*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Kuliyyah Maghrib ini disampaikan oleh Ustaz Halim
Hassan di Masjid Maqbul,P.Pinang.

Muqaddimah.
--------------------
     Daripada sebuah hadis Qudsi yang mana firman
ALLAH SWT yang bermaksud,"Wahai manusia,janganlah kamu
sekali-kali cuba melaknat mana-mana makhluk yang Aku
buat dengan kudrat Aku sendiri.Nescaya laknat kamu
kepada ciptaan Aku itu,akan membinasakan diri kamu
sendiri."
[ Tuhan bagitau bahwa apa saja ciptaanNya ,kita jangan
cuba dok mempertikaikannya.Samada benda yang
diciptaNya itu boleh kita lihat dengan mata; ataupun
yang tak boleh lihat dengan mata tapi boleh rasa atau
boleh dengar dengan telinga sahaja; kesemua
jenis-jenis ciptaan ALLAH ini,kita tak boleh
protes.Oleh sebab itu,samada kita suka ka ataupun kita
tak suka ka,kita kena redha.Sebagai contoh,kalau Tuhan
kata bahwa sehari semalam kena sembahyang 5 waktu,kita
tak boleh protes,kita kena sembahyang sehari semalam 5
waktu juga.Kalau Tuhan kata bahwa dalam bulan Ramadan
kita kena posa 30 hari,maka tanpa protes,kita kena
posa 30 hari juga.Kalau Tuhan kata bahwa sebagai
seorang yang sudah mukallaf,kita kena tutup aurat,maka
kita mesti kena tutup aurat dengan tanpa komplen
kepada ALLAH SWT...Samalah juga,kalau Tuhan kata bahwa
tak boleh menari,maka kita tak boleh menari lah; mana
boleh komplen; tok sah dok gatai pungkok pi menari
dengan Sharoq Khan pulak tu.
  Jadi di sini,Tuhan nak bagitau bahwa semua yang
Tuhan buat,kita tak boleh komplen,termasuklah semua
hukum hakam Tuhan dan semua perintah Tuhan; samada
yang fardhu ataupun yang sunat,manusia kena terima
tanpa ada rasa nak protes. ]
     Kata ALLAH,"Wahai manusia,sesungguhnya kamu boleh
tengok dengan mata kamu bagaimana 7 petala langit di
atas sana,ditegakkan oleh ALLAH diatas udara tanpa
sebatang tiang pun.Dan benda itu ditegakkan dengan
salah satu daripada nama-nama Aku."
[ Nama ALLAH yang dimaksudkan itu ialah sifat
KuasaNya.Dengan hanya satu sahaja sifat yang ALLAH
tunjukkan,maka 7 petala langit takut,lalu kaku di
angkasa raya sana. ]
    Tapi,kata ALLAH,"Tetapi hati kamu (manusia) tidak
mampu tunduk kepada Aku,walaupun bawa mai seribu
pengajaran dalam kitab Aku."
[ Bayangkan tuan-tuan,yang dikatakan langit tu,sikit
punya luas ka,tapi dengan ALLAH hanya tunjuk satu
sahaja sifat Dia,maka langit tu pun duduk di atas
udara sana.Tetapi yang dikatakan hati manusia ni
pulak,tak boleh nak tunduk kepada ALLAH walaupun
beribu pengajaran yang ALLAH tunjukkan di dalam
Al-Quran.
  Di mukabumi ni,dalam beribu-ribu makhluk Tuhan,yang
selalu buat mungkar kepada ALLAH ialah dua jenis
makhluk ni,iaitu bangsa manusia dan bangsa
jin.Kedua-dua bangsa ni lah yang dok buat dunia
bercelaru habih.Kalau manusia tak cari pasai,geng jin
ni pulak yang cari pasai,i.e. pi sampok orang ni,pi
kacau orang tu.Kemudian,kalau jin tak cari
pasai,manusia pulak yang dok gatai pi cari pasai;
eg,dok tak duduk pi menurun kat busut mana ka.Oleh
sebab inilah,apabila mula-mula ALLAH nak buat Nabi
Adam a.s.,ALLAH tanya kat malaikat,"Hangpa punya
pandangan macamana dengan manusia yang Aku nak buat
ni?"...Lalu kata malaikat,"Kalau buat
manusia,bertumpah-darahlah manusia di muka alam ini."
Daripada sumber mana malaikat tau,walhal ALLAH belum
lagi buat manusia time tu?..Maka kata para ulama bahwa
sebelum diciptaNya Nabi Adam,ada satu angkatan jin
yang duduk di muka alam ini.Yang mana,daripada cara
hidup golongan jin ni lah,maka para malaikat membuat
rumusan bahwa depa ni lah yang menjadi perosak alam
ini.Sepertimana ALLAH sebut,"Kami binasakan mereka
kerana dosa-dosa mereka." Dan kata ALLAH lagi,"Kami
akan perosok ke dalam neraka itu,yang kebanyakkannya
ialah bangsa jin dan bangsa manusia."          
[ Yang dikatakan jin ni pun; ada yang tak mau
sembahyang,mangkak serupa manusia juga.Menurut
ustaz,ada diceritakan dalam sebuah hadis dhoif tentang
perangai jin yang memang suka kacau
manusia,lebih-lebih lagi dalam majlis-majlis ilmu.Dia
nanti sabotaj orang-orang yang ada dalam majlis ilmu;
seperti bagi mata layu supaya orang rasa mengantuk;
bagi lenguh lutut; usik perut kita bagi lapaq; bagi
telinga nipis; kacau pemikiran supaya bertindak tak
tentu hala; maka jin seperti ini akan masuk neraka. ]
     Maka kata ALLAH SWT,"Hati manusia ni,walaupun
bawa mai seribu satu macam punya pengajaran dalam
Quran sekalipun,hati manusia tidak akan berubah.Tetap
dua bangsa ni (manusia/jin) nak lawan Tuhan juga."
[ Tuhan kata benda tu haram,tapi jin terhegeh-hegeh
nak buat benda tu juga.Tuhan kata jangan kacau
manusia,tapi jin nak kacau manusia juga.Tuhan kata
jangan kacau jin,tapi manusia nak kacau jin tu
juga....Tuhan kata jangan menari,tapi Anaconda nak
kepak juga dengan Sharok Khan.....amboiiii ! Yang kata
manusia ni,kepala tu cukup punya tak elok; kira nak
lawan Tuhan saja.Kedua-dua jenis manusia/jin lagu
ni,ALLAH nak perosok masuk dalam neraka.Nauzubillahi
min zalik. ] 
     ALLAH kata,"Wahai manusia,sepertimana tidak akan
lembut batu dalam air; demikianlah juga tidak akan
lembut kerana pengajaran bagi hati yang keras."
[ Tuhan nak bagi tau bahwa walaupun bawa mai
rasul/nabi sekalipun,tapi kalau dah jenis hati keras
ni,depa tidak takut juga kepada Tuhan.Sebagai
contoh,tuan-tuan boleh tengok dalam sejarah; Tuhan
bawa mai Nabi Muhammad s.a.w. untuk bagi penerangan
kepada Abu Jahal/Abu Lahab.Tara Nabi s.a.w punya dok
terang kat depa ni pun,depa tak percaya; inikan pulak
kita nak pi terang kat depa-depa yang se'perangai'
dengan Abu Jahal/Abu Lahab; adakah depa-depa ni akan
percaya cakap kita?...Nabi s.a.w pi terang Quran kat
depa,tapi depa boleh lawan balik Nabi s.a.w..Cuba
tuan-tuan tengok,betapa kerasnya hati Abu Jahal/Abu
Lahab ni.Maknanya,depa ni,memang Tuhan tak mau bagi
hidayah.Maka sengsaralah mereka ni dunia/akhirat.
 Tapi untuk hati yang lembut pula,sudah cukup dengan
hanya membaca ayat-ayat Al-Quran sahaja,hatinya sudah
rasa nak tunduk kepada perintah ALLAH SWT. ]
     Kata ALLAH,"Wahai manusia,macamana kamu boleh
mengatakan yang kamu ini hamba ALLAH? Sedangkan pada
masa yang sama,kamu lawan ALLAH pula.Dan bagaimana
pula kamu boleh mengatakan bahwa satu hari nanti,Tuhan
akan periksa kamu dengan tibanya mati; tiba-tiba kamu
tak mau mati; macamana jadi lagu tu?"
[ Tuhan dok tanya kita tuan-tuan.Dok pi mengaji merata
dah.Dok baca tentang benarnya kematian itu,banyak dah;
tapi pasai apa kita takut nak mati? ]
     Kata ALLAH,"Kamu guna lidah kamu untuk bercakap
benda-benda yang kamu takdak ilmu tentang benda-benda
tu; sedangkan kamu rasa benda tu kecik.Tapi sebenarnya
benda itu besar di sisi ALLAH."
[ Kita kalau nak bercakap apa pun,biarlah yang kita
tahu.Kalau mai jenis yang kita tak reti,tok sah dok
gatai nak pi cakap juga.Kalau kita yakin yang kita ada
ilmu tentang topik perbincangan itu,maka barulah kita
boleh buat perbahasan. ]
     Di dalam sebuah hadis Qudsi yang lain,ALLAH SWT
berfirman,"Wahai manusia,seribu satu pengajaran telah
Tuhan berikan kepada kamu.Dan wahai manusia,Tuhan
sudah bagi penawar,yang penawar itu boleh
menyelamatkan seribu satu penyakit hati manusia."
[ Kita sebagai hamba ALLAH,jangan pula nanti dok pi
ungkit kata ALLAH tak bagi pengajaran.Padahal,ALLAH
telah pun memberi pengajaran kepada kita; samada
pengajaran dalam bentuk ilmu ataupun pengajaran dalam
bentuk seketoi Tuhan tunjuk kejadian di depan mata
kita.Ini lah yang dikatakan manusia,kita kerap suka
lupa; yakni ALLAH dah lama bagi pengajaran demi
pengajaran kepada manusia ni.Umpamanya,Tuhan turun
bala ke atas Turki,adakah itu bukan pengajaran untuk
manusia?  Tuhan bawa mai kesusahan di Bosnia,adakah
itu bukan pengajaran untuk manusia?  Tuhan bagi kawan
karib kita yang tadinya sihat elok,tiba-tiba jadi
sakit dan kemudiannya mati,adakah itu bukan pengajaran
daripada ALLAH untuk kita?  Daripada kita senang,Tuhan
bagi kita jadi susah; daripada kita tak cerdik,Tuhan
bagi kita jadi cerdik; itu semua adalah contoh-contoh
pengajaran daripada ALLAH,dan itu semua adalah ubat
untuk orang-orang yang perlukan rawatan hati mereka. ]
     Kata ALLAH,"Kenapalah kamu hanya berbuat baik
kepada orang yang buat baik kepada kamu sahaja."
[ Awat hangpa tak boleh baik dengan semua orang,pasai
apa?  Pasai apa dalam masalah 'buat baik' ni,kita
memilih orang yang tertentu sahaja untuk kita buat
baik?  Orang yang mai dengan kereta besaq,kita boleh
layan elok; tapi orang yang mai dengan 'gerek',kita
buat layan tak layan sahaja,pasai apa kita buat
'tahana' kat orang macam tu? ]
     ALLAH tanya manusia lagi,"Pasai apa kamu tak
boleh buat baik kepada semua orang? Kamu hanya buat
baik kepada orang-orang yang sudah lama buat baik
kepada kamu.Dan pasai apalah kamu hanya berhubung
dengan orang yang sudah berhubung dengan kamu? Dan
pasai apa kamu tak boleh berhubung dengan semua orang?
Pasai apa kamu pilih orang yang tertentu sahaja untuk
bercakap? Pasai apa kamu tidak memaafkan orang yang
datang untuk meminta maaf daripada kamu? Kamu masih
nak mempertahankan kesombongan/keegoan kamu juga?"
[ Ini semua adalah perangai manusia. ]
     Kata ALLAH,"Kenapa kamu beri makan kepada orang
yang sudah beri makan kepada kamu? Pasai apa kamu tak
boleh bagi makan kepada semua orang? Pasai apa kamu
pilih orang yang tertentu sahaja untuk bagi makan? "
[ Kalau kita nak layan orang,tuan-tuan; kita kena lah
layan semua orang.Kalau kita nak layan setengah dan
nak tolak setengah; pastikan kita ada sebab yang
munasabah,yakni yang syarak boleh terima.Sebagai
contoh; kita nak buat satu kenduri,tapi kita tak mau
panggil orang yang berjiran dengan kita ni.Maka kita
kena pastikan yang kita ada sebab yang syarak
meluluskan bagi kita tak payah panggil
dia.Misalnya,dia tak sembahyang ka,maka dengan sebab
itu tak payah panggil dia pun takpa,kerana syarak
memang tak mau kepada orang yang tak
sembahyang.Misalannya lagi orang yang tak payah kita
jemput ialah yang jenis suka lawan Tuhan; dah lah
semua perintah wajib pun dia tak buat,dia komplen pula
seluruh perintah Tuhan.Maka,pastikan kita ada
sebab-sebab yang syarak terima; kemudian baru lah kita
boleh menghadkan kebajikan kita.Kalau kita tidak ada
sebab-sebab seperti contoh-contoh tadi,maka kita kena
umumkan tentang kebajikan kita. ]
     Kata ALLAH,"Pasai apa kamu hormat pada orang yang
sudah hormat kepada kamu? Awat,kamu tak boleh hormat
kepada orang lain ka? Awat,kamu tak boleh hormat
kepada semua ka? Awat,kalau nak hormat dia,nak kena
tunggu dia pakai kereta besaq dulu ka? Awat,kalau nak
hormat orang,nak kena tunggu sampai dia ada kuasa dulu
ka? Awat,kalau nak hormat orang,dok nak kena tunggu
sampai dia ada duit banyak dulu ka? Awat,hangpa buat
perangai pengotor  macam tu? "
[ Tuhan tanya kita pasai memang lagu ni lah trend
masyarakat dunia masakini.Bila seseorang tu boleh bagi
apa-apa sesuatu kat hangpa,baru hangpa nak respect
dia.Tapi,bila besok dia pun tarak apa-apa,jumpa dia
pun hangpa nanti tak tegur dia dah. ]
     Kata ALLAH,"Sesungguhnya,diantara seorang dengan
seorang yang lain,tak dak langsung kebajikan.Tidak ada
langsung kelebihan melainkan taqwa di dalam dadanya
sahaja."    
[ Tarak apa-apa tuan-tuan; diantara orang yang naik
'gerek' buruk dengan orang yang pakai Merc,tak dak
bezanya di sisi ALLAH SWT; melainkan Tuhan hanya
tengok hati yang bertaqwa sahaja.Oleh sebab itu,kita
yang dalam golongan orang susah ni,janganlah dok kecik
hati bila tengok orang lain yang Tuhan bagi harta
kekayaan pada dia; kerana Tuhan tak pandang dia punya
kereta besaq/rumah besaq/pangkat besaq; tapi yang
Tuhan pandang ialah hatinya yang bertaqwa. ]
     Kata ALLAH,"Sesungguhnya,sebenar-benar orang yang
beriman ialah orang yang beriman dengan ALLAH dan
beriman dengan semua apa yang ALLAH turunkan kepada
RasulNya.Orang yang beriman juga boleh buat baik
kepada orang yang buat jahat kepada dia.Orang yang
beriman boleh menghubungkan tali silaturrahim dengan
orang yang memutuskan tali silaturrahim dengannya."
[ Eg,ada seorang yang tak mau cakap dengan kita atau
tak mau tegur kita,tapi kita pula yang pi tegur
dia.Tapi dalam Islam,bukanlah maknanya kita pi cakap
dengan orang yang tak mau cakap dengan kita tu,supaya
dia cakap balik kat kita; Islam bukan lagu tu.Maknanya
di sini; hang tak mau cakap dengan aku,ini menunjukkan
yang hang tak beriman; tapi aku nak cakap juga dengan
hang kerana aku hanya beramal/beriman dengan hadis
Rasulullah s.a.w.; itu saja.Hang jangan dok perasan
pulak ingat aku nak pi menyenyeh dengan hang.Boleh
paham ka? ]

....bersambung.....



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke