*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wa'alaikumussalam.
Tidak tepat jika dikatakan ia nya lebih mudah untuk lulus di USA berbanding
di UK. Ini juga bergantung sesorang tu belajar di universiti mana dan pada
masa bila. Ada universiti yang mudah untuk lulus, dan ada universiti yang
"sukar" untuk lulus.
Saya pernah belajar di kedua-dua USA dan UK. Saya berdua bersama rakan
seorang lagi ambil Computer Science (1st degree, tahun 80an). Dua-dua kami
tersangkut. Kemudian, rakan saya pergi sambung di UK. Dia kata belajar di UK
jauh lebih senang), tidak seperti di universiti kami di USA.
Hasil daripada kejayaan rakan saya, beberapa tahun kemudian saya ke UK untuk
ambil Master's. Alhamdulillah, kini dah mempunyai ijzah Master's.
Beza cara pengajian antara USA dan UK:
Di UK ia melatih pelajar supaya berdikari untuk balajar & mencari maklumat,
tetapi skop ilmu agak sempit.
Di USA sistemnya flexible dan ia juga mendedahkan pelajar kepada subjek
dalam bidang lain.
Graduan UK biasanya lebih berupaya dalam memulakan dan melaksanakan sesuatu
tugas dengan sendiri, tetapi mereka ini biasanya juga mempunyai skop ilmu
yang agak sempit.
Graduan USA biasanya mempunyai idea lebih luas hasil daripada pendedahan
kepada sbjek-subjek di luar bidangnya.
Graduan UK biasanya berfikiran formal dan sering terikat kepada "sistem"
atau adat tertentu. Graduan USA pula biasanya kurang terikat kepada sesuatu
"sistem" atau adat, dan agak lebih bebas untuk menyesuaikan diri kepada cara
baru.
Sekian, Allahuwa'alam.
>From: "ASSB-PRODEV - Azizi (ASSB POST)" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: RE: H-Net* Lulusan UK versus USA...
>Date: Fri, 11 Feb 2000 17:32:00 +0800
>
>
>Assalamualaikum kepada semua...
>Teman nak tanya pendapat mereka yg belajar di US, betul ke senang nak
>lulus
>1st degree kat US ??? Kalau senang, pelik juga ye sebab ramai teman2 saya
>yg kena balik sebab tak boleh nak bawa. Dibawah program American Top
>Universities tu kira budak2 terror2 la kan....Sangkut juga... Saya dah
>banyak dengar mereka di Malaysia ni especially yg grad from local Us dok
>mengata budak2 yg pi US senang nak lulus. Ikut hati nak je ajak depa2 ni
>ikut masuk U kat US tu. Ada tu boleh cakap lagi, buat apa pergi jauh2..sama
>je grad US ke local ? Hmmmm kalau sama, apasal agaknya ye badan2 kerajaan &
>swasta ni sanggup bayar ratus ribu utk hantar saya & lain2 ke US ? Dah
>terlebih duit ke ? Walau bagaimana pun kita ikut la pepatah melayu, jauh
>perjalanan luas pengalaman...yg ni mmg kelebihan pada kita yg grad dari
>luar
>negeri.
>
>
> ----------
>From: [EMAIL PROTECTED]
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Lulusan UK versus USA...
>Date: Friday, February 11, 2000 10:23AM
>
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamu'alaikum,
>
>Masa nak pilih university tiba lagi. Bagi yang nak
>keluar negara, kat manakah yang paling baguih untuk
>ditujui?
>
>Teman ada dengar, ada orang kata graduates dari UK lagi
>berkemahiran dari graduates USA. Sebab dia orang punya
>exam lagi susah nak lulus. Tapi ada pula orang kata
>graduates dari USA lebih flexible sebab sistem
>pembelajaran dia lebih terbuka - ada banyak mata
>pelajaran optional. Ada pula yang kata nak lulus
>1st degree, senang di USA, sukar di UK. Nak lulus
>Master, senang di UK, susah di USA. Dari segi
>penampilan diri pula, lulusan UK khabarnya sangat
>formal sedangkan lulusan USA lebih relax dan bersahaja.
>Betul ke tidak, wallahu'alam.
>
>Bagaimana pula dengan lulusan tempatan? Mungkin
>ditengah2 antara UK dan USA.
>
>Khabarnya sekarang semua pelajar yang masuk University
>diwajibkan menghadiri kursus di BTN untuk melahirkan
>pelajar yang cintakan negara. Baguihlah. Generasi
>teman dulu tak berkesempatan semua ini. Tapi cinta
>pada negara tak pernah terlondeh. Apa lagi kalau negara
>ini jadi negara Islam tulin.
>
>Wassalam
>
>Selingan: Teman dikemukakan satu soalan, jawapan belum
>dijumpai lagi (nampak macam soalan bodoh tapi tak
>bodoh sangat): "Apasal bila nyamuk mati, badannya
>terlentang?"
>
>
>
______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>