*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bismillahir Rahmaanir Rahiim
Assalaamu`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakaatuh
   
(Selamat bertemu kembali. maaf lewat..ada masalah sedikit.....siri (04b)
tak ada terus kepada (05)nanti ada yang tanya pula...)

Dalam siri yang lepas kita telah melihat peranan pemikiran plato dan
Aristotle dalam psikologi. kali ini kita akan lihat pula perkembangan yang
seterusnya.

2. Rene Descartes

(saya ringkaskan jadi RD)

Rd hidup antara tahun 1596-1650,beliau lebih dikenali sebagai "bapa
psikologi saintifik" (kenapa?) Kerana beliau telah menggunakan unsur-unsur
sains atau konsep sains untuk menjelaskan psikologi. Antara pandangan
beliau ialah manusia dapat dibahagikan kepada dua bahagian jiwa dan jasad.
Beliau mengatakan bahawa tubuh manusia ini adalah sistem fizikal yang
bergerak secara autonomik (secara auotomatik). pergerakan badan kita adalah
refleks(gerak balas) terhadap rang sangan luaran.

( misalnya kalau kita sejuk laa..kita akan mengecilkan badan,
bergelulung.....payah nak bangun. Saya masih ingat,TG Nik Aziz pernah dalam
satu kuliahnya kata, sebenaarnya konsep automatik kabur... kita kata lampu
(contoh lampu brek ketiga)nyala secara automatik (sendiri) sebenarnya ada
arahan tertentu. Begitu juga tubuh kita, ada arahan melalui sistem
saraf...tapi sebenarnya begini kalau kita boleh beri sebab, kita akan kata
bukan automatik...tapi kalu kita tak boleh beri alasan kita kata bergerak
sendiri......jadi kalau RD kata automatik ...kira betullah sebab dia tak
dapat menjelaskan secara detail..............andaian saja)

RD menjelaskan lagi, bahawa beza antara manusia dan dan haiwan ialah jiwa
dan akal. Jiwa tak ada apa-apa , ia cuma tempat menyimpan buah fikiran.
.dan buah fikiran ini telah sedia ada sejak kita dilahirkan.

(konsep perbezaan maanusia-haiwan ini saya rasa kurang tepatlah...cuba
rujuk balik ayat al-quran perbezaan antara manusia-binatang dalam siri yang
ke-04a...dari sudut sains dan psikologi betullah itu titik bezanya....tapi
di sisi Allah Taala yang sebenarnya..titik beza ialah yang inkar atau tak
dengar seruan...sebagai muslim konsep ini kena dimasukkan juga dalam
pengajian psikologi..barulah ada unsur aqidah......satu lagi pernah seorang
ustaz mengatakan haiwan tak ada akal, buktinya lembu yang makan rumput
berabad-abad yang lepas tak pernah terfikir untuk makan pizza pada alaf
baru ini.....tapi manusia pula oleh kerana terlalu berakal sangguh isap
dadah....untuk cepat mati,.....hai nak jawab macam mana (seksok) tak
tahulah???)


Atas dasar pendapat ini maka RD, telah mengeluarkan satu ungkapan yang
sangat popular dalam ilmu falsafah iaitu,"corgito ergo sum" maksudnya "aku
berfikir, maka aku ada", dalam psikologi ditafsirkan sebagai....tingkah
laku dibentuk oleh akal dan bukan akaL ditentukan oleh tingkah laku.
Misalnya kita berjalan sebab akal suruh kita berjalan, dan bukan arahan
kaki kepada akal.

(dalam ilmu tauhid ada juga ungkapan popular yang hampir sama iaitu," kenal
diri sebelum kenal Allah")

Kenyataan RD ini telah menjadi perdebatan ahli falsafah seperti Husserl dan
Sartre, mereka mengatakan " aku ada , sebab itu aku berfikir"

(pulak dah...cari payah nak fikir belaka nih. Kalau kita bersetuju dengan
Rd, kita akan kata lembu ada tapi tak berfikir pun. Tapi kalau sebaliknya,
kita akan berhujah .. kalau kamu tak wujud nak fikir macam mana???.....( gi
mari,gi mari) lebih kurang sama saja, bagi kita orang awam nih tak payah
fikir sangatlah, nanti pening tak pasal-pasal, kecualilah ia boleh
mendekatlan diri kita kepada Allah...kena fikir)

Walau apa pun, Rd telah berjaya mengabungkan kedua-dua fahaman Plato dan
Aristotle, dan berjawa memisahkan psikologi daripada falsafah spekulatif
(guna andaian saja)

(Terima kasih kepada RD, adalah juga sumbangan ilmu untuk kita. Sebenarnya
ada satu cerita menarik tentang RD. Asal usul dia boleh mengeluarkan
pandangannya. pada suatu hari Dia telah memasuki sebuah taman, semasa
berjalan-jalan dia telah melihat satu kolam air pancut, iaitu air itu
digerakkan oleh satu sistem(alat). Jadi dia pun terfikirlah tentang
manusia,..tubuh kita digekkan oleh satu alat iaitu akal.)

akan datang : .....................tunggu sajalah (isu sama lagi) 

nota : seksok ialah lohgat kelantan maksudnya Hari Esok (Akhirat)

*****************************************
Tazkirah : Adakah kita telah membuat sau amalan(ibadat) sunat, sedikit pun
tak apa asal berterusan....seperti puasa sunat dua kali seminggu
sekurang-kurangnya, tahajuud sakali seminggu sekurang-kurangnya......kalau
belum......dengan segala hormatnya anda dijemput untuk melaksanakannya.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "cikgunik" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke