*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam~

Saya bersetuju penuh dengan pandangan saudara Tebuan ini.

Kadang-kadang saya naik simpati dengan anak-anak saya yang masih kat sekolah 
rendah tu. Malam, nak kena buat kerja-kerja sekolah; di celah-celah itu 
pula, mereka kena mengaji Quran. Nasib baik lah saya sendiri yang mengajar 
kat rumah, bolehlah bahagi-bahagikan masa antara h/work dan mengaji itu.

Saya terperasan kadang-kadang anak-anak saya ini jadi 'boring' semacam bila 
saya dok asyik berleter suruh mandi cepat-cepat, nak kena mengaji, lepas tu 
nak kena buat kerja sekolah. Kadang-kadang, saya tengok dema ini 
tersenggok-senggok masa buat kerja sekolah, masa mengaji Quran pun dok kira 
nak cepat saja. Kesian kat dema!

Masalahnya, kami suami isteri tak boleh buat apa-apa....walau pun isteri 
saya itu cikgu, dan saya pula orang kuat PIBG!!

Guru-guru dan PIBG tak boleh buat apa-apa deh!

Sekian
H Rahman

============================
[EMAIL PROTECTED] wrote:

Assalamu'alaikum,

Teman tak tahulah samaada teman silap dengar atau tidak.
Dalam satu berita Inggeris semalam ada diperkatakan
pasal beg berat dan kanak2 dibebani dengan terlampau
banyak mata pelajaran dan peperiksaan - perkara ini
rupa2nya berlaku juga di negara China, bukan di
Malaysia saja.  Infact on average those kids spend
almost 3 hours a day doing revision at home.

Dan semasa taste-bud teman dok memproses pari bakar
(itu pasal saraf pendengaran sedikit terganggu)
teman dengar homework untuk tahap 1 dan 2 ingin/telah
diharamkan.  Antara sebabnya ialah untuk memberi
peluang kanak2 menikmati alam kanak2 sepenuhnya yang
mana tidak diajar dalam buku teks.

Nah, kalau begitu gayanya, apahal dengan kita di sini;
tak cukup dengan beban homework, ditambah pula dengan
tuition, ditambah pula dengan express kelasnya, dsbnya.
Bila besar dan berjaya, apa jenis character agaknya
yang akan muncul dari insan super bagus ini?

Ada sapa2 terdengar benda yang sama semalam?

Wassalam



______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "H Rahman" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke