*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kepada:

Tuan Hj Mohd  Adnan Bin Seman
Tim. Pengarah Pendidikan Islam
JAIS

Assalamu'alaikum 

KEKESALAN TERHADAP PERTUKARAN GURU-GURU DI SELANGOR

Dengan hormatnya saya merujuk kepada satu mesej e-mel  (di bawah ini) yang
diedarkan melalui Hizbinetwork. Setelah membaca mesej ini, saya merasa
terpanggil untuk bertemu dengan guru-guru terlibat. Dalam pertemuan dengan
salah seorang guru berkenaan, saya mendapati benarlah bahawa beliau serta
guru-guru lain telah mendapat arahan supaya berkhidmat di tempat yang jauh
dari tempat asal mereka dengan dengan gaji sekitar RM400. Apabila beliau
bertanya kepada pegawai JAIS, beliau menyatakan salah seorang pegawai JAIS
menunjukkan "surat" dari  YB berkenaan "mengarahkan" supaya guru-guru
berkenaan ditukarkan. 

2. Saya ingin menegaskan bahawa adalah amat malang dan amat memalukan bagi
sebuah institusi agama seperti JAIS yang terlalu mudah dipergunakan oleh
orang-orang politik yang mempunyai agendanya sendiri. Saya menyeru agar
tuan lebih bersikap profesional dalam pengurusan tuan dan tidak dipengaruhi
oleh sentimen dan tekanan politik. 

3. Sesungguhnya gaji kakitangan kerajaan dibayar oleh rakyat dan rakyat
mahu melihat kakitangan kerajaan menjalankan kerja secara profesional,
cekap, amanah, dan adil . Malah gaji wakil-wakil rakyat juga dibayar oleh
rakyat dan bukan oleh mana-mana parti politik. Maka rakyat berhak mendapat
pembelaan  dan kemudahan bukannya penindasan dan kerumitan. Umumnya
wakil-wakil rakyat yang menang dalam pilihanraya bukanlah wakil kepada
satu-satu parti politik tetapi wakil kepada rakyat seluruhnya bagi kawasan
yang dimenangi. Sesungguhnya wakil rakyat adalah wakil kepada rakyat bukan
wakil parti dan bukan wakil kerajaan semata-mata. Apa yang sedihnya ialah
ada sebahagain wakil rakyat yang tidak memahami bahawa gaji mereka dibayar
rakyat tanpa mengira parti, agama, dan keturunan.

4. Saya menyeru agar pihak JAIS menimbang semula keputusan memindahkan
guru-guru berkenaan termasuklah juga guru-guru di tempat lain dalam negeri
Selangor yang ditukarkan kerana "arahan" orang-orang politik Barisan
Nasional. Sekiranya perkara ini terus berlaku, maka percayalah masyarakat
tidak akan menghormati lagi JAIS serta pegawai-pegawai JAIS serta ahli-ahli
politik terlibat. Masyarakat akan melihat betapa JAIS dan pegawai-pegawai
JAIS serta institusi JAIS tidak profesional dan telus dalam pengurusannya.
Saya ingin mengingatkan diri saya dan diri tuan akan sabda Nabi Muhammad
saw yang bermaksud  "Takutlah akan do'a orang yang  kena zalim.
Sesungguhnya tidak ada hijab diantara do'a itu dengan Allah."

5. Semuga Allah memberkati pengurusan yang amanah dan adil.

Yang benar,

Supyan Hussin 
(t.t. digital)

s.k. Hizbinetwork


---------------------------------------------------------mesej yang
diedarkan dari Hizbinetwork
>Date: 25 Feb 00 17:16:42 PST
>From: hello hi <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* MINTA PERHATIAN!!!!!!
>X-Mailer: USANET web-mailer (M3.3.1.96)
>Sender: [EMAIL PROTECTED]
>
>MOHON PERHATIAN SEMUA PIHAK
>
>Berikut adalah maklumat mengenai beberapa orang guru KAFA yang telah mendapat
>surat arahan dari JAIS untuk bertukar tempat kerja. Adalah dilaporkan
>guru-guru berkenaan dipercayai menjadi penyokong Barisan Alternatif dalam
>peilihanraya yang lepas. Tindakan pertukaran tempat kerja ini diambil susulan
>dari pilihanraya umum ke10 baru-baru ini di mana wakil rakyat N. 47 DUN
>Dengkil YB Dato’ Shariff Jajang, walaupun menang di DUN Dengkil telah
tewas di
>kampungnya iaitu Kg Sg. Merab sendiri serta kawasan sekitar iaitu Kg. Desa
>Putra, Kg. Limau Manis, Kg. Bakar Baginda, dan Air Itam Permai.
>
>Menurut laporan dari orang dalam menyatakan bahawa tindakan pertukaran tempat
>kerja ini adalah arahan dari YB Dato’ Shariff sendiri dengan restu Timbalan
>Menteri Besar Selangor, YB Dato’ Zainal Abidin.
>
>Kita semua maklum bahawa sebagai wakil rakyat di Dengkil, seseorang YB adalah
>menjadi wakil kepada rakyat dan perlu menangani masalah rakyat bukannya
>menambah masalah rakyat. Sebaliknya, YB Dato’ Shariff telah
menyalahkangunakan
>kedudukannya untuk mencampuri urusan pentadbiran JAIS yang mana mungkin JAIS
>tidak berniat untuk menukar mana-mana guru KAFA. Tetapi jelas di sini
>penyalahgunaan kuasa dan kedudukan telah mengugut pegawai-pegawai kerajaan di
>JAIS dan PPD di Selangor ini untuk mengambil tindakan ke atas
>penyokong-penyokong Barisan Alternatif.
>
>Apa yang malangnya ada diantara guru-guru ini adalah suami isteri yang
>ditukarkan tempat kerja di dua tempat yang berbeza. Dan ada diantara
guru-guru
>ini adalah penyokong kuat UMNO yang disangka sebagai penyokong Barisan
>Alternatif. 
>
>
>----------------------------------------
>Butir-butir surat 
>Rujuk JAIS: (PEL) 2345 Jld 2
>Tarikh surat : 2.2.2000
>
>Surat ditandatangi oleh :
>Hj Mohd  Adnan Bin Seman
>Tim. Pengarah Pendidikan Islam
>JAIS
>
>Guru-guru KAFA yang mendapat arahan tukaran tempat kerja:
>
>1.Pn Rukiah Bt. Sulan (Ruj Tuan: Bil (122) dlm JAI Sel) arahan tukar dari
Sg .
>Merab ke Kuala Selangor
>
>2.Pn Rohani Bt Ahmad (Ruj Tuan: Bil (123) dlm JAI Sel) arahan tukar dari Sg .
>Merab ke Klang
>
>3.Cik Rosezaliza Abd Latif (Ruj Tuan: Bil (124) dlm JAI Sel) arahan tukar
dari
>Sg . Merab ke Sabak Bernam
>
>4.Pn Saniah bt Ahmad (Ruj Tuan: Bil (125) dlm JAI Sel) arahan tukar dari Sg .
>Merab ke Hulu Selangor
>
>5.En. Khairul Amri (Ruj Tuan: Bil (126) dlm JAI Sel) arahan tukar dari Sg .
>Merab ke Sabak Bernam
>
>SRA Desa Putra
>43800 Dengkil
>Sepang
>
>-----------------------------
>
>Kini beberapa surat arahan lain sedang diproses oleh JAIS dan PPD bagi
menukar
>sebilangan lagi guru-guru.. Menurut maklumat dalaman beberapa orang guru
>sekolah kebangsaan dan sekolah menengah berdekatan juga akan diarahkan tukar
>tempat kerja.  Gaji guru KAFA hanya sekitar RM300.00. Kalaulah dengan gaji
>berkenaan sudah pasti gaji tersebut akan habis bagi membayar tol (kroni
>kerajaan BN) dan duit minyak. Soal letih dalam perjalanan, masa, dan tenaga
>tidak dipedulikan oleh JAIS. Dan sudah tentu guru-guru yang berasal dari
>kawasan Sg. Merab ini tidak dapat menabur bakti kepada anak-anak kampung
>sendiri dan penduduk sekitar sekiranya mereka terpaksa menghabiskan masa
dalam
>perjalanan 3-4 jam sehari ke tempat kerja. 
>
>Inilah bentuk penindasan yang berlaku akibat kerakusan,  tamak haloba, dendam
>kesumat, dan busuk hati wakil-wakil rakyat Barisan Nasional. Kita menyeru
>kepada semua pihak supaya menghantar surat, e-mail, faks, dan telefon kepada
>JAIS untuk menyatakan protes kita beramai-ramai. Kita juga menyeru agar mesej
>ini dapat diedarkan ke seluruh dunia melalui rangkaian yang lain agar seluruh
>dunia tahu akan bentuk demokrasi Malaysia yang diagung-agungkan oleh Barisan
>Nasional di negara ini.
>
>Alamat JAIS:
>Tingkat 2 Podium Utara, Bangunan Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, 40676 Shah
>Alam.
>No. Telefon: 03- 544700
>No. Faks: 5591143
>
>e-mail : [EMAIL PROTECTED]

>Pengirim: hello hi <[EMAIL PROTECTED]>
>
>
------------------------------------mesej tamat di siini


***********************************************************************
Dr. Supyan Hussin 
Fakulti Pengajian Bahasa/Institiut Alam dan Tamaddun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia           
43600 Bangi Selangor                     
Tel: (03)829-6492/829-3673 Office                        
Fax: (03)825-4577/825-4698 Office       
http://www.fpbahasa.ukm.my      http://www.atma.ukm.my
*************************************************************************   

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke