dan berat
> seperti santau dan bermacam-macam jenis sihir. Untuk
> berubat sihir macam
> ni, mereka akan mandi dengan air kolah tujuh masjid.
> Air kolah yang
> digunakan mestilah macam kolah biasa di mana kita
> boleh membasuh anggota
> wuduk di dalamnya dan bukan kolah berpaip.
> 
> Bila terlajak cakap pasal bab sihir ini. Mungkin ada
> yang sukar nak
> terima kerana tiada bukti saintifik, kononnya...
> Ilmu sains yang ada pada
> manusia pada hari ini sangat kecil skopnya.
> Pengetahuan manusia dan jin
> terhadap pekara-pekara ghaib amat terbatas sekali.
> 
> Ingin saya bawa cerita seorang mangsa sihir kat
> kampung sepupu saya.
> Cerita ini diceritakan oleh mangsa sendiri kepada
> saya. Pakcik ni
> mengidap sakit ganjil yang teruk dan sudah lama dia
> berubat di hospital
> kerajaan. Pihak hospital memberikan ubat yang agak
> kuat kesannya tetapi
> tidak memberikan apa-apa kesan. Setelah lama
> mengambil ubat itu, doktor
> pakar hospital berkenaan memanggil pakcik itu. Kata
> doktor itu, "biasanya
> ubat yang diberikan itu adalah untuk sakit yang
> kronik yang boleh membawa
> maut. Sepatutnya dalam dos yang sebegini pak cik
> mungkin dah mati".
> Kemudian doktor itu menyuruh pakcik itu berubat
> dengan cara lain pula.
> Kata doktor tu, "pak cik cuba berubat dengan cara
> kampung pula. saya
> takut kalau-kalau pakcik terkena santau. kalau
> santau, ubat-ubat di
> hospital ini tidak dapat mengubatinya dan mungkin
> menyebabkan masalah
> lain pula".
> 
> Wallahualam.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke